Tips Bagi Siapa Yang Tiada Common Sense

Assalamualaikum para pembaca dan terima kasih aku ucap pada admin sebab sudi siarkan cerita aku.

Seperti yang anda semua nampak dan baca tajuk di atas, mesti boleh agakkan? Tapi, ini bukan luahan mengenai rumahtangga mahupun cintan cintun. Ini cerita mengenai rumah sewa. Huhuhu.

Kita start la ya. Hehe. Aku ni bujang, dah tua pun or andartu lah senang cakap. Bak kata orang, rumah kata pergi, kubur kata mari. Hahahaha. Macam ni kisahnya, aku ni bukanlah seorang yang terlalu perfect or pengemas. Tapi, aku kerap kali dapat penyewa yang buat aku naik darah. Huhu.

Untuk pengetahuan anda semua, aku ni belum berkemampuan beli rumah. Jadi, aku dan adik ada la share sama-sama duit untuk sewa rumah & sediakan barang dalam rumah ni. Hidup kat bandar ni, bak kata orang nak sewa pun mahal. Deposit lagi dah berapa ribu habis.

Nak dipendekkan cerita, aku dan adik yang sediakan barang dan bahagikan bahagian setiap orang. Dari dapur sampailah di bilik tidur, aku bahagikan space. Semua ni aku belajar bila aku dapat housemate lama yang langsung tak ada common sense.

Apa lagi, cakap cara elok tak boleh, memang maki la jawabnya. Maaf, HAKAK terpaksa. Maklumlah, masa tu kerja jauh dari rumah. Pukul 5.30pagi dah kena bangun masak untuk bekalan ke tempat kerja. Jadi, memang keluar awal pagi. Adik aku yang akan uruskan dari menyapu semua.

Nak dijadikan cerita, adik aku ni kena pindah sebab nak kahwin, so aku la yang uruskan semua hal dalam rumah ni. Bila adik aku tak ada, memang azab la aku yang uruskan. Terkejar-kejar. Dengan nak masak, nak kemas rumah. Jadi, aku buat je tanpa ada masalah.

Yang bermasalah, bila aku balik kerja waktu malam dalam pukul 11 or 12 (aku designer) alahaiii, rumah bersepah. Siap lampu kipas terbuka. Lepas tu, tak ada orang di ruang tamu. Alahaii penyewa, kipas ni buka untuk apa?

Dengan alat mekap tiba-tiba di tengah-tengah lantai ruang tamu, dengan gelas minuman letak merata, ni rumah perempuan ke rumah lelaki? Aku dah la penat, keluar pagi balik malam. Benda macam ni yang aku tak suka. Bila tahap sabar aku dah hilang, cakap cara elok tak jalan, last sekali memang aku guna bahasa kasar.

Akhirnya, mereka semua pindah dan tinggallah sampah sarap yang banyak. Mana taknya, dah nama pun jenis beli barang, sampai tak tahu mana 1 barang sendiri. Siap space aku jadi mangsa. Ishk ishk, sabar sajalah HAKAK.

Sejak daripada kes tu, aku pun fobia. Siap aku iklankan nak penyewa macam ni macam tu. Siap ada budak ni whtspp aku tanya “nak tanya, akak pembersih yang tahap macam mana?” Hahahaha. Lawak. Tapi dia jadi menyewa. Tak lama. 3 bulan je sebab praktikal & aku masih lagi tak putus hubungan dengan budak tu.

Kalau dulu, 1 rumah termasuk aku ada 6 orang. Kali ni, aku ambil 4 orang saja. Sebab aku dah penat dengan ragam manusia yang menyewa. Jadilah sekarang 5 orang.

Kali ni aku jadi tegas. Tapi tegas untuk kebaikan. Benda yang akan aku lalui dengan penyewa sekarang seperti di bawah:

1. Bab masak tak kemas. Aku pantang kalau masak dapur berminyak sana sini, yang jenis terpercik sana sini air. Alahai penyewa. Ada kain buruk di lantai kenapa tak dilap? Hahaha. So, solution yang aku buat adalah snap gambar dan hantar dalam group whatsApp,

“Minta siapa-siapa yang guna dapur mohon lap. Akak beli tisu bukan untuk dijadikan hiasan, untuk dilap. Lagi satu, ada nampak tak air yang terpercik masa basuh pinggan kat lantai tu? Dah boleh berenang gamaknya. Sila tolong lap ya. Anggap la akak ni macam mak mertua korunk yang cerewet. Nanti bila dah kawen, korunk dah faham macam mana nak adapt”. So masalah yang tu selesai.

2. Bab kacau space jiran. Hahaha. Yang ni paling lawak. Tiba-tiba dalam peti sejuk di bahagian aku, ada asam jawa, ada itu ini. Alahaii penyewa, sudah dibagi betis, nak paha pula. Sudah dibagi paha, mau satu badan ka? Solution yang aku buat untuk orang macam ni sama macam no.1.

“Kawan-kawan, barang dalam peti ni dah dibahagi tempat masing-masing. Jangan la ambil bahagian jiran. Kalau rasa barang tu banyak, boleh beli peti sejuk sendiri, letak dalam bilik sendiri & bayarlah bil lebih ya. So, sila alih, kalau tak, akak buang semua” Selesai bab tu. Nasib dengar kata.

3. Bab berkira nak buang sampah. Okey, bab ni berlaku masa kenduri adik aku. Aku balik kampung untuk uruskan hal dikampung. Kemon la, adik kahwin kot, giler ko tak balik? Kena parang dengan mak ayah aku nanti.

So, aku tinggalkan wasiat, rumah jangan lupa sapu. Sampah buang. Sebab aku pagi-pagi sebelum pergi kerja memang akan sapu rumah, buang sampah, kemas dapur. Maklumlah baru ada rezeki tempat kerja dekat dengan rumah.

8 minit (kalau naik moto) je dah sampai ofis. Kalau naik kereta dah makan masa 20 ke 30 minit (gara-gara LDP je pun) jadi, kita simpan saja kereta tu dan naik je la moto. Hahahaha.

So, berbalik pada point tadi, aku dah wasiat macam mak mak dah. Hehehe. So, masa aku dikampung ada la terdengar-dengar isu pasal sampah.

Seorang kata dah ikat, minta buangkan, tak ada siapa pun buang. Aku yang kat kampung ni dok sibuk, mana sempatnya nak ambik tau. Last sekali bila serabut sangat, aku buat keputusan time nak akad nikah dah tu. Hahaha.

Aku text macam ni, “isnin – jumaat lock 1 hari untuk buang sampah. Kecuali hari sabtu, ahad dan untuk orang yang bercuti (means tiada di rumah) siapa yang baik hati, boleh buangkan. Guna tong sampah ke tak, jatuh je hari hampa yang buang, kena buang. Cukup selama ni akak tak berkira bab buang sampah. Takkan 1 hari pun tak boleh nak buang. Rasa tak suka boleh cari rumah lain”. So settle masalah ni.

Alhamdulillah. Setakat hari ini, aku dapat penyewa yang boleh dengar kata. Aku pun happy. Boleh keluar rumah lambat sebab tempat kerja dekat. Sedap mata memandang keadaan rumah.

Aku ni tak ada la pengemas sangat. Cukup kalau siapa buat, kemas balik. Tak susah pun. Masak, kemas. Buat sepah kemas. Senangkan?

Aku tak berkira bab sapu rumah selagi barangan peribadi tak bersepah letak diluar bilik. Aku sediakan semua kelengkapan A to Z, tak ada ambil apa-apa keuntungan pun. Jadi aku nak la penyewa yang tahu menghargai barang orang. Aku tak suka marah. Tapi marah aku bersebab.

Para pembaca doakan aku dimurahkan rezeki, dapat beli rumah sendiri. Nak juga deco rumah sendiri kan. Hehehe. Terima kasih sudi membaca.

Just pesanan. Memandangkan ada isu pasal Novel coronavirus, aku sarankan pembaca-pembaca ambil langkah berjaga-jaga ya. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Hakak akhiri dengan Assalamualaikum.

– NUR89 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *