Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-bangkit-selepas-bercerai/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/tips-bangkit-daripada-penceraian-ii/).
Assalamualaikum sahabat dunia akhirat. Ini adalah penulisan terakhir saya untuk “Tips bangkit selepas penceraian”..
Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan tips mencipta kejayaan selepas berpisah. Mungkin agak panjang tapi mudah2han dapat memberi manfaat kepada setiap pembaca. Tidak dinafikan untuk mencipta sesuatu selepas diceraikan bukanlah mudah.
Ianya sukar kerana kita terpaksa berperang habis2san dengan dalaman kita sendiri. Kita mungkin diuji dengan keadaan sekeliling tapi ujian yang sebenar ianya datang dari dalam diri kita sendiri.
Saya dahulu pensyarah ipts, meninggalkan dunia kerjaya demi ketaatan kepada seorang suami. Bila bepisah lesen mengajar juga dah tamat tempoh.
Bila terlalu lama tidak bekerja, orang anggap pengalaman kita sudah tiada. Saya tak mengalah. Saya ambil keputusan untuk berniaga ketika saya zero modal.
Ya, saya ditinggalkan tanpa satu sen pown saving didalam bank. Saya juga tidak dibenarkan mengambil satu pun perabot rumah yang dibeli bersama.
Saya hanya mengambil barang2 saya dan anak, pekakas rumah yang diberi oleh ibu bapa saya dan hadiah yang saya dapat semasa majlis perkahwinan disebelah saya.
Ketika saya menjadi isteri, saya ada lakukan side income untuk membantu suami, tapi wang habis dengan membantu dia. Berada ditengah2 bandar dengan gaji ketika itu 4000 bukanlah satu jumlah yang besar.
Bila ditolak itu ini, loan peribadi, loan kereta, dan sebagainya gaji bersih hanya tak sampai 3k. Kos hidup dibandar sangat tinggi. Sewa rumah sahaja hampir 1k walhal hanya duduk dikawasan flat.
Selalu tak cukup untuk tampung itu ini. Saya nk keluar bekerja bekas suami tak izinkan. Jadi, saya buat macam2. Buat kuih, jadi pengasuh, ambil upah isi borang pos, macam2 kerja yang tidak menggangu perjalanan hidup saya sebagai suri rumah asal dapat membantu dia.
Rasa letih memg tak pernah ada list dalam kehidupan saya masa itu. Tapi saya tidak pernah menyesal kerana ketika itu saya ikhlas membantu. Walaupun dia bukan bekas suami yang baik tapi Dia dulu seorang suami yang baik.
Kerana saya tiada saving dalam akaun simpanan, jadi saya mulakan dengan perniagaan yang tidak memerlukan modal. Minat saya dalam bidang bakery, tapi bidang itu memerlukan modal yang agak tinggi.
Jadi saya pendamkan dahulu niat saya, saya mulakan dengan dengan sesuatu yang saya kurang minat. Saya ketepikan soal minat tak minat, yang penting dapat menjana pendapatan kepada saya dan anak. Saya ada banyak komitmen untuk diselesaikan.
Kereta, duit belanja seharian dan macam2 lagi. Kereta saya beli sebelum berkahwin. Satu2nya kereta yang kami ada selepas berkahwin. Jadi mahu tidak mahu, selepas berpisah saya perlu berusaha untuk membayar installment kereta.
Walau bekas suami ada memberi nafkah pada mulanya, saya harus berfikir jauh kehadapan, jika satu hari dia berhenti untuk memberi nafkah kepada anak @ dia hanya mampu memberi dalam satu jumlah yang sangat kecil. Segalanya saya harus fikir dengan baik dan tersusun.
Kerana tidak ada modal saya memilih untuk menjadi dropship. Kalau ikutkan saya boleh meminjam dari keluarga saya. Wang bukanlah satu isu yang besar memandangkan pencen dan income dari mak dan abah saya melebihi 10k. Tapi saya lebih suka berusaha sendiri.
Malu saya pada mereka menggunung tinggi. Rumah mak dan abah menjadi tempat berteduh untuk saya dan anak, ia sudah cukup besar bagi saya.
Saya mulakan dengan menjual produk orang lain sehinggalah sampai kepada satu tahap, saya mampu mengeluarkan modal untuk produk saya sendiri.
Saya tak tunggu banyak masa. Kerana saya minat dalam bidang bakery, maka saya memilih untuk menjual kek dan roti. Ibu bapa, keluarga dan sahabat terdekat sangat membantu Walau saya pemegang ijazah sarjana tapi tidak pernah sekali mereka memperlekehkan usaha saya.
Harus saya akui, pada mulanya mereka agak tidak bersetuju dengan cara dan keputusan saya. Mereka lebih mencadangkan saya untuk kerja makan gaji, tapi benda tu take time. Anak saya juga masih kecil dan perlukan perhatian.
Saya perlu menguruskan segalanya sendiri. Tapi saya set dalam diri saya mahu buktikan bahawa keputusan saya adalah tidak salah. Bila melihat kesungguhan dan sikap tidak putus asa saya, semangat mereka akhirnya lebih dari saya.
Saya memulakan perniagaan bakery dengan mempromosikan produk saya di media sosial. Kemudian saya ambil risiko untuk buka payung di pasar malam. Saya manfaat segala peluang dan ruang yang ada.
Saya trsenyum bila keluarga mula menerima baik usaha saya. Abah saya walau dia pencen pensyarah, dia membantu saya mengangkat kerusi dan meja.
Mak saya walau setiap malam dia yang membantu saya menyiapkan segala tempahan. Sehinggalah sampai satu tahap saya mampu menyewa lot kedai dan menggaji pekerja.
Ketika saya berada di kemuncak. Regular cust saya hampir beratus orang banyaknya, saya diuji dengan fitnah dari bekas keluarga mertua yang mengatakan saya pernah mengidap penyakit gila. Bisnes saya jatuh menjunam. Selama 3 bulan sale saya sangat teruk. Gaji pekerja perlu dibayar.
Berhentikan mereka bekerja bukanlah satu keputusan yang baik. Saya harus fikir mereka ada mulut yang perlu disuap makanan setiap hari. Setiap malam saya bgun dan saya menangis semahu2nya kepada Dia MaHa Berkuasa. Saya memohon kekuatan dan pertolongan dariNya.
Sudahlah sebelum itu saya difitnah membomohkan suami sendiri sehingga diceraikan, kali ini datang lagi fitnah yang besar. Saya sedaya upaya positifkan diri saya bahawa ujian ini sebenarnya dari Allah swt, manusia itu hanya perantaraan.
Saya setkan minda saya supaya kuat berdepan dengan tomahan masyarakat. Berita saya mempunyai penyakit gila merebak dengan cepat. Setiap hari saya menerima bermacam2 wasap dan mesej. Ada juga yang ternampak saya di luar, mereka seolah2 memandang jijik.
Saya perlu cari jalan untuk yakinkan kembali cust saya bhawa saya tidak pernah mengidap penyakit gila seperti yang didakwa.
Saya minta pendapat dari keluarga dan sahabat terdekat. Perbincangan dengan orang terdekat sangat perlu. Saya tidak boleh berfikir sndiri walau saya mampu uruskan kehidupan saya selama ini.
Sedikit sebanyak hati dan perasaan saya down kerana fitnah ini. Sokongan padu dari orang terdekat sangat saya perlukan.
Saya positifkan diri saya setiap masa melalui penulisan saya dimedia massa (fb, status wasap, ig). Untuk saya menyakinkan orang lain bahawa saya adalah manusia normal. Saya berkongsi kehidupan seharian saya dan anak dengan sahabat2 dimedia sosial.
Saya berusaha membahagiakan diri saya ditengah2 ujian yang besar. Kerana 90% cust saya dari media sosial, jadi platform ini sangat penting untuk saya gunakan.
Saya tidak mampu untuk terangkan atau berjumpa dengan seorang demi seorang bagi menjelaskan pekra sebenar. Hanya ini jalan yang saya nampak. Dan alhamdulillah lama kelamaan customer saya kembali kepada saya.
Marah saya kepada mereka yang menganayai saya, saya zahirkan dengan usaha yang tidak kenal erti putus asa. Saya ada banyak sebab untuk terus berdiri. Lebih2 lagi saya perlu menjadi contoh terbaik buat anak saya. Jika saya lemah, anak saya akan menjadi manusia yang lemah kelak.
Saya perlu sedarkan dia bahawa sangat penting untuk dia menjadi manusia yang kuat mental dan emosi. Lebih2 lagi dia perempuan. Dia semakin membesar. Apa yang dia akan lalui saya sendiri tidak tahu.
Mungkin isu gila ini akan menjadi isu paling besar untuk orang lain melemahkan semangat dia kelak. Saya perlu membaca segalanya dalam satu jangka masa yang panjang. Yang paling utama didikan seorang anak untuk menjadi ‘manusia’ tergantung sepenuhnya kepada kita.
Kepada wanita2 yang diceraikan tanpa alasan yang baik, ingtlah bhawa kita terlalu istimewa disisi Allah swt kerana dipilih menerima ujian ini. Walau kita sendiri dizalimi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyanyangi diri sendiri.
Kemudian sayanglah orang yang slu syg dan mendoakan kita. Bila bercerai cuba kecilkan skop berkawan dan bergaul. Itu lebih selamat untuk kita kerana menjadi ibu tunggal ini fitnahnya dimana2.
Selalu katakan pada diri bahawa kita mampu melalui sgala ujian yang mendatang dan carilah Allah swt setiap masa.
Jangan sesekali berputus asa kerana ianya sifat yang tidak disukai Allah swt. Jika kita terpaksa bermula dari bawah sekalipun, terima dan ikhlaskan hati. Niat kita kerana Allah swt bukan kerana sesiapa.
Sentiasa ingat, bahawa wanita yang diceraikan akan lebih bnyk yang mengeji dari wanita yang kematian suami lebih banyak yang akan bersimpati.
Akan tetapi untuk menjadi wanita dihormati selepas diceraikan, pilihan itu sebenarnya ditangan kita sendiri. Jika kena pada caranya, tidak mustahil kita akan menjadi teladan yang baik kepada orang lain.
Fokus kepada matlamat yang kita bina dan wujudkan semangat luar biasa dalam diri kerana hakikatnya kedua2 ini adalah gabungan terbaik untuk mengubah kehidupan kita dan anak ke arah yang lebih baik.
Ciptalah kejayaan untuk diri sendiri. Sekecil2 kejayaan sekalipun. Binalah tanpa ada rsa putus asa.
Mungkin saya agak bernasib baik kerana mempunyai keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik dari aspek kewangan dan agama.
Tapi saya sendiri rasa bertanggungjawab untuk membesarkan anak saya dengan kudrat saya sendiri dan berniat untuk membahagiakan ibu bapa saya. Maka, saya berusaha tanpa henti.
Kepada sahabat2 yang mungkin ada dikalangan ahli keluarga atau sahabat handai yang diuji dengan penceraian, bagi mereka semangat untuk bangkit. Beri mereka pendapat yang memerlukan, jangan sesekali kritik dgn kritikan yang membuatkan mereka rasa diri sangat tidak berguna.
Jika ada pekara @ pendapat yang mungkin bertentangan, gunakan platform yang baik untuk bermusyawarah.
Perasaan dan jiwa wanita yang diceraikan bukan semuanya mantap, ada yang rapuh dan menunggu untuk rebah. Berikan mereka jalan untuk berdepan dengan ujian, bukan jalan untuk mereka sesat dalam perasaan. Wallhualam..
– Nur Ain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit