Tip Untuk Pengusaha Tadika

Salam sejahtera buat semua. Terima kasih admin approve.

Ini sebenarnya adalah sedikit teguran buat pengusaha taska tapi dalam bentuk tips. Untuk PENGUSAHA taska a.k.a OWNER. Bukan baby sitter (BS) mahupun pekerja. Oleh sebab banyaknya kes-kes penderaan (refer dari pengalaman sebenar pekerja taska yg pernah confess kat sini) sehinggalah kematian anak-anak di taska, aku cuba mendekati mereka. Pada waktu ini aku tak terlintas langsung pasal pengusaha. Typically, aku cuma zoom pada BS. Tapi bila hampir 10 taska aku site visit-kan dengan bertopengkan ‘ibu nak cari taska untuk infant’ (banyak betul masa terluang aku kan), aku nampak hal yang sebenar. Tips ni agak panjang. Sesuai untuk yang dah ada tapak (nak baiki servis) atau yang baru nak open dan ada modal. Terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Taska adalah satu bentuk perniagaan sebab adanya modal, kos, untung dan rugi. Sejauh mana anda pengusaha menjadikan taska/nursery/childcare sebagai sebuah perniagaan, bermula dari niat.

Niat
Fikir semula apakah niat anda membuka taska. Ingin membantu para ibu yang terpaksa bekerja demi memenuhi komitmen pada hidup? Ingin memberi pelindungan buat sikecil amanah Allah itu dikala mereka terpaksa berjauhan dengan ibu bapa masing-masing? Atau adakah demi keuntungan semata-mata? Buat para ibu yang terpaksa bekerja, ada banyak sebab mengapa para ibu perlu bekerja. Sebab yang kadang-kadang kita sendiri pun tak sangka. Terlalu banyak sebabnya jadi aku tak perlu sentuh. Percayalah hampir semua kaum ibu bercita-cita menjadi ibu sepenuh masa jika berkemampuan. Kaum ibu je yang faham apa perasaannya saat menghantar anak-anak ke pintu taska lebih-lebih lagi yang newborn/infant. Letak pula diri kita di tempat anak-anak kecil. Bagi kita, kanak-kanak mumayyiz itu tak mengerti apa-apa. Tapi sebenarnya mereka sangat faham. Faham rasa rindu pada ibu, faham rasa sakit, faham rasa bosan. Tapi mereka tak mampu berkata-kata melainkan meluahkan dengan menangis. Kesiankan? Hati meronta tapi mulut tak mampu berkata-kata. Macam mana pulak jika niat pengusaha dari awal hanyalah keuntungan semata-mata? Kalau ya, lupakanlah tips yang seterusnya. Tapi, kalau rasa nak untung sambil membantu, sila stay.

Lokasi
Untuk yang baru nak bukak, kaji geografi disitu. Aicewah. Tak payah susah-susah. Yang pertama, tengok je kawasan perumahan tu major penduduk bekerjaya ke. If yes, itu memang kawasan yang tepat. Yang kedua, perumahan tu berdekatan dengan kilang/ofis/ perindustrian tak. Kebanyakan parents terutama yg KL/Shah Alam ni ramai yang travel. Jadi diorang prefer nursery yang dekat dengan ofis. Sebab? Sebab takde la kena hantar anak awal pagi dan amik lewat petang sebab jammed. Diorang pun kesian jugak kat anak masing-masing kena tunggu lama. Macam kau la dulu-dulu, suka ke duduk kat sekolah lama-lama? Tak kan. Bunyi loceng je terus berlari tak sempat nak ‘terima kasih cikgu’. Lepastu dah lambat sampai sebab sangkut jam, kena commit OT nursery lagi. Belum lagi bila hiway tu ada eksiden or hujan. Silap-silap hampir waktu tidur baru sampai taska. Kalau dekat dengan tempat kerja, agak-agak jam boleh bawak anak singgah makan sementara tunggu jam reda kan.

Keadaan Taska: Tema warna
Lumrah manusia akan tertarik pada benda yang cantik. Tak mustahil taska yang cantik akan menarik perhatian ibu bapa. Ini khusus kepada pengusaha yang menginginkan keuntungan. Jika niat dah murni, automatik kita akan curahkan segala rasa pada rupa taska. Kita biasa nampak commonly taska akan cat dinding dengan kaler hijau terang, kuning terang, shocking pink, dan warna-warna ini dicampur adukkan dengan harapan nampak ceria. Sebenarnya salah. Kaler yang dicampur adukkan ini tak menampakkan keceriaan tetapi nampak kotor dan bersepah padahal hakikatnya taska itu bersih dan akan membuatkan taska menjadi panas. Sila kaji kaitan warna dan suhu. Eh ade ke. Ditambah pula dengan hiasan murahan iaitu tampalan-tampalan dari pinggan polistrin dan sticker-sticker kartun. Kenapa murahan? Sebab hiasan ini akan pudar, tersiat-siat dan akhirnya membuatkan taska kelihatan kotor. Keceriaan itu sebenarnya bukan datang dari warna yang terang dan bold tetapi dari warna yang fresh. Contohnya pastel. Cari kombinasi kaler yang tak keterlaluan. Contoh, kelabu-baby pink . Dari kaler yang fresh ini automatik taska akan nampak bersih. Hiasan? Cukup dengan menggantung frame yang simple sesimple abjad (abjad dalam frame) dan frame tu tak perlu kalerfull. Cukup isi frame tu je yang kalerfull. Banyak lagi kaler dan deco boleh dibuat. Kalau rasa diri tak berkeyakinan dan tak dianugerahkan bakat, gugel sajo nursery deco atau baby room deco idea. Confirm tak kecewa. Itu hiasan dalaman. Same goes to warna luar. Tak perlu mural, cukup satu warna yang cozy. Kalau rajin boleh la buat cat bentuk-bentuk geometri yang femes sekarang ni. Kos tak tinggi tapi leceh. Hehe.

Keadaan Taska: Kemudahan
Kebiasaannya nursery adalah double storey house. Infant (baby bawah 1 tahun) akan occupied kat ruang bawah (ruang tamu), kids yang dah progress akan occupied tingkat atas. Tak salah. Yelah tak semestinya kena wujudkan bilik khas becermin lutsinar ala-ala bilik baby kat hospital. Kalau ada lagi baik sebab lebih hygene. Tapi kalau tak mampu reno sebegitu rupa, kat hall tu pun dah cukup. Tapi. Ada tapinya. Gunakan sepenuhnya kemudahan yang ada. Kalau ada baby cot, gunakan. Kalau ada playpen, gunakan. Jangan bairkan ianya berhabuk, kusam dan dipenuhi barang yang tak pelu ibarat mini stor disitu. Yang aku nampak semua taska ada tapi terbiar ditepi-tepian dan penuh barang dalam tu. Wasted. Mereka lebih gemar susun tilam rapat ke dinding. Betul, tak setiap masa baby akan duduk dalam baby cot. Sebab tu baby cot/playpen ni tak perlu banyak. Mengikut progress, baby yang belum berpusing/atau cuba meniarap boleh duduk dalam baby cot. Baby/infant ni sejenis makhluk yang fokus. Kalau ada hanging toys kat baby cot, confirm diorang diam/mengagah sendiri. Ada masa-masa tertentu boleh turunkan ke tilam. Tialam pulak tolonglah gantikan cadar sekerap 3 kali seminggu. Sebab, baby ni kadang-kadang muntah, jeluak, berair liur. Semua tu boleh menyebarkan penyakit berjangkit. Tak payah cadar fancy pun. Pakai cadar plain warna pastel pun dah cukup. Beli je kat ikea cadar baby tu 2pcs RM39.90. Warna fresh, material pun soft. Yang dah meniarap/merangkak boleh leisure kat tilam. Waktu ni lah, pentingnya monitoring. Disini, pentingnya layout yang berkesan. Iaitu susun atur yang mudah untuk BS akses/berjalan dan monitor baby. Nanti aku sentuh bab monitoring sebab tak habis lagi bab ‘keadaan taska’ ni. Oh satu lagi, kalau tak mampu pakai fully aircond sekurang-kurangnya pakai la aircond untuk tempat infant sebab aircond ni membantu membersihkan udara dan mengelakkan kuman/hama. Sesuai untuk infant yang fragile. Tak suruh pun set suhu tu sejuk beku. Pandai-pandai la ikut kesesuaian.

Keadaan Taska: Keselamatan.
Isu terpenting. Bukan CCTV. Belum sampai part CCTV lagi. Keselamatan yang fizikal. Perhatikan nursery anda. Perhati sekeliling. Baby yang duduk kat tilam tu adakah kat hallway? Tak mustahil budak atau BS sendiri akan terpijak. Kain, bantal, selimut? Infant ni pandai tarik tapi tak pandai tepis. Kadang-kadang kain dan selimut diorang tarik sampai tertutup muka/terbelit leher. Boleh menyebabkan lemas. Kain dan selimut bila tak digunakan sila lipat/sangkut jauh dari capaian infant. Perhati lagi. Pagar keselamatan. Biasa nampak kat tangga. Dah betul. Macam mana dengan dapur? Tempat yang paling mudah kanak-kanak dapat kemalangan.Takkan pakai pagar je? Asingkan tempat makan dan dapur masak. Tolonglah asingkan. Pisahkan ruang dapur dengan ruang makan. Macam layout sekolah, bilik darjah dan kantin kenapa letaknya jauh-jauh atau bangunan yang berasingan? Ingat saje-saje ke. Itulah risk management. In case nursery, semuanya bawah satu bumbung. Solutionnya, pisahkan dengan dinding. Lebih tepat lagi wujudkan satu bilik/ruang khas untuk makan. Modal tak modal, leceh tak leceh, besar tanggungjawab pengusaha taska dan BS dalam isu keselamatan. Kita takkan mampu monitor 1:1 kan? Budak-budak yg tengah membesar memang tinggi sifat nak explore dan ingin tahunya. Perlu wujudkan satu pintu ke dapur, sekurang-kurangnya budak tak boleh akses tanpa pengetahuan BS. CCTV, banyak lagi taska yang culas. Perlu ada CCTV disetiap corner yang boleh pengusaha nampak dan CCTV ini boleh dimonitor dari ofis pengusaha mahupun handphone pengusaha. Penting.

Monitoring
Part yang penting untuk BS. Monitoring bermula dari pengusaha. Tetapkan BS untuk setiap infant/kids. Yang TETAP dan FIXED. Bukan be like, sape free dia tengokkan. Tetapkan ikut spesifikasi JKM. Let say, 2 BS:5 babies. 2 orang ni mesti tetap tak boleh pass-pass kat BS tingkat lain atau bilik lain. Even satu floor pun. Bila jadi sesuatu perkara/masalah, takkan ada istilah kau salahkan dia, dia salahkan dia yang lain pulak. Faham? Sebagai majikan, BS ni masa interview nampak ok, baik. Tapi bila dah kerja macam mana pulak perangainya? Ambillah masa sekurng-kurangnya 1 minggu untuk close monitor pekerja baru tu. Berdepan atau melalui CCTV. Dalam masa seminggu ni kau akan nampak pekerja tu sesuai atau tak. Kalau nampak dah lain macam tu tak payah la simpan.

Pengusaha bossy
Jadi owner tu tak payah lah nak madam sangat, nak bossy sangat. Be a team leader. Tu bisnes kau, betul. Tapi dari kaulah lahirnya BS yang bagus atau tak. Kes terbaru budak kena ikat kat taska bangi. Kau rasa sape yang amik gambar? Takkan baby pulak. Mestila pekerja tu sendiri. Diorang snap, diorang upload untuk apa? Untuk kenakan kaulah. Tu la sape suruh bossy sangat. Kerja dengan budak memang penat. Layan sorang budak pun dah penat ini kan 5-10 budak. Dah penat dan stress, sebagai boss janganlah tambah tekanan tu lagi. Kau tambah tekanan, tak mustahil dia lepas kat budak-budak. Kita tak tahu isu mental orang lain kan. Tegas memang kena tegas tapi tegas sebagai leader/kakak. Bukan boss. Tegur dengan berhemah. Kalau benda salah bagitahu sebab dan asbab. Jangan marah, tengking, dan buat muka. Lebih penting, jangan marah BS depan parents. Salah satu taska aku visit, dia marah pekerja dia depan aku dan beberapa parents lain yg tengah tunggu anak disiapkan. Terkulat-kulat budak tu kena marah di akhir hari yang penat. Jelas muka BS tu kepenatan. Kau rasa? Tegurlah dengan baik dan privately dan jangan lupa sebut MAAF dipermulaan atau akhir bebelan. Kan sejuk sikit hati diorang nak akui salah sendiri. Hehe. Ingatlah adab sesama manusia!

Harga
Mungkin ada yang skeptikal, bila kos tinggi fees pun akan tinggi. Bagi parents, kalau nursery kau bagus, BS kau terlatih (ada sijil/training/experience dan penyayang), harga tu takkan menjadi masalah. Tapi kepada pengusaha, penetapan harga itu berbalik semula pada niat. Kira itu ini, fees nak seribu ringgit malaysia. Tapi BS nisbah baby/kids tak mengikut spesifikasi. Tak adil la kan. Ada jugak semua kriteria jauh kelaut, fees semurah RM350 pun parents rasa tak berbaloi. Sekadar tangkap muat. Silap-silap membazir je modal tu nanti. Ambil baby kemain ramainya. Bila aku tanya, “kat sini amik berapa orang baby?” “Kita amik selagi ada kekosongan”. Maksud kau ‘kekosongan’ tu berapa? Kebanyakan pengusaha tak mampu jawab soalan ‘berapa’ aku tadi. Pengusaha kena set quota yang spesifik supaya mampu bayar BS dan segala kos. Seiring dengan kos, kena makesure jumlah BS nisbah babies/kids adalah selari. Yang terlampau kejar untung tu yang jadi terima je tanpa limit. Yang jaga budak ramai-ramai tu BS bukan owner. Kena fikir kemampuan pekerja anda jugak.

Akhir bebelan, majikan yang team-leader, tempat kerja yang selesa dan efisyen akan lahirkan BS yang komited, seterusnya rezeki akan datang sendiri tanpa dicari (rezeki: pelanggan a.k.a parents). Ikhlaslah.

– mama papa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit