Assalamualaikum semua, terima kasih admin jika siarkan tips aku ni.
Ini adalah beberapa tips bagaimana nak healing dari aku sendiri yang pernah struggle hard dari ketagihan On*ni dan P*rn hampir 15 tahun bermula dari umur 10 tahun hingga 25 tahun dan end up aku berjaya keluar dari masalah ni dah 4 bulan setengah.
Aku nak tag confess yang mintak tips tu tapi dicari tak jumpa, so aku buat tajuk umum jelah ya, mudahan bermanfaat buat mereka yang try hard nak berubah.
Aku mula dengan pengalaman aku ya supaya korang tahu betapa struggle nya aku keluar dari dosa jijik ni.
Semua bermula dari zaman kanak-kanak aku yang mana zaman kecilku suka ikuti abangku yang agak (lembam) pergi kemana pun seperti kebun belakang rumah, rumah jiran dan sekitarnya tidak lah terlalu jauh hanya berhampiran rumah sahaja.
Antara scene yang aku ingat ialah dimana jiranku seusia abangku tak silap umur ketika tu 11 tahun dan aku berumur 7 atau 8 tahun, beberapa kali pernah memasukkan zakarnya ke kemaluanku,
Yalah kan kanak-kanak tak tahu apa hanya mampu ikut sahaja walaupun dah ada perasaan takut dan tak benar apa yang dilakukan.
Seingat aku ada beberapa tempat jiranku melakukan perkara jijik itu antaranya dalam tandas rumahnya (dulu tandas kat luar rumah), dalam telaga buatan yang belum siap, atas rumah jiran (tiada orang lain melainkan kami yang sedang bermain) dan bawah rumah jiran.
Selepas peristiwa itu menginjak umur 9 tahun ke atas aku tidak lagi bermain-main ke rumah jiran,
Dan tidak tahu sejak bila aku mulai pandai bermain dengan tanganku sendiri (tidak pernah dilihat adik beradik yang lain kerana melakukannya ketika merasakan tiada yang melihat) sehinggalah umur ku meningkat remaja belasan tahun.
Perkara ini berlarutan sehingga umurku 17 tahun barulah ku tahu hukum melakukan perbuatan itu dan ianya salah dan berdosa dan wajib lah mandi wajib jika sudah bersedap dengan tangan sendiri.
Namun semua itu tidak berhenti di situ, aku senyap-senyap melakukannya walaupun ada rakan sebilik di rumah sewa ketika itu, dan aku mandi wajib seusai melakukan perkara itu dan juga tidak pernah terkantoi dengan rakan sebilik.
Dan masih perbuatan itu tidak berhenti disitu, seusai sekolah di usia 18 tahun, aku beroleh pekerjaan yang mana berada dengan culture islamik, dan di usia inilah aku mula berjinak menonton adengan p*rn dan ketagih kerana baru memiliki phone touch skrin.
Di usia 18 hingga 25 lah aku mula struggle bertaubat dan menanam azam ingin berubah namun setiap kali itu juga aku tewas,
Jika aku tewas pernah aku denda diri aku dengan istighfar 1K setiap kali tewas, tewas lagi aku paksa solat taubat strait 40 rakaat setiap kali tewas dan masih tewas lagi last sekali aku denda diri dengan puasa seminggu strait jika tewas 1x,
Dan masih tewas tapi makin slow aku tewas, dah banyak puasa aku berganti dan masih ada lagi 5 minggu untuk aku ganti, sebab aku bernazar dengan denda.
Bahan p*rn aku dari penulisan penceritaan, adengan film hinggalah ke laman-laman web dari binatang, kartun dan manusia semua aku lihat semua yang berunsur p*rn.
Akhir sekali aku menikah dengan suami sudah hampir 7 bulan, selama 3 bulan pertama aku masih tewas sebabkan pjj dengan suami, 2 bulan bersama suami pun aku masih tewas,
Kalau buat pun mungkin 1x je sebab terbukak adengan p*rn ketika suami keluar bekerja.. Ya kebanyakan aku beron*ni kerana search adengan p*rn.
Dan akhirnya disinilah titik perubahan aku dimana ada sekali aku terkantoi dengan suami melihat adengan p*rn di sebuah movie yang aku lihat sendiri, walhal dia di sebelah,
Kerana dia terperasankan aku tiba-tiba menutup phone ketika dia menoleh maka berebut lah phone ketika itu dan terkantoi apa yang aku lihat (bukan kisah hidup aku),
Kerna tidak mahu dicop yang tidak elok dari suami dari situlah aku made up mind yang aku takkan tengok adengan lucah lagi, dan aku bermuhasabah diri, aku cakap kat diri sendiri yang
(Allah dah hadirkan suami, rasanya tiada sebab untuk aku masih bergelumang dosa itu, kerana jika aku mahu aku boleh terus minta pada suami, dan aku takut jika Allah tarik dan ambil suami yang baik ini dari aku)
Mulalah pada saat itu aku langsung tidak on*ni dan search p*rn dan tidak ketagih lagi. Paling latest pon aku search gajah mengawan 1x namun tidak lah dalam keadaan bernafsu.
Kifarah itu wujud, asbab ini selepas nikah aku merasakan yang Allah kurangkan nafsu aku terhadap suami ketika bersama, nikmat itu ada atau aku saja tidak berahi lantaran suamiku meminta setiap hari.. Adakah normal begitu?
Namun aku bersyukur atas segalanya aku sudah bebas dari dosa jijik itu, moga aku dan kamu terus istiqamah..
Satu pesanku, pesan lah pada diri, rasa on*ni itu sama, namun dosa itu bertambah, jauhkan dari search kerana akhirnya kita akan beron*ni.. Jauh n jauhkan sekali untuk fikir dan mencari sumber p*rn. Kerana disitulah titik kita akan beron*ni .
Dan bagi yang mengatakan nikah juga bukan jalan penyelesaian, percayalah, ianya berkesan atas aku, kerna hari-hari suami minta, alasan apa lagi kita nak beron*ni dan p*rn.
Moga tidak terlambat untuk kamu yang sedang struggle try hard berubah.. Moga Allah kurniakan rezeki untuk jauh dari semua ni.
Buat mak ayah ajarlah anak-anak sentuhan selamat dan tak selamat kerna aku bermula dari sentuhan tak selamat.
Dan ada satu pertanyaan ku buat mereka yang bergelar isteri, untuk mendapatkan nikmat bersama tu adakah isteri juga perlu menggerakkan tubuh sebagaimana suami? Moga ada yang sudi menjawab.
Moga istiqomah,
– Kakak prihatin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Saya taknak komen mengenai your bad habit tapi nak komen mengenai hubungan suami isteri.
Dalam hubungan intim suami isteri, suami perlu memainkan peranan penting kerana kebiasaannya perempuan/isteri susah nak dapat tahap klimaks (related to g sport, u sport, squirting etc) walaupun suami telah tewas. Jadi jika awak tak merasa puas, luahkan pada suami. Anda berdua boleh bincang sebab ia penting untuk keharmonian rumahtangga. Ilmu hubungan intim ni boleh je google atau tonton di mana² laman sesawang..semuanya dihujung jari tapi dua² pihak kena mainkan peranan juga give & take. Suami isteri boleh plan nak melakukan cara macam mana, dimana, pembawaan watak (foreplay) etc. jadi dengan cara macam tu akan membuatkan hubungan anda berdua tidak bosan. Suami juga boleh amalkan supplement, pemakanan, senaman untuk bertahan lama. Bercintalah sesama pasangan walau selama mana rumahtangga anda tetapi ia bukanlah hanya fokus hubungan intim sahaja, ia merangkumi semua aspek. Semoga awak terus istiqomah dan mencapai hubungan yang harmoni.
Tapi sebagai orang lelaki susah sebenarnya nk tinggalkan aku pernah tinggal dekat sebulan lpstu aku jatuh balik 😔