Tips Berborak Mencari Jodoh Online

Assalamualaikum kepada semua. Hi, terima kasih admin andai post ini tersiar. Saya tertarik kepada post (https://iiumc.com/tips-mencari-jodoh-online-untuk-lelaki/), tulisan Hannah Delisha.

Ianya satu post yang sangat menarik dan sangat informatif, maka saya juga sebenarnya tertarik untuk menambah lebih banyak tips kepada generasi kini yang mula menggunakan cari jodoh online, online dating apps dan seangkatan dengannya.

Saya seorang perempuan berusia hujung 20-an, yang pernah subscribe portal2 ini hampir lima tahun, telah belajar banyak suka duka- ingin berkongsi tips bagaimana untuk SUKSES dalam misi pencarian jodoh anda.

Macam mana nak berborak dengan orang yang kita tak kenal? Tak susah pun:

1. Baca profile untuk pengenalan interest dia, dari situ kita boleh dapat tahu secara surface personaliti orang yang kita hendak berkenalan bagaimana.

2. Lihat profile picture background- di kawasan mana, sedang melakukan aktiviti apa, dari profile picture boleh tahu ethnicity berdasarkan rupa.

Dari dua perkara ni, ice breaking session boleh dimulakan dengan menarik dan santai.

Sepanjang trial and error saya didalam cari jodoh online, online dating apps- permulaan perbualan/conversation tentang pekerjaan sangatlah membuatkan saya turn off sebab dia macam interview kerja.

Mungkin pada pandangan lelaki, mereka cuba membuat impression untuk menunjukkan mereka telah mencapai kestabilan dalam pekerjaan- tapi macam mana ye saya nak jelaskan, ia jadi sangat hambar. Pekerjaan anda penting untuk sekarang dan masa depan, cuma yang lebih penting ketika sesi perkenalan ialah PERSONALITI anda.

Saya percaya ramai perempuan di luar sana, tidak semua judge a guy by his job semata-mata, kerana perempuan sendiri rata-ratanya bekerjaya. Tapi ini bukan bermakna saya kata pengenalan pekerjaan anda tidak penting.

Cumanya anda boleh hold dulu topik pekerjaan bila anda baru sahaja kirim salam/ mula chat dengan yang anda minati. Tunjukkan bagaimana bijaknya anda dalam menarik perhatian si dia dalam isu-isu yang dia minati (berdasarkan apa yang ditulis didalam profile). That is what makes you an attractive guy/girl. Saya bagi contoh ye:

1. Assalamualaikum. Hi, nama saya Ahmad. Saya seorang engineer bekerja di KL. Boleh kita berkenalan?

2. Assalamualaikum. Hi, nama saya Ahmad. Dari profile awak, awak suka makanan, itu gambar makanan ketika di mana? Boleh share?

Apa beza contoh ayat perkenalan no. 1 dan no. 2? No. 1 ringkas dan padat tapi ianya cliche dan bosan. No.2 lebih menarik kerana, it shows that you have read the profile, dan kita boleh sambung banyak lagi conversation tanpa rasa awkward. Calon yang telah membaca profile menunjukkan secara tak langsung anda seorang yang ambil perhatian terhadap orang lain.

Ini ialah salah satu cara untuk memulakan ice breaking secara menarik dan berbunga-bunga. Cari common interest dulu semasa awal perkenalan. Semasa diawal perkenalan, janganlah anda emosional tak bertempat sekiranya mendapat jawapan balas/reply lambat, walaupun anda nampak dia sedang online.

Saya pernah dimaki kerana tidak membalas reply ketika mana waktu itu saya sedang write up profile. Apa lagi, directly kena block tanpa fikir panjang, hahaha. Baru berkenalan dah mula tunjuk perangai. Jadi, sila bersabar dan matang dalam kata-kata. Ada orang dia ambil masa nak reply kerana rasa ragu-ragu. Anda tidak perlu overthinking. Jika dia kurang rasa percaya kepada anda, it is your job to explain well later.

Anda dah mula suka dia, tapi anda masih ragu-ragu. Apa yang anda kena buat? Selain dari tips solat istikharah, stalk social media accounts lain dan sebagainya- CARI ACCEPTABLE FLAWS, cari kelemahan si dia yang anda mampu terima. Bila anda sudah mula memahami minat si dia, fahami juga kelemahan dia.

Contoh, bangun lambat ke. Obsessive shopping ke. Malas nak gosok baju ke contohnya. Ambil tahu semua ini, dan sekali sekala jadikan isu ini sebagai gurauan dalam conversation seharian. Lihat respons. Fitrah manusia akan berubah menjadi seorang yang lebih baik bila dia sukakan seseorang.

Dalam awal perkenalan, cara kita berkomunikasi sangatlah penting. Seeloknya awal perkenalan janganlah beri harapan/mengharap harapan yang tinggi menggunung dari si dia. Berkenalanlah macam anda berkawan biasa dahulu- dengan tujuan ingin tahu personaliti masing2 bagaimana.

Sekiranya anda berkenan bagi tahu dengan jelas yang anda mahukan hubungan yang lebih serious. Sekiranya tidak, bagi tahu juga. Dia tidak rugi masa, anda juga tidak akan tersepit dikemudian hari.

Janganlah anda cakap hari ini anda rasa telah jatuh cinta, seminggu kemudian anda kata kita sekadar kawan biasa sahaja. Tak baik ye buat macam tu kepada orang. Sama ada Tuhan bayar cash atau Tuhan bagi dia orang yang lebih baik dari anda. (Saya bitter sekejap. Haha)

Jangan mudah kecewa sekiranya usaha anda gagal di laman seperti ini. Jadikan setiap kegagalan sebagai pengalaman dan tingkatkan lagi nilai personaliti anda. Setiap usaha yang ikhlas akan mendapat ganjaran yang tinggi dari Tuhan.

Jangan takut untuk melepaskan for good (bila frust orang yang anda minat tak minat anda balik), sebab it just simply meant God wants to give you a better person next. Saya berkata, sebab saya nampak nikmat Tuhan kepada orang yang bersabar mencari jodoh itu benar.

Itulah sedikit sebanyak tips dari saya, yang telah bertahun menimba pengalaman dari laman seperti ini. Semoga maju jaya semua. Semoga jumpa jodoh yang baik dan kekal sampai ke syurga.

– FR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *