Tips Berguna Hidup dengan Family In Law II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-berguna-hidup-dengan-family-in-law/).

Hai, aku Mia sekali lagi. Tertarik untuk menyambung part II since mendapat sambutan dalam part I.

Oh, aku nak tambah. Confession ni just applicable pada korang yang terpaksa hadap family yang macam in law aku je.

Kalau korang dapat yang elok tempatnya serba serbi, Alhamdulillah.. jangan pulak korang jadi katak bawah tempurung. Pergi, bergaul elok dengan depa. Rapatkan silaturrahim okey.

Okey, aku sambung ni. Ini tips fasal family gathering pulak.

Bila terdetik untuk nak buat family gathering, JANGAN sesekali kau orang yang bagi cadangan. Biarlah cadangan itu datang dari darah daging mereka sendiri.

Bahaya tau kalau cadangan dari kau orang. Nescaya dari terjadinye cadangan, sampailah penutup engkau soranglah yang bertungkus lumus hahaha.

Aku pernah terkena dengan biras yang lain. Yang mereka hanya pandai mengomen itu tak kene, ini tak kene. Eh ade yang hanya pandai dari datang sampai ke balik treat diri sendiri jadi tetamu tau.

Kerlasss kau jah! Duit kutipan korang nak kutip paling sikit, siap ade yang akhir² baru bayar lumsum kononnye mampu kann.

Tapi bila tempat di booked murah and of course lah kemudahan nya terbatas (ikut jumlah kutipan lah dah korang nak kutip terpaling sikit tiap bulan kan). Kau lah terpaling bising.

Konon kalau kau yang booked takkan tempat macam nilah apalah. Tapi dari awal kau membatu tak nak terlibat apa².

Bila pernah tempat di sponsor sesorang, eh takde pulak kau nak berbunyi sakan kan! Senyaaap aje kau enjoy.

Yelah kau tak keluar duit kalau gitu khann. Cube kau keluar duit, bising dia bertahun beb. Yang tetamu tu lagi lah haih, kalau memilih tempat makan, eh dia lah yang terkedepan ambil makanan.

Pastu nak bayar dialah duduk paling hujung dunia pura² bercakap talipon macam dia CEO Megah Holding, ade problem besar kat pejabat dia kene handle (sila angkat tangan kat bahu, mata naik atas). Yang bini nya buat² sebok pegang anak konon meragam.

Tah² kau pegi cubit budak tu bagi meragam mane tau kannn kih³ eh geram pulak aku ni. Ehhhh kehmain kau orang yee.

Haha so kesimpulan, nak buat, biar kaum mereka yang decide. If mereka diam, tak usah kau memandai² mencadang apa².

Burok padahnye. Ini hanya tertaluk pada family yang tak kene gaya tau. Kalau korang dapat family yang supportive tu, Alhamdulillah rezeki sangat korang.

Jangan kau buat bbq kalau kau nak rase kau yang atlast jadi arang sebab kau sorang yang bakor tapi yang lain sebok tunggu makanan siap pastu terbuntang merokok bagai. Jangan kau cadang nak prep barang bagai sudahnye kau sorang je prep barang, yang lain eh buat² lupa.

Hahaha, JANGAN ye. Dengar cakap aku.

Fasal duit mak mereka. Haa ini isu terpaling sensitif. JANGAN kau campuri even sesen pun hal duit mak mereka. Duit mertua kau orang, lantak kan diorang nak suroh mak diorang bayarkan bil api, letrik, duit makan.

Eh biarkan, walau ada keluarga yang duduk dengan dia. Kau nak bising mereka tu menumpang? Ehh jangan sesekali…

Kau ingat, kau hanya pendatang. Dan mereka itu darah daging. Walau ada laki yang kau tak nampak function, kau yang kene butakan function mata kau. Begitu.

Kalau ada mil beritahu sipolan² meminjam sekian² amaun. Dengan kau dia berbunyi. Dengan anak tu belum tentu. So JANGAN kau cuba² menyampaikan nescaya kau akan jadi kambing hitam nya lagi.

Mane tahu, di sana dia cakap di halal kan sekian² tapi dekat kau dia cakap si polan belum bayar apa². JANGAN ye, sila jangan. Kau diam je senyum macam cengkerik haha.

Ada jugak anak yang diharapkan untuk menguruskan pencen arwah bapak tu ke maknye. Halah bukan uruskan ape pon. Setakat ko buatkan online bayau bil je haih.. macam besar sangat je tanggungjawab tu kann… tapi seolah nak kan upah pulak kau buatkan tu tiap bulan.

Harap kan pagar, pagar makan padi. Dah alang² tolong online kan payment bil, online kan terus ke bank diorang sendiri kadang tu dah sampai duitnye ke akaun dia, baru ber bagi tahu mak tu.

Eh ni pon kau jangan buat bising, ko just buat pekak bila mil kau bukak cerita siap tunjuk bukti message transfer masok. Kau senyum je paling kelat pon takpe hahaha. Tu duit dia. Ko bising tetap tu anak sayang yang ambil. Kata anak sayang, duit pencen arwah, dia pun kene merasa.

Walau dah ade laki kan. Duit laki kepit jugak jangan tak kepit eh. Haaa ade tau orang buat hukom macam tu. Kau diam je walau kau rase hukom diorang tu macam hukom cap ayam. Eh kau pekak kan je.

Tapi. jangan sesekali kau menghasut pasangan kau tak bagi duit kat mak diorang sebab kes ni. Bagi, tetap kene bagi. Walau yang lain ade yang tukang cilok. Nanti duit gaji pasangan kau berkat bagi orang tua.

Mereka? Lantakkan begitu.

Oklah, aku rasa setakat hidup ni macam tu jelah antara masalah² kehidupan berjurang yang kau orang terpaksa hadap. Dia kisah nya kalau tak pemalas, penghutang yang takde niat nak bayar.

Tak penghutang, pengambil kesempatan. Itu jelah. Belum lagi ku hadap kalau yang terpaksa menjaga orang tua sakit. Ini pun salah satu yang aku kerap juga baca dalam confession ni. Harap bermanfaat…

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *