Tips 4 Flat Dalam Final Exam

Hi readers.

Ini adalah serba sedikit tips untuk adik2 yang masih di alam universiti yang ingin berjaya dalam final exam. Akak buat semua ni dan dapat 3x 4flat in a row. Alhamdulillah.

1. Buat past year question
Akak dulu belajar, memang pulun buat past year question ni lah. Kalau subjek kira2, memang akak tiru dulu skema jawapan. Pastu dah pandai 1-2soalan, try buat tanpa tiru jawapan pulak.
Biasanya akak akan buat dalam 6-10soalan past sem untuk setiap topik.

2. Banyak tanya pada lecturer ( dalam erti kata lain, build a rapport)
Lagi bagus kalau adik2 suka duduk di barisan depan. Mudah nak tanya lecturer kalau tak paham. Rajinkan bertanya, malu bertanya sesat jalan kan?
Tapi ni bukan maksud nak build rapport sebab nak kipas lecturer ya. Hehe

3. Jaga solat
Solat jangan tinggal. Tak kira busy camne pun, join bola ke, wakil pelajar ke, handle event ke, solat jangan tinggal. Rajinkan juga solah hajat malam2. Minta dpermudah urusan sepanjang pembelajaran. Kalau adik2 x habis revise pun, pegi ngadap Dia, minta petunjuk supaya dpermudah masa jawab exam.

4. Cuba untuk nazar
Akak dulu niat nazar kalau dapat 4flat. Sbg contoh kalau dpt 4 flat semester ni, aku nak belanja classmate kfc. Atau aku nak puasa seminggu. Tudia melayang duit akak belanja classmate hehe. Adik2, nak berjaya perlukan pengorbanan. Lagipun nazar yang kita buat ni, tlg kita tambah pahala lagi kan? Tapi ingat. Nazar setakat yang termampu dan ikut keikhlasan.

5. Doa mak ayah
Bagi yang masih ada mak ayah. Ingat, doa mereka sangatlah mustajab. Lagi2 doa ibu tiada hijabnya kan?
Jadi sebelum apa2 paper final tu, msg atau call mak ayah, minta diorg doakan dapat A.
I.Allah dapat lah tu.

6. Doa
Dah habis usaha, kita doa banyak2. Skrip doa adik2 tu, kasi amend sikit untuk tambah “moga aku mendapat 4 flat untuk semester ini”. Setiap habis solat, wajib baca. Ingat tau, wajib! Masa tengah jawab exam tu pun sama, ulang byk kali, moga dapat 4flat sem ni. Baca jugak surah insyirah (alam nasyrah). Dan baca surah annur ayat 38. Yang ni akak dah buat experiment kat ramai member semua kata ada beza lepas amalkan.

Benda kat atas ni nampak macam remeh, macam semua orang pernah buat, tapi kunci dia tletak pada istiqamah. Berterusan tak apa yang kita buat tu?

Akhir kata, moga adik2 mendapat manfaat daripada point2 di atas. Moga yang membaca semua dapat keberkatan dalam apa jua urusan. Aminnn.

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit