Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-bangkit-selepas-bercerai/).
Assalamualaikum sahabat dunia akhirat. Syukur bila penulisan saya yang pertama menyuntik semangat2 luar biasa pembaca terutamanya pada yang berdepan dengan situasi yang sama dengan saya.
Ada baca dekat komen diaorang cakap macam Farah Lee. Maaf dipinta sebab saya sendiri tak tahu perjalanan hidup dia, hehe. Mula2 rasa tak mahu lagi menulis tapi mungkin Allah swt gerakkan hati untuk berkongsi beberapa pekara lagi.
Disini saya ingin kongsikan beberapa pekara yang mungkin penting pada pandangan sesetengah pihak.
Soal nafkah anak yang kadang2 ramai ibu tunggal takut untuk menuntutnya. Mungkin masing2 ada kekangan untuk melakukakannya. Tak boleh kita cakap orang lain memberi alasan.
Setiap dari kita perjalanannya tidak sama. Tapi jika ada peluang untuk menuntut, lakukan yang terbaik demi anak2.
Disini saya kongsikan apa yang saya lakukan yang saya kira kes tuntutan nafkah agak cepat diselesaikan walaupown mendapat tentangan dari pihak bekas suami. Hanya mengambil masa 3 bulan dengan 3x menjalani prosiding mahkmah.
Selepas setahun saya berpisah, saya mengambil keputusan untuk memfailkan kes tuntutan nafkah anak dan hak jagaan.
Kalau penulisan yang pertama tadi saya katakan saya tidak berdendam bahkan saya memaafkan bekas suami, mungkin akan ada yang agak keliru kenapa saya membuat segala tuntutan ini.
Bekas suami saya baik. Saya kenal dia sebagai lelaki yang baik, kenal dia sebagai suami dan ayah yang baik. Rugi jika sya membiarkan dia menjadi orang yang tidak baik.
Bila selepas setahun kami berpisah, saya perasan bekas suami mula culas tentang nafkah kepada anak. Dari RM300 ke RM200. Kemudian, RM100 dan akhirnya selama 4 bulan dia tidak mengirim nafkah kepada anak. Saya diam, langsung tak marah dia.
Tidak mahu saya katakan ianya ada kaitan dengan hasutan dari mana2 pihak walaupun saya sendiri menerima bermacam2 bentuk sms dan wasap dari pihak bekas suami.
Saya fikir untuk culas dalam satu2 tanggungjawab yakni kepada Allah swt sekalipun ia adalah pilihan kita sendiri.
Walau ada yang menghasut, jika kita memilih untuk berada bersama Allah swt, maka kita tidak akan termakan dengan mana2 hasutan. Kerana dia penjawat awam dan bergaji lebih dari 4k, jadi apakah alasan yang dia ada untuk tidak memberi nafkah.
Otak saya ligat berfikir jalan terbaik yang perlu saya ambil untuk “menolong” bekas suami diakhirat kelak.
Saya lakukan istikharah. Berkali2. Saya minta Allah swt berikan petunjuk sehingga akhirnya saya mendapat mimpi bekas suami dibakar dengan api yang besar disatu kawasan lapang.
Masih jelas dalam fikiran saya jeritan dia didalam mimpi tu. Saya dan anak berada disatu sudut hanya menjadi pemerhati.
Bila saya tersedar, saya yakin bahawa mimpi ini adalah satu petunjuk dari Allah swt atas setiap kegusaran hati saya.
Saya bertemu dengan beberapa orang ustazah meminta pandangan mereka. Saya membawa isu ini dalam perbincangan keluarga.
Alhamdulillah, hasil dari pendapat2 yang baik, saya mengambil keputusan untuk mengfailkan beberapa tuntutan kepada bekas suami.
Sepanjang proses tuntutan, dari awal lagi saya niatkn dalam hati saya, saya hanya ingin membantu perjalanan akhirat bekas suami.
Baik buruk dia adalah seseorang yang pernh menjadi suami yang baik pada saya dan yang paling penting dia adalah ayah kepada anak saya. Seseorang yang suatu hari nanti perlu saya kongsikan keperibadiannya dengan anak saya.
Saya tak fikir banyak pekara. Saya tak mahu letakkan diri dalam keadaan tertekan. Saya perlu tenangkan diri agar saya mudah menguruskan segalanya. Saya hanya fokus kepada niat saya. Walaupun saya tahu apa yang saya perlu lakukan tidak mudah. Jalannya penuh berliku.
Ke mahkmah untuk failkan kes, ambil borang dan macam2 lagi. Tapi saya kuatkan semangat. Saya perlukan positifkan diri saya setiap masa. Mungkin saya penat didunia, asalkan saya tidak gusar untuk berdepan dengan Allah swt kelak.
Bila tuntutan dibuat, seperti yang saya jangkakan saya akan berdepan dengan kemarahan dia. Ya, semarah2nya dia kepada saya. Segala tindakan dia benar2 memcabar kesabaran saya. Bahkan ayah saya yang ketika itu berada dihospital turut diganggunya.
Tapi saya diam dan terus bertindak. Kerana saya yakin saya lakukan semua ini kerana Allah swt pasti Allah swt mudahkan segalanya nanti.
Dia kata pada saya, kalau dia tak bagi nafkah pun tak apa. Saya terlebih mampu untuk menyara anak saya. Ya, benar kerana income yang saya perolehi 2x ganda dari gajinya.
Tapi saya katakan tidak pada dia. Menyokong kata2 dia umpama menghumban dirinya ke neraka. Jika saya mahukan dia bersama anak sya disyurga, saya perlu “melawan” dia dengan cara yang berhemah.
Alhamdulillah sepanjang prosiding mahkmah berjalan, segalanya nampak “smooth” walaupun bekas suami tak henti2 memarahi saya dan menuduh saya dengan bermacam2 pekara tapi saya teruskan dengan niat saya,
Saya benar2 setkan dalam fikiran saya “Biar dia marah dan benci aku didunia, sekurang2nya diakhirat dia akan berterima kasih dengan aku.”
Setiap kali ke mahkmah saya tak henti2 membaca ‘YA LATIF’, saya niatkan supaya Allah swt memberi kelembutan pada hati bekas suami.
Benar, jika percaya dan bergantung itu hanya pada Allah swt, pasti akan ada keajaiban yang muncul.
Dalam kemarahan dia pada saya, saya tidak tahu apa yang mengubah fikirannya, dia bersetuju untuk menyelesaikan kes diluar mahkmah dan bersetuju untuk memberi nafkah secara tetap kepada anak saya.
Tiada kalimah yang lebih baik dapat saya ungkapkan saat itu melainkan terima kasih yang tak henti2 kepada Allah swt.
Walaupun ada mengatakan dia cuba menjaga imejnya sebagai penjawat awam dan bimbang jika ada rekod yang tidak baik, bagi saya itu bukanlah urusan saya untuk memikirkannya.
Walaupun hanya RM250 untuk nafkah anak setiap bulan, saya menerima keputusan itu tanpa sebarang bantahan. Niat saya dari mula bukan untuk menganiayai dia, maka saya menerima sebagai rezeki dari Allah swt.
Memang kalau ikutkan jumlah itu tidak mengcukupi jika mahu mengambil kira setiap perbelanjaan bagi anak yang berusia hampir 3 tahun tapi saya tetap bersyukur.
Sekurang2nya saya berusaha menjadikan dia hamba yang bertanggungjawab kepada maha pencipta. Dia ikhlas atau tidak itu bukanlah urusan saya untuk membuat penilaian.
Dia sendiri tahu jumlah itu tidak cukup dan dia sendiri tahu keutamaan dia adalah untuk mengcukupkan keperluan anak bukan gigih untuk mengumpul duit untuk berkahwin lain @ memewahkan keluarga sendiri,
Tapi bagi saya segala urusan berkaitan dengan dirinya adalah urusan dia dengan Allah swt.
Dalam soal nafkah anak, berapa banyak yang kita dapat, anggaplah sebagai rezeki dari Allah. Tapi yang penting kita cuba berusaha dahulu. Jangan mengalah dahulu. Jika bapa kepada anak kita mampu, buatlah yang terbaik.
Jika dia tidak mampu, sebgai contoh penagih dadah, tidak bekerja dan sebgainya, maka bersyukurlah kerana Allah sedang memilih kita menerima kasih sayangnya.
Dalam apa jua situasi, buktikan kepada anak kita ibu yang sntiasa berusaha menjaga kebajikan mereka. Mudah2han beroleh kita rezeki yang berlimpah ruah. Aamiin..
– Nur Ain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit