Tips Belajar

Hai assalamualaikum, aku Nur berasal dari kawasan pedalaman.

Aku nak share tips belajar untuk korang praktikkan dalam diri anda atau anak2 anda.

Background family aku semua kahwin awal. Ada yang tak sempat habis SPM dah kahwin, kecuali aku tak kahwin lagi. Hehe.

Jadi penekanan dalam aspek pelajaran tu boleh kata 20% saja.

Mak aku pun tak paksa kitorang belajar, asalkan habis SPM sahaja. Ponteng sekolah itu small matter saja.

SPM aku dapat 1 saja A- (BM) yang lain2 harap maklum D, E semua aku balun. Nasib G saja habis stok.

Jadi aku sambung STPM. Bila sambung STPM, aku decide untuk duduk asrama dengan kawan-kawan aku.

Start dari sini aku mula kenal surah al-waqiah dengan surah al-mulk. Setiap malam kat surau, ada pelajar yang akan lead untuk baca 2 surah ni.

Jadi aku akan baca tiap2 hari al-waqiah, al-mulk & surah yassin sekali sebelum tidur untuk elakkan hantu kacau aku.

Asrama aku duduk ni keras sikit sebab selalu berlaku kerasukan syaiton. Biasa la pedalaman kan.

Niat aku baca sebab tak nak hantu kacau, tapi Allah bagi lebih daripada tu.

Masa awal aku masuk STPM, guru kelas paling risau dengan aku sebab selalu tidur dalam kelas dan mengelamun jauh ke kutub utara.

Budak2 perempuan lain semua bagus-bagus ada kotak pen, etc. Aku ada la 2-3 batang biru, hitam dengan merah. Itupun kalau tak hilang.

Selepas beberapa bulan belajar, maka tiba lah musim exam. Kami geng asrama akan pulun study, tapi aku jujurnya tiada mood untuk belajar.

Jadi aku masuk bilik prep (bilik study untuk geng asrama) untuk dengar kawan2 aku belajar. Mereka masing2 akan tanya soalan dan yang lain akan jawab. So aku duduk dan dengar apa yang mereka belajar.

Kadang2 aku akan minta mereka repeat kalau ada yang aku kurang faham. Mereka sangat bagus membantu. Terima kasih kawan2 ku.

Bila exam, soalan-soalan yang mereka bincang tu sebiji keluar dalam exam. Otak aku dapat ingat semua benda tu dan aku dapat keputusan paling tinggi dalam tingkatan.

Kawan2 cakap aku untung otak bijak tak study pun result gempak.

Masa tu aku pun rasa macam tu. Sampai la aku mula lalai. Aku tinggalkan surah-surah tu.

Kadang ingat, aku baca la seminggu sekali. Kadang2 sebulan sekali pun susah nak baca. Aku lalai yang selalai-lalainya.

Sampai results aku drop. Aku sambung degree pun aku lalai banyak. Susah sangat nak baca surah surah yang aku amalkan sebelum ni.

Result degree aku boleh la cukup2 makan. Selepas habis degree baru aku sedar kekhilafan aku. Aku dah start on track balik untuk baca surah-surah tu.

Doakan aku istiqamah. Percayalah surah-surah ni akan banyak bantu kita even selepas habis belajar.

Selepas aku start on track balik, Alhamdulillah hidup aku okey.

Aku kerja biasa saja, bukan gomen. Tapi aku mampu survive dengan gaji 1k masa tu. Aku berhijrah ke negeri lain & sewa bilik hidup sorang.

Aku pun ada dapat sponsor buat umrah. Walau aku banyak khilaf, Allah jemput aku ke sana. Syukur sangat.

Aku tengok kawan aku yang selalu amalkan surah yasin, murah betul rezeki dia. Dia kerja kerani biasa saja, tapi komisyen dia ribu-ribu sebulan even basic 1.5k.

Ada juga kawan yang jumpa aku, minta tips macam mana aku hidup tenang. Dia suka tengok aku hidup macam tiada masalah.

Aku tiada tips, aku cuma minta dia baca surah2 ni kalau ada masa.

Alhamdulillah sekarang aku tengok dia selalu mengaji malam-malam. Dah tiada mengadu tentang kerja stress, gaji tak cukup.

Jadi kesimpulannya, kalau rasa otak memang tak boleh masuk untuk study, hidup tak best.

Anak-anak pun tak berapa catch up dalam kelas, cuba amalkan surah yasin, al-waqiah dan al-mulk banyak2. InsyaAllah Allah bantu.

Yang penting kekal istiqamah, jangan lalai macam aku.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *