Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin dan readers iium confessions. Aku harap post ni dapat memberi manfaat dan membantu adik2 yang belajar di matrikulasi untuk skor. Sebagai pengenalan, aku merupakan bekas pelajar matrik aliran sains (program satu tahun). Aku cuma dapat 4A dalam SPM. Masa dapat tawaran matrik, aku memang bersyukur sangat .Aku nekad untuk menebus kegagalan aku semasa SPM dan ubah cara belajar aku memandangkan silibus matrik agak padat dan diberi masa yang singkat. Ni tips2 nya:
1. Kena pandai cari kawan
Peranan kawan memang sangat penting. Carilah kawan yang tak lokek ilmu dan selalu bersemangat nak belajar . Confirm ada. Nanti baru korang semangat nak belajar dan boleh saling mengingatkan antara satu sama lain. Elakkanlah gaduh2 ke apa. Jangan asyik nak berkawan sampai pelajaran terabai. Ingat, belajar kat matrik ni sekejap je. Jangan buang masa fikir hal remeh temeh.
2.Belajar dengan cara yang betul
Ada orang dia suka belajar sendiri dan ada juga yang suka buat study group. For me, kalau nak buat study group tu better dalam dua tiga orang je. Takut nanti sembang je lebih tapi belajar ciput. Kalau nak belajar sorang pulak better ada orang berdekatan yang korang boleh rujuk bila tak faham ataupon catat dulu terms yang tak faham lepastu tanya kat lecturer atau kawan kemudian.
3.Bijak Urus masa
Masa kat matrik sangat pack. Kelas dari pukul lapan pagi sampai empat petang. Tu belum lagi kalau ade kelas tambahan yang lecturer buat sebab nak habiskan silibus. Kalau aku dulu, lepas habis kelas petang tu aku selalu beli makanan bungkus untuk dinner dan makan kat bilik je. pastu rehat kejap, solat ,mandi dan terus buat homework. Sebab aku rasa buang masa sangat nak masuk keluar bilik. Baik buat homework(sentiasa banyak) or study.
4.Jangan paksa diri sangat
Kalau otak dah rasa full sangat atau dah mengantuk sangat berhenti la dulu. Rehat ke tidur dulu. Jangan buang masa, buang tenaga. Bukan masuk pon apa korang study tu bila dah tak boleh concentrate. Lepas dah rasa okay, sambunglah study balik.
5.Manfaatkan hujung minggu
Setiap hujung minggu confirm lecturer korang bagi banyak homework. Lab report la apela. Time aku dulu, aku memang pagi2 sabtu ahad tu dah siap2 pergi sarapan dan belajar kat luar bilik( luar library etc.). Sebab aku pantang tengok katil je rasa nak tidur( lagi2 hari cuti).Hari hujung minggu tu biasa aku settlekan segala homework lepastu study tajuk2 yang aku lemah lagi yang dah belajar minggu tu. Takdelah semua, tapi aku lemah math jadi aku memang banyak fokus kat math. Alhamdulillah, dari C meningkat ke A.
6.Fokus dalam kuliah
Jangan sesekali ponteng kuliah. Sebab dalam satu kuliah lecturer akan ajar banyak benda, pernah lecturer aku habis kan satu bab sehari. Dan fokus dalam kuliah. Dahla masa pack, kalau tak fokus ni bila pulak korang nak study balik. Jangan main phone dan borak dengan kawan masa lecturer mengajar. Masa malam pulak baca balik apa korang belajar supaya tak lupa balik.
7.Jaga hubungan dengan semua
Jaga hubungan dengan tuhan, ibu bapa, lecturers, kawan2 dan semua orang yang korang jumpa. Selalu call parents, minta restu dan doa. Jaga adab dengan semua orang. Rajin minta maaf bila buat kesalahan.
8.Buat latihan
Untuk subjek2 mengira macam math dan chemist tu banyak2kanla buat latihan. Baru senang ingat.
Dah tu je kot setakat ni. Alhamdulillah aku dapat pointer yang hampir2 dengan 4flat dan aku dapat sambung dalam bidang yang aku nak. Terima kasih sudi baca penulisan aku ni. Aku minta maaf kalau ada typo yang aku terlepas pandang. Kepada adik2 yang masuk matrik, ingat ni je peluang untuk ubah masa depan korang. Lagi tinggi result korang, lagi banyak kemungkinan untuk korang dapat sambung bidang yang korang nak untuk peringkat degree. Teruskan usaha dan jangan mengalah!
– Budak matrik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit