Tips Berjalan

Hai korang semua. Aku ni pengikut tegar IIUM Confession, sebab aku ni gemar membaca.

Boleh dikatakan 70% korang dalam IIUM aku telaah dan aku nak buat kesimpulan sikit lah ye, rakyat malaysia memang brotherhood sisterhood dia tinggi.

Kadang kadang aku yang menangis untuk TT bila dapat komen komen yang sangat membina.

Okay lah, harini aku nak bagi tips dekat korang, macam mana nak travel. Aku ni tinggal di pedalaman jauh dari bandar. Jarang jarang dapat keluar kota sebab faktor kerja dan kewangan la ofkos.

Tapi aku ni jenis kaki berjalan, aku pastikan keperluan batiniah dengan suka travel tu terisi jugak 2-3 bulan sekali.

Meh aku share kat korang apa yang boleh korang buat bila nak travel ke Kuala Lumpur contohnya.

Sebab latest aku ni bawak anak aku yang berusia 5 tahun tu jalan jalan di kota raya Kuala Lumpur sempena cuti sekolah.

Ini tips untuk korang yang orang kampung macam aku ni bawa anak berjalan tengok Kuala Lumpur ye.

1. First thing first, pastikan korang ada kasut yang baik.

Kasut bertutup, kukuh nak sangat selesa termasuk la anak anak korang.

Percayalah bila kasut korang tu terbaik, kaki pun tak lenguh, betis pun tak sakit bila korang jalan jauh. Nak berjalan kejar train, nak berjalan turun naik tangga. 

Kalau boleh yang sport /running shoes tu lah.

Aku pakai kasut dari brand ske***s , yang aku beli dari bundle shop, berharga ratusan, walaupun dia amat buruk, tapi keep my feet for fight and sangatlah selesa. 

Cuba korang bayangan pakai kasut sandal bertali, bertapak sikit, pastu korang kena jalan dekat 300000 langkah sehari, mau tak krem wayar kaki korang. Hahaha.

Untuk anak anak korang juga, carilah kasut sport shoes yang dorang boleh lenyak tanpa risau dan sakit kaki dan takde isu tapak tercabut.

2. Next, plan dan initertiary.

Ke mana je korang pergi pastikan ada plan n waktu perjalanan. Contoh nya, aku dah plan awal kemana aku nak pergi dan pukul berapa. 

Walaupun aku ni koboi je, tapi dah bawak anak anak ni biarlah berjadual.

Contohnya, pukul 9am, sarapan, 10am : bergerak ke klcc. 6pm : balik ke hotel. Ini contoh ye. Bila korang ada plan, korang takde meraban. 

Dah sampai sana baru nak bukak fon cari mana ye tempat best kat sini. Wasted!

Kalo korang jenis solo rider n partner suka terjah macam tu takpe la kot, tapi dah ada anak ni tiba tiba ko terjah petrosains pastu tiket habis. Kesian budak tu mengharap.

3. Tiket online.

Yeah ini aku fikir sangatlah perlu dari manusia yang datang dari jauh ni.

Bila korang dah fix jadual korang nak ke mana ke mana, korang kaji la sikit, tempt korang tuju tu ade jual tiket online ke tidak. Pukul berapa buka. Hari apa tutup. Ini sangat lah perlu persediaan ye. 

Contohnye, beli tiket aquaria dari klooks. Aplikasi headout. Korang perlu taip kat google dan membaca. Dekat tiktok pun banyak sangat tips tempat tempat.

Contohnye, korang boleh je tengok video, macam mana nak beli tiket zoo negara. Beli seawal mungkin dan susunlah jadual anda. Gitew. 

Bila korang dah sampai tempat tu. Dan satu lagi biase nye kat bila kite booked awal kadang kadang benda tu lagi murah.

Misalnya, aku pernah booked sebulan awal hotel di tengah bandar kota kl dengan harga sangat murah. Bila aku tengok semula seminggu sebelum pergi di laman web yang sama, harga hotel tu dah berubah menjadi harga t20.

3. Hotel tips.

Bila dah ada anak ni, korang cari la hotel yang logik untuk anak anak ye. Banyak bilik sekarang offer bilik murah. 70 per night.

bila masuk je hotel, dapat 2 katil single, tengah ada pasu. Mana korang nak tido gan anak anak lagi. 

So sebelum korang beli hotel, ko kaji betul2. Korang boleh je kol hotel tersebut dan tanya, ada disediakan parking tak.

Kalau takde parking, nak letak kereta di mana. Bilik macam mana untuk 2-3 anak. Ade sedia sarapan tak. Selalu nye customer service sangat lah membantu.

4. Korang tak payahlah bawa segala beg tangan dior korang beg seberat alam, bertali keliling bereben penuh.

Sorang satu anak dipakai kan beg. Kat kl semua benda nak cepat dan laju. Bila naik eskalators pun orang kl rushing.

Jalan korang dalam mood holiday tu, jalan nak marah marah lah ye bila kena tolak.

Just bawa satu beg galas n kemas yang boleh letak semua barang dalam tu, purse, spek mata korang ofkos. Powerbank.

5. Tips keselamatan.

Korang tak payah la pakai barang kemas sampai penuh lengan tu ye. Ye tahu korang mampu.

Korang bayangkan dalam train yang penuh warga asing sambil tengok gelang 10k korang tu sambil berhimpit2. 

Sepanjang aku berjalan kat kl, aku tengok orang orang kl ni, esp yang naik train lah kan, dorang sangat simple dan mudah, ada pun sebentuk cincin kecil, jarang yang pakai emas sarat. Mostly takde pun yang heavy jewellery.

Aku fikir ni bukan soal duit, tapi lebih ke keselamatan.

6. Cashless.

Most tempat kat kl ni cashless. So prepared la kad touch n go korang siap siap and topap. Kad boleh beli kat 7e. Ic pun boleh.

Kad tng korang tu sangat membantu ye terutama bila nak naik ktm/ lrt/ mrt tu. Tak payah beratur and beli coin. Korang tap dan jalan je. 

Parking pun sama, memang sekarang dah takde bayar seringgit dua masuk ye kat bayar parking ye. Hahaha. Semua tap tap kad je.

Okaylah korang ini tips yang basic je, nanti orang menyampah pulak kite asyik bagi tips bodoh bodoh macam ni.

Actually banyak lagi nak di kongsi, pasal kewangan, flight untuk rakyat b40, kalau korang nak aku buat part 2 nanti.

– Penglipur Lara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *