Tips Bayi PKPB

Assalammualaikum semua.. Di pagi ini aku nak share sikit pengalaman aku jadi TTC selama 8 tahun. Apa yang aku buat sehingga berhasil mengandung.

Bukan nak riak atau sombong tapi aku faham perasaan wanita2 yang terlalu inginkan anak tapi tak dapat sebab aku pernah melaluinya.

Sebelum itu biar aku ceritakan latar belakang aku. Aku disahkan PCOS, hormon tak stabil dan ada sikit kawalan gula yang tinggi sehingga doktor bagi Metformin. Dos clomid sebanyak 3x juga tak berjaya.

Selepas itu aku proceed dengan IUI dan suntikan GonalF juga tak mengandung. Aku pun mula giveup dan lupakan niat nak mengandung sebelum satu hari aku rasa pendarahan haid yang terlalu banyak. Bercampur dengan sakit di sebelah perut kiri.

Selepas je tamat haid aku gatal tangan nak buat test UPT dan result menunjukkan positif walhal aku baru period. Check2 dengan doktor rupanya aku mengandung luar rahim sehingga tube ruptured dan tiub falopio kiri aku dibuang. Lagilah peluang nak mengandung semakin berkurangan.

Aku bercerai tahun 2017 dan berkahwin baru tahun 2018 Tup tup baru kahwin 3 bulan, aku mengandung tapi gugur di usia 7 minggu sebab masa tu aku memang tak tahu aku mengandung dan berlaku kecuaian di awal kehamilan sehingga gugur.

Aku teruskan hidup dan melalui 2019 dengan lupakan dulu soal nak mengandung dan hanya pikir nak happykan diri tambahan masa itu ada beberapa masalah peribadi membelenggu diri.

Masuk tahun 2020 aku dah BERAZAM dan NEKAD tahun ini aku mesti mengandung jugak. Kiranya tahun 2020 adalah Ikhtiar Kehamilan aku yang ke 8 tahun dengan perkahwinan kedua yang baru menjengah 1 tahun 6 bulan.

Berhasil!

Semasa PKP pertama diumumkan pada Mac 2020 tadi aku mengandung 4 minggu namun chromosomal abnormalities menyebabkan aku keguguran lagi di usia kandungan 12 minggu. Kiranya ini Keguguran yang ke 3 kali!

Namun aku tak giveup.

Aku sangat DETERMINE dan Berdedikasi yang tahun ini aku mesti mengandung juga. Tambahan lagi dengan suami yang sentiasa berikan semangat dan kerjasama untuk memastikan misi kami terlaksana. Aku dah mula faham badan aku dan aku mula adjust here and there.

TTC ni pada aku adalah Trial and Error. So ini apa aku buat yang menyebabkan aku berjaya mengandung semula 2 bulan selepas keguguran :

1. Aku beli Sauna dekat Shopee. Ala tak sampai RM200 pun pakailah beribu kali kat rumah. Sebab aku perasan berat aku naik mendadak masa pregnant dari 69 kg ke 79 kg (Tinggi 165 cm).

Aku kaitkan dengan masalah hormon dan kencing manis menyebabkan ovari aku sukar nak hasilkan telur yang berkualiti yang membawa kepada keguguran.

Aku beli Sauna ni bukan apa. Senang nak keluarkan peluh dekat rumah. Fokus utama aku masa tu nak turunkan berat dulu baru pikir TTC. Jadi aku pastikan seminggu 3x aku bersenam.

Contohnya Isnin, Rabu n Jumaat. Setiap kali bersenam 20 minit. Ala senaman light2 je boleh buat kat ruang tamu asal dapat melancarkan darah. Lepas bersenam aku Sauna 15 minit. Pergh peluh turun meluncur laju kaw kaw punya. Tak sedar dalam sebulan aku turun 10 kg.

2. Selain dari Sauna, aku beli jugak Foot Massage (mesin urut kaki) dekat Shopee. Pun xsampai Rm200. Tujuannya mula-mula hadiahkan kat suami.

Sebab aku baca dekat tapak kaki kita pun ada titik akupuntur yang link pada Syahwat dan Kesuburan. Jadi aku hadiahkan buat suami agar dia berurut setiap malam dan dapat naikkan kualiti serta kuantiti sperma dia.

Selain itu aku sendiri setiap hari guna Foot Massage ni untuk urut kaki aku sebelum tidur. Aku juga selepas keguguran rajin pergi berurut dekat Spa. Amik Pakej Fullmassage dan Ovary Massage.

Korang tengok je kat aplikasi Fave banyak offer murah-murah. Memang berhasillah rasa hormon makin stabil, period cantik, performance suami isteri pun bagus.

3. Amalkan Diet Pemakanan 3T dan Diet Ikan. Apa itu 3T? Haa. senang je. Tauhu, Taugeh dan Tempeh.

Aku buat bacaan 3 jenis makanan ni sangat bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita serta membantu mematangkan telur. Tengoklah orang Jawa, sambil-sambil je pun Anak 6 orang he he..

Aku dan suami pastikan sebelum Waktu Subur kami akan makan 3T ni selama 7 hari berturut-turut dalam diet pemakanan kami.

Selain itu sebelum Waktu Subur kami akan utamakan Makan Ikan berbanding ayam atau daging. Selepas itu sayur lain adalah Sawi dan Bayam untuk naikkan HB.

4. Minyak Zaitun dan Pati Delima. Sebab aku Pcos dan pcoser terkenal dengan telur yang degil susah nak matang jadi Minyak Zaitun aku amalkan 1 sudu setiap pagi sebelum Fasa Subur untuk membantu kualiti telur.

Jus Delima pulak aku minum 1 sudu setiap pagi selepas Fasa Subur untuk membantu menaikkan Hemoglobin (HB) bagi membantu membina dinding rahim yang subur bagi implantasi janin.

5. Selain itu aku amalkan Supplemen Fish oil dan Evening primrose oil. 1000mg setiap hari. Pada masa sama amalkan Natural Progesterone Cream sapu 2x sehari pagi dan malam.

6. Selain dari amalan untuk diri sendiri, suami aku pun ikhtiar. Suami aku pergi berurut juga untuk melancarkan semua aliran darah dalam tubuh.

Suami aku stop terus minum Soya sebab boleh melemahkan batin dan pastikan minum 1 cawan kopi 1 jam sebelum bersama aku untuk mengaktifkan Sperma. Ni korang boleh baca je dekat Google pasal kajian yang dibuat oleh University Belfast.

7. Suami Isteri kena sama-sama Usaha. Jangan Giveup. Suami kena ambil berat waktu subur isteri. Aku amalkan OPK untuk tahu Waktu Subur sebenar sebab Pcos sangat susah nak cari Waktu Subur yang betul.

Suami pulak bila jumpa je hari subur aku, dia akan pulun bekerja keras contohnya 3 hari berturut-turut pada hari subur, lepas tu berselang dua hari sekali sampai period atau pregnant. Kena pandai corakkan suasana romantik jugak agar baby making tu tak terlalu stress.

Pandai-pandailah pergi bercuti ke, deco rumah macam hotel ke, pakai seksi-seksi ke bagi rasa macam Malam Pertama.

8. Banyakkan bersedekah. Amalan rohani pun kena jaga. Kami suami isteri sangat sayangkan kanak-kanak. Jadi kami manjakan anak-anak saudara, anak-anak kawan, hadiahkan baju,permainan,belanja makan saudara mara.

Sedekah paling terbaru sebelum pregnant adalah kami berdua buat ibadah Qurban masa Aidiladha 2020 baru ini. Semoga daging-daging qurban disedekahkan oada sanak saudara, kawan-kawan dan orang kampung.

Dalam hati masa buat Qurban, berhajat semoga dikurniakan anak. Alhamdulillah termakbul. Ajaibnya Allah swt dengar, 2 minggu selepas laksanakan ibadab Qurban aku disahkan mengandung. Genap mengandung semula setelah 2 bulan Keguguran Awal tahun 2020 tadi. Baby PKPP insyaallah!

Sekarang aku sedang menghitung hari untuk melahirkan. Kiranya ini kandungan kali ke 4 dan berharap semuanya selamat sehingga kelahiran.

Kali ini, sebaik saja aku disahkan mengandung, aku dipantau dari awal oleh Hospital Kerajaan juga Klinik Swasta. Aku diberikan suntikan Proluton dan Duphaston untuk kuatkan rahim.

Setiap 2 minggu sekali aku pantau kandungan di Klinik. Aku tak kisah berhabis duit, tenaga atau masa asalkan impian kami suami isteri untuk miliki zuriat sendiri tercapai.

Aku kongsi tips ini bukan nak berlagak bagus tapi aku rasa Sharing is Caring. Aku pernah berada di tempat kalian yang masih TTC jadi nasihat aku keep on Trial and Error.

Adjust here and there dan percaya pada tubuh sendiri. Alert dengan changes. Jangan leka. Jangan terus pasrah bila gagal. Aku sendiri keguguran 3x selama 8 tahun ini. Jangan Giveup!

Doakan anak dalam kandungan kami selamat sehingga kelahiran dan semoga tips kami ini bermanfaat untuk kalian semua.

Jika tips ini bagus boleh terus berkongsi pada semua. Semoga anda juga dapat rasai kebahagiaan para Ibu Bapa rasai. Sesungguhnya TIADA Harta di dunia ini dapat gantikan Nikmat perasaan mengandung zuriat sendiri.

– Sandra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *