Tip Travel Backpacking Ke Negara Matahari Terbit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebenarnya ni sambungan confession “Sayang Kawan Sampai Makan Diri”. Untuk first part tu cerita dia sedih, marah and geram pun ada. Kali ni cerita happy sikit.

Betul la orang kata. Kalau nak tau kawan kita tu kawan sejati ke tak, boleh tengok time kita susah and perlukan pertolongan dan lagi satu time bermusafir aka travel.

Firstly, aku nak cerita camne kitorang survive kat sana dengan limited bajet. Orang selalu cakap kalau nak pergi jepun minimum kena ada rm5,000 kan? Alhamdulillah kitorang boleh survive dengan tak lebih dari rm3,000.

The first week aku guna ¥22,000 dengan team1 and kitorang pegi Nagoya, Osaka and Kyoto. Ingat nak pergi Nara tapi sebab cuaca tak elok and tengah musim typhoon so terpaksa cancel. Time ni terlebih bajet sebab kasut yang aku bawak dari Malaysia rosak so aku terpaksa beli kasut baru kat sana yang berharga ¥1,900 je tapi selesa sangat. ¥1,900 tu kira murah la kat Jepun. Lain, aku tengok mesti ¥2,500 ke atas.

Travel mate aku cancel last minute time nak pergi Jepun tu tapi best friends aku lagi 2 orang tu jadi pergi. Dorang pun tak bawak banyak. Sorang bawak rm1k untuk 2 minggu dan sorang lagi bawak rm2.5k termasuk rm1,500 duit orang kirim untuk beli jam GShock. Kiranya masing2 tak cukup duit. So kitorang dah jumpa tu terus pergi check in hotel. Hotel ni rugi sebab dah tak boleh cancel so kena charge lebih untuk 4 orang.

And then kitorang duduk berbincang and keluarkan semua duit yang ada. So bajet kitorang untuk survive kat Jepun selama 2 minggu adalah seperti di bawah:

Aku = ¥39,000 (RM1,600+)
BFs = ¥83,000 (RM3,500+)

Minus:
1. 2 Days Osaka Amazing Pass untuk 3 orang = ¥9,000
2. Osaka Day Pass for 3 = ¥1,650
3. Osaka Airport to Osaka station for 2 = ¥1,840
4. Kyoto 3 days bus pass for 3 = ¥4,500
5. Tokyo – Hakone bus tiket for 3 = ¥10,500
6. Tokyo SUICA subway card for 3 = ¥10,500
7. Tokyo to Haneda airport for 3 = ¥2,500
8. Tokyo 3 days subway pass for 3 = ¥4,500
9. Duit orang pesan GShock = ¥32,956

Hotels:
1. Osaka 3 nights ¥15,000
2. Kyoto 2 nights ¥11,280
3. Hakone not include
4. Tokyo 1 night RM141
5. Tokyo 5 nights RM480

So ada balance ¥6,604/3 = ¥2,200 untuk belanja.

Makanan kitorang bawak maggi, bubur nasi segera, cereal, serunding dan tuna can. Kalau beli makanan pun beli nasi kepal tuna or nasi kosong kat family mart. Kitorang siap boleh beli souvenirs lagi untuk orang2 tersayang hehe

Nasib baik la kitorang campur semua duit yang ada and bahagi sama rata and then tolak siap2 untuk hotel, transport and pass. Kalau tak memang tak cukup la. Even duit belanja lepas tolak mana yang penting tu tinggal sikit, kawan aku bagi aku lebih sikit kat aku untuk belanja or beli souvenirs. Bersyukur yang teramat aku masih ada kawan camni.

Walaupun banyak benda yang jadi tapi time berjalan dengan dorang berdua tu happy sangat. Lupa terus aku masalah sebelum dan akan datang nanti. Sepanjang kitorang di Jepun tu, susah sama2 and senang sama2. Kalau ada beli pape mesti kongsi bertiga tak kira la apa pun.

Jadi kalau tambah tolak semua aku punya bajet is rm2,500 untuk 3 minggu dan kawan aku 2 orang tu pulak rm1,000 untuk 2 minggu di Jepun. Tu pun kitorang dapat makan takoyaki, ramen and lain2.

Osaka amazing pass memang terbaik. Pass tu termasuk transport and entrance fees. Kitorang takde keluar duit pun kat osaka. Just guna pass tu je. Untuk Kyoto kitorang takde masuk temple2 tu. Kitorang banyak berjalan kat sekitar kawasan and tempat2 free. Ada jugak pergi temple2 femes tu tapi masuk setakat sebelum entrance dia je. Banyak je sebenarnya attractions free fees.

Alhamdulillah banyak benda yang dapat aku belajar sepanjang persediaan nak pergi, semasa di sana dan selepas aku balik dari Jepun.

Harap coretan kali ni dapat membantu sesiapa yang teringin nak pergi Jepun tapi bajet limit and tak kaya macam kitorang ni. Semoga korang tak sama nasib macam aku kena.

– Gadis Traveller

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit