Tips Berhenti Onani

Merujuk pada tajuk saya, tips ini berkesan untuk orang islam insyaaAllah. Sebab tips ni berkait dengan surah dalam quran iaitu surah al waqiah.

Lepas saya mengamalkan membaca surah al waqiah selepas solat maghrib, saya dah lama tak beronani atau menonton video tak senonoh yang sebelum ini kerap saya lakukan perkara itu.

Saya kebetulan terdengar ceramah pasal surah ni yang mengatakan sesiapa yang membaca surah ini, selain tidak akan fakir, hati kita juga akan jauh dari dunia.

Awalnya saya mengamalkan untuk menjadi kaya, tapi saya perasan, banyak perubahan lepas saya amalkan surah ini walaupun belum kaya seperti yang saya bayangkan,

Tapi urusan saya selalu jadi mudah dan diri saya berubah menjadi sangat positif.

Dari sisi lainnya, saya mudah beribadat, tak de rasa malas dan sikap baran dan pemarah saya dah kurang banyak.

Saya banyak ambik kira hati orang sebelum bercakap atau buat apa2, dan ini membuatkan hubungan saya pada orang sekeliling dan keluarga menjadi lebih baik.

Tapi bab benda2 tak senonoh ni sangat berkesan untuk saya dimana langsung tak de rangsangan pada perkara salah.

Ditempat kerja ada ramai pekerja cina yang seksi2, saya selalu juga cuci mata dan membayangkan perkara tak baik,

Tapi sekarang saya seolah2 jadi malu dan mesti pandang ke lain dan focus pada kerja tanpa bayangkan apa2 bila berdekatan dengan mereka. Seolah2 perkara itu hilang macam tu saja dari minda saya.

Sekarang walaupun dalam movie ada adegan2 panas, tapi saya langsung tak de rasa terangsang.

Malah, ada ketika pagi2 bangun tido, orang lelaki kan ada morning wood, saya jadi gersang, dan bila saya cuba nak onani, mesti tak jadi.

Seolah2 hati saya rasa benda ni salah dan tak patut. Terus saya tingalkan perbuatan tu dan focus pada kerja lain,

Dan dengan mudahnya saya lupakan fikiran tak senonoh tu di mana sebelum ni selagi tak onani, selagi tu saya tak boleh bertenang.

Setiap kali saya nak buat benda jahat, perkara tu mesti tak jadi, dan automatic hati saya seolah2 bercakap, surah waqiah ini menyelamatkan saya dari buat perkara jahat dan membuatkan hati saya jauh dari dunia.

Saya sangat bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Seolah2 saya rasa saya dapat 1 kehidupan yang sihat.

Kini dah berbulan saya tak melakukan perkara terkutuk tu, dan saya rasa lebih positif, lebih sihat dan lebih mudah melakukan perkara kebaikan tanpa berfikir atau bertanguh.

Saya tak pasti perkara ni berkesan pada orang lain atau tak, tapi saya share kot2 boleh jadi sumber isnpirasi pada orang lain yang nekad nak berhenti onani dan menonton video tak senonoh.

Mungkin boleh cuba amalkan dan share juga kalau ada perubahan.

Tapi awal2 nak buat memang tak mudah, sebab ganguan syaitan tu sentiasa ada.

Tapi percaya la bila allah inginkan kita berada di satu jalan kebaikan, bantuan dia sentiasa ada buat kita walau melalui apa cara pun. Assalamualaikum

– Hisyam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *