Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sudi siarkan confession yang tak seberapa ni.
Tipah tertipu.
Aku mula berjinak jinak nak berniaga brownies di Instagram. Tujuan aku buat ni untuk cari duit poket memandangkan kalau harapkan gaji aku yang sekarang, memang cukup-cukup makan. (Aku bukan tak bersyukur, tapi aku nak cari duit lebih sebab aku anak sulung. Jadi aku ada tanggungjawab yang besar pada keluarga aku) Pada awalnya, pembeli hanyalah daripada kalangan orang-orang terdekat dengan aku. Sampai lah satu hari ni ada seorang pelajar sebuah universiti yang boleh dikatakan sebuah universiti bertaraf tinggi menghubungi aku melalu Whatsapp.
Dari sini cerita bermula. Pada pandangan aku, Siti (bukan nama sebenar) ni nak tambah duit poket. Ye lah, student kan. Jadi lepas dah berbincang semua, aku pun setuju untuk hantar brownies dekat Siti ni setiap minggu untuk dia jual dekat fakulti dia. Konsep kitorang ni, dia akan bayar selepas dia habis jual brownies tu. Jadi bila aku datang untuk hantar brownies yang minggu depan punya, dia akan bayar duit untuk yang minggu sebelum tu. Minggu pertama, kedua dan ketiga OK. Semuanya OK! Bayar cash on time. Memang muka boleh percaya habis la senang cerita. Sampai lah minggu lepas, hari Selasa, aku nak hantar stock untuk yang seterusnya, dia bagi alasan yang dia tak ada kat kolej dia. Dia cuma suruh aku tinggalkan di tempat guard depan kolej dia dan nanti bila kawan dia balik, kawan dia akan ambik brownies tu. Aku pun ye kan je lah sebab aku dah penat balik kerja semua. Time ni aku tak syak apa-apa lagi. Dan dia janji nak bayar duit yang sebelum ni sekali dengan stock baru yang aku hantar. Aku pun malas nak cakap banyak, aku ok kan je.
Lepas tu, dah sampai hari Sabtu, aku tunggu, Siti ni tak ada msg aku cakap brownies habis ke, duit tak cukup ke apa ke macam selalu dia buat. Time ni aku dah dapat bau dia nak lari. So aku msg dia cakap berapa banyak jumlah yang dia kena bayar kat aku. Dia pun reply cakap sorry semua, nenek meninggal. So tak sempat nak kira duit lagi. Time ni aku aku memang tak percaya sangat pun dengan alasan dia kali ni. Aku dah mengadu kat kawan sekerja aku time ni. Aku cakap “Al, I rasa I kena tipu la dengan Siti tu”. Tapi sebab nak sedapkan hati, kawan aku pun cakap “Tak pe. Kita tengok esok lusa dia bank in tak duit tu”.
Hari pun berlalu, sampai lah semalam aku nak Whatsapp Siti tu, aku tengok msg aku satu tick je and aku dah tak dapat tengok profile picture dia. Dalam hati aku “Sah aku kena tipu”. So, untuk confirmed kan yang memang Siti tu block aku, Aku pun mintak tolong sepupu aku Whatsapp Siti tu. And guess what! Msg delivered dengan jayanya dan paling best lagi dia tengah “online” masa tu. Tak lama lepas tu, nombor sepupu aku pun kena block jugak. Haaa sudah. Memang dashat game Siti ni.
Jadi aku pun ambik inisiatif untuk msg kawan dia (aku dapat nmbr dari screenshot feedback dari Siti ni). Aku pun mintak tolong si kawan Siti ni sampaikan pada Siti tu yang aku bagi dia peluang untuk jelaskan hutang dia sebelum pukul 6 petang hari Isnin (19/12). Kalau tak dapat bayaran, aku cakap aku akan report polis. Tapi sampai pukul 6 pun aku tak dapat apa-apa bayaran (degil Siti ni). Aku dapat contact lagi sorang kawan dia and aku mintak tolong sampaikan dekat si Siti ni aku masih bagi dia peluang sampai 10 pagi (20/12). Even kalau dah TERguna duit tu pun, at least cakap. Bukan lari. Aku masih boleh toleransi lagi. Untuk pengetahuan korang, aku dah di “blocked” di semua media sosial yang aku ada untuk contact dia. Jadi aku terpaksa berurusan dengan kawan dia.
Tapi malangnya Siti ni dah mereka cerita cakap dia dah bayar dekat “kawan” aku sebab aku tak dapat datang. Hello dik, sejak bila kau deal dengan orang lain? Selama ni segala urusan antara kita je. And kalau betul pun kau bayar dekat “kawan” aku yang halimunan tu, kenapa tak msg aku cakap kau dah bayar kat org lain???? Nak tipu pun agak-agak lah. Dan untuk pengetahuan korang dia tak takut pun kalau aku nak buat laporan polis sebab dia kata dia tak salah. Hmmmmm…
Sikap dia yang memutar belit cerita ni buatkan aku dan ahli keluarga aku marah dan terkilan. Jadi, kami akhirnya memutuskan untuk membuat laporan polis. Jadi satu laporan polis telah dibuat pada 20/12 jam 1 tengah hari dan sekarang aku masih menunggu tindakan seterusnya. Aku pada awalnya tak nak pun libatkan pihak polis sebab aku fikir dia student and apa jadi kalau hal ni babitkan pihak polis. Tapi tak guna aku jadi baik sedangkan Siti sikit pun tak fikir akibat dan kesan perbuatan dia ni. Bukan aku tak bagi peluang, tapi peluang yang aku bagi disia-siakan. Malah, aku dituduh cuba menjatuhkan dia. MOTIF??
So pengajaran dia kat sini, jangan la kita bagi kepercayaan dekat orang 100%. Nak buat baik pun biar berpada. Jangan sampai akhirnya diri sendiri yang lara. Mungkin tak semua orang macam perangai Siti ni, aku tau. Hanya ada setitik dua nila je yang merosakkan susu sebelanga. Aku akui kesilapan aku sebab aku percayakan dia dan niat aku dari mula hanya nak tolong dia. Tapi apakan daya, Tipah Tertipu…
– Orang teraniaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit