Assalamualaikum dan hi semua! Saya bukan pelajar uia tapi saya nak kongsi benda yang mungkin bagi benefit pada orang yang bakal bekerja. Ni pengalaman saya sendiri sepanjang pergi interview di syarikat swasta.
Sebelum ni saya banyak pergi interview tapi dalam banyak-banyak company yang saya pergi hanya 1 je yang dapat. Allhamdulilah. Tapi apa yang saya nampak sepanjang interview memang memalukan betul tambah-tambah yang datang dekat situ almost semuanya fresh grad. ( saya minta kerja guna SPM je atas sbb tertentu) hehehe.
First, kalau nak pergi interview sila bawa pen siap-siap, resume biar lengkap bukan sampai dekat office orang , baru nak minta kerani photostate kan sijil la IC la , memang tak boleh hadam jenis macam ni.
Second, kalau nak pergi interview pakailah yang kemas sikit especially lelaki. Awak ingat ni pasar ke nak pakai jeans ? Interviewer akan tengok appearance so jangan terkejut kalau awak tak dilayan atau dilayan ala kadar.
Third, masa tengah interview janganlah goyang kerusi yang awak tengah duduk tu, nampak tak sopan and tak professional. Ada yang saya nampak siap main phone lagi depan interviewer, ni bukan fitnah tau sebab kami di interview 4 orang serentak. Phone silent terus lagi bagus.
Keempat, jika di interview berjemaah, jangan show off. Kalau awak pernah kerja dekat 10 tempat kerja pun jangan berlagak dan menjatuhkan orang lain. Attitude awak dinilai. Walau awak pernah kerja dengan FBI sekalipun tak payah show off, kalau tak percaya buatlah perangai macam ni.huhuhu
Kelima, kalau banyak sangat pengalaman kerja saya cadangkan ambil 5 kerja yang awak rasa kukuh , bukan apa majikan nilai awak dari past experience juga. Kalau dalam setahun awak kerja 10 syrikat, awak rasa majikan nak ambil? Less is more.
Keenam, tonjolkan kelebihan awak tapi jangan keterlaluan. Contoh, awak pro dalam marketing so tonjolkan in a good way so majikan akan bagi awak extra point.
Ketujuh, kalau awak lemah bahasa inggeris pun tolonglah cuba sikit-sikit. Jangan sebab awak tak fasih awak rasa down, just be yourself. Kalau kerja awak tak berkait dengan bidang bahasa, tu tak bermaksud awak tak perlu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Walaupun ada degree tapi tu bukan tiket untuk kita stop improve diri dan merasa pandai. Belajar dan kerja ni lain situasinya. Boleh jadi apa yang saya cakap ni lain dengan keadaan awak, yelah lain tempat lain cara.
Extra tips, kalau boleh belajarlah bahasa bahasa yang memberi kelebihan seperti bahasa arab, bahasa mandarin, bahasa inggeris. Bukan bahasa lain tak bagus, kerja ni ikut pasaran juga deknon. Kawan saya fasih berbahasa mandarin dan dia dapat extra 300 sebagai elaun bahasa. See? Siapa tak nak kalau dapat extra duit elaun kan? Belajarlah bahasa bukan sekadar trend sahaja :)
Carilah ilmu dimana saja hehehhe selamat bekerja!
– Nina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit