UIA, bukan senang nak graduate dari UIA, antara universiti yang paling banyak universiti required subject.
Iya, banyak subject tambahan yang tak relate dengan core course kebanyakkannya untuk sasiah dan agama.
UIA? Sebenarnya kau graduate CGPA rendah Ke tinggi ke yang penting kau graduate, orang tahu ada value cert UIA, bukan senang nak masuk UIA dan sangat susah nak graduate.
UIA walaupun arab kau bersepah, kau habis kau tetap boleh dikatakan Trilingual bahasa malaysia (bahasa ibunda) bahasa inggeris (bahasa rasmi edu UIA), bahasa arab (ada exam ok).
So kenapa anda masih tak dapat secure keje?
Terutamanya Engineer, Doktor, Accountant, Architect , QS , Lawyer. Anda graduate bidang professional kenapa masih gagal secure job?
Sebagai Alumni, saya pernah repeat paper , saya pernah dean list, hidup ini kadang atas kadang bawah. Itu pasti. Rezeki juga pasti.
“Tapi saya dah buat macam, saya dah usaha macam-macam semua tak lekat”
Ok ini tips nak dapat kerja peringkat pertama
1. Kalau anda HR / Recruiter anda dapat permohonan beratus RESUME atas table. Apa anda buat dulu? skim. Selak2 sampai ada resume yang menarik.
Nak resume menarik? Make sure bukan resume zaman batu.
USE bold COLOR! Use less word ! USE QR code (nnt sy sambung part ni) make sure you tunjuk you are up to date with trend, skill kena sentiasa polish dan belajar benda baru (stay up to date with industry) setiap tahun ada grads baru.
Macamna anda nak timbul dalam Beribu. Please jangan bagi saya A4 paper gambar IC/ passport. Hitam putih. Itu benda first saya tolak tepi. Why?
1. Tak resourceful.
2. Tak creative.
3. Tak nak buat keje lebih.
4. Ala kadar.
“Saya bukan budak grafik tak reti” Hello? Awak grad UIA, pergi google CANVA type (resume / CV) banyak template. Color boleh tukar gambar biar professional tapi creative.
2. ONLINE presence – buat LINKedin , buat jobstreet/ buat portfolio online update keje2 kat situ macam professional blok. Kasi update.
Activiti sukarelawan pun masukkan, aktiviti sukan masukkan juga. Side hussle masukkan juga. Sebab itu semua pengalaman. Tapi jangan buat karangan , masukkan skill yang berguna
Contoh: Saya terlibat sama dalam hari sukan fakulti dan perasmian (skill yang highlight sini dimata recruiter “oh pernah handle event management”).
Letak QR code link online presence ni di resume. Lagi baik buat Video resume (upload dekat youtube).
3. Video resume (letak QR code online presence ni sebelah gambar anda. Make it visible) buat nak buat QR code macamana? Google je QR code generator.
Video resume tu apa? Buat video pengenalan diri make sure menarik tertarik kau memang the bomb.
Apa yang recruiter tengok? – confident, professionalism utk represent company, young but resourceful, creative. Zaman sekarang ni banyak industry kehausan creativity dalam penyelesaian masalah.
4. Jangan EGO dan Mesti JUJUR, jangan demand gaji kalau pengalaman keje full time tak cukup 1 tahun, amik je apa gaji yang dia bagi.
Ingat setiap tahun, a shinier fresher grad keluar dari uni. Jadi jangan ego cakap, “aku grad UIA, aku grad LAW tak boleh terima gaji RM1600” ni zaman recession aku hampuk kau kang.
Setahun tu sekejap sangat. Tengok covid dah 10 bulan takdahal la, anggap la RM1600 orang bagi untuk kau timba ilmu dan belajar. Sambil2 tu lepas 6 bulan kau depan RM2300 (kalau kau rasa kau perform try je) dah dapat gaji RM2300.
Lepas setahun apply tempat lain cakap la gaji saya sekarang RM2300 company baru boleh bagi berapa normally dia akan bagi RM2500-2600.
(Masuk la kalau offer ada naik RM100-300) tapi tanya lepa confirm ada increment tak normally dia akan cakap ada, make sure it is written in your offer letter.
Masa interview jujur juga kalau ada soalan2 personal, orang yang jujur ni sebenarnya boss2 rasa dekat. Dia pun manusia penah susah dan senang
5. Tukar bidang sia-sia belajar? Pernah tak fikir allah atur rezeki dan hidup ni terbaik untuk kita? Percaya tak ilmu ni tak pernah sia-sia. Yang sia-sia adalah ilmu yang berkarat duduk di rumah. Berniaga online taknak, pergi kelas tak nak sibuk main game.
Tau atau tidak kebanyak corporate people bukan dari bidang yang sama, kebanyakkannya growth through experience, short course, exposure then apa guna belajar tinggi?
Taraf pemikiran orang yang ada degree dan PMR sahaja sama tak? Saya tanya je jangan kecam. Kita belajar tinggi bukan sahaja untuk belajar core course tapi kita belajar banyak soft skill di universiti, kita belajar untuk bekerja dengan teammate,
Kira belajar pentingnya deadline, kita belajae public speaking, banyak lagi la pentingnya belajar di peringkat tinggi.
Jadi anda tukar bidang tidak semestinya rugi. Rezeki ni kalau kita fikir positif dia akan jadi positif. Contoh “engineer jual coway vs budak habis sekolah jual coway” lain tak approach? Uni ni membentuk cara kita berfikir.
“Architect jual rumah vs lawyer jual rumah” lain tak adik-adik rasa? Mesti lain sebab core berbeza pandangan berbeza, takda yang salah cuma input yang diberi kepada pelanggan itu berbeza.
Jadi tukar bidang kerja itu tak salah selagi anda cuba yang terbaik untuk gunakan ilmu yang ada dan terus belajar . Youtube kan ada, coursera ada, googleclassroom ada.
6. Fahami peredaran zaman. Be flexible be adaptive. Kenapa kita ada lambakan penganggur dari bidang doktor, lawyer, accountant, engineer dan arkitek. Sebab zaman mak ayah kita memang pekerjaan itu yang paling gah paling asyuk.
Tapi zaman ini bergerak pantas, ada satu masa dulu kerajaan push biotechnology course, cuba tanya grad biotech apa pekerjaan mereka sekarang.
Kebanyakannya adapt kepada peredaran zaman kerana tiada demand dalam industry. Mengikut unjuran sektor yang takkan rugi adalah teknologi. Pilih satu bidang teknologi yang anda rasa masih relate dengan benda yang anda suka/ skill yang ada yakin. Cuba try test.
Contoh? Anda graduan doktor tak dapat tempat lagi? Cuba jadi sales person untuk medical technology. Kenapa?
Beza dengan sales person biasa anda dah ada basic medical term dan procedure client anda dari itu :
1. Boleh buat connection networking.
2. Client akan rasa dekat sebab you use the same jargon, ala macam kawan2 la boleh borak benda sama.
————- banyak lagi nak bebel———-
Jap. Kenapa saya layak cakap? Saya dari orang susah, bukan anak orang kaya. Saya kerja sambil pelajar UIA. Saya pernah gagal saya pernah berjaya. Saya pernah mencuri saya pernah lari rumah.
Saya dapat biasiswa degree dan master luar negara. Family saya ada dalam penjara. Saya pernah tak ada duit sampai gigil, saya pernah menyalah Tuhan saya pernah menyalahkan orang lain.
Saya pernah menganggur setahun sekarang setiap bulan recruiter call minta saya datang interview dan kerja dengan mereka.
Gaji saya dalam tempoh 4 tahun dah 8 kali naik. Saya masih 20an. Bukan saya nak riak, saya nak bantu anda. Anda boleh come on anda grad UIA. Ingat senang ke?
YOU CAN!
– Alumni UIA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit