Tips Berjimat Cara Aku

Assalamualaikum. Aku Suraya, mak anak 5 orang yang semua still sekolah. Aku suami isteri bekerja. Saja tulis nak confess and share cara aku berjimat berbelanja untuk family. 

Manalah tahu pembaca IIUM Confession boleh share juga cara korang handle perbelanjaan rumah tangga korang.

Masa sekarang semua harga barang mahal. Kalau duit gaji tak plan dengan baik, memang tak simpan duitlah jawabnya. 

Hot topic sekarang fasal beras. Jiwa mak-mak kan, tak tergamak aku nak catu makanan anak-anak. Anak-anak tengah membesar kot. Lapar memanjang. 

Dulukan aku biarkan je anak-anak aku senduk scoop nasi ikut suka hati diorang. Perut korang, pandai-pandailah bajet. Now, aku ajarkan anak-anak only 1 scoop setiap seorang. Habis makan 1 scoop baru tambah lagi 1 scoop. 

Bila buat macam tu, baru aku sedar aku salah didik. Paling banyak 2 scoops dah kenyang sebenarnya. Sebelum ni longgok lambak nasi dalam pinggan.

Bila banyak nasi dalam pinggan, diorang rakus makan tak kunyah betul-betul. Nak cepat habis nasi dalam pinggan nanti kenyang tengah jalan. Gelojoh betul anak-anak aku makan nasi. 

Hujung minggu aku suapkan anak-anak aku makan. Yang sulung acah remaja malu nak makan bersuap pun aku paksa makan.

Bila makan bersuap, mak boleh jimat lauk. Mak cubit sikit lauk gaul dengan nasi suap anak makan. Yang dah habis kunyah, baru mak suap lagi. 

Korang cubalah.. Selalunya kalau biarkan diorang makan sendiri, 5 ketul paha ayam setiap sorang. Makan bersuap mak letak 3 ketul paha ayam je dah kenyang semua. Patutlah mak-mak kita dulu suka suap makan.

Best makan bersuap ni. Yang banyak songeh taknak sayur, picky eater tak makan sebarang, masa nilah nak psiko anak-anak. Ikut kreativiti mak-mak.

Kita je tahu anak-anak kita alergik makanan apa. Anak ada alergi, tak boleh tiru cara ini. Takut kat sudu atau tangan kita terlekat makanan yang diorang alah. 

Cara aku senang je. Gaul semua sayur dengan lauk lain taruk kicap. Sambil suap tu cakaplah ambil hati anak-anak, tengok tu semua orang makan sayur yang sama, okay je. Tak terlekat pun kat tekak. Anak aku boleh bagi alasan makan sayur sangkut kat tekak.

Sambil makan, pujilah anak-anak yang behave dan senang makan so that yang picky eater ini terbuka hati dan mulut nak makan. 

Masa PKP, financial tak stable. So aku decide terminate mana yang tak perlu dalam rumah. Aku terminate penapis air brand C. 

Aku ajar anak-anak aku jerang air panas guna heater ala budak hostel guna tu (lupa nama sebenar, aku panggil heater, hehe). Bukan cerek. Cerek besar dan berat. Takut budak silap handle melecur pulak. 

Aku buat rules. Sebelum tidur, tolong jerang air panas dan isi penuh botol air masing-masing. Ikut suka nak panas sejuk dan nak letak atas para takpun peti ais. 

Sejak covid, diorang ni takut nak share bekas minuman. Takut jangkit dan elak pengotor. Tahu-tahu jelah peel anak-anak ini. Usik nak ludah la, tak gosok gigi pepagi terus teguk la. Geli mak nak layan drama pengotor.

So, guna jelah botol air masing-masing. Busuk mulut ke apa itu korang punya botol. Handle sendiri kebersihan diri. 

Bila dah terminate, reti pula nak jerang air. Siapa bangun awal, tolong jerang air panas. Ini kegunaan untuk breakfast dan air standby incase bekalan air terputus ke apa. Kadang tu jadi extra air untuk topup botol memasing. 

Masa awal terminate, memang peritlah nak biasakan diri. Lama-lama sudah jadi rutin harian. Benda boleh adjust kalau semua bekerjasama. Itu pun puas berdrama.

Balik jogging, takde air nak gogok. Baru korang tahu kepentingan air minuman. Selama ni atur cawan penuh singki dengan minum air tak habis dalam cawan. Yelah. main tekan je mesin tu. 

Korang prefer beli milo 3 in 1 ke milo serbuk?. Dua-dua cara aku guna. Masa PKP, aku beli milo serbuk konon nak berjimat.

Lambat lagilah nak jimat kalau dah anak-anak aku bancuh milo dinosaur bertambun-tambun serbuk milo. Sekejapan habis. So ubah cara beli 3 in 1. Masa beli mak lupa nak bajet anak mak 5 orang. Lagilah cepat habis. 

Now, no more milo air mellow kat rumah. Tak nak belikan. Cepat sangat diorang habiskan.

Ada jelah resepi milo diorang. Buat roti bakar tabur milo sesudu besar penuh atas roti, sesaja ratah milo. Milo pula mesti guna dengan susu pekat. Milo habis, susu pekat pun habis. Geram je tengok perangai. 

Nak minum sesangat, pergi minum kat luar guna duit belanja sekolah korang. Baru diorang tahu milo ais kat mamak 3 hengget segelas. Mahalnya mak. Tahu pun.

Craving sesangat baru pergi minum sesambil bonding time anak-beranak pergi mamak minum milo ais semata. 

Kopi, nescafe dan teh, anak-anak aku tak minum sangat. Aku beli one pack untuk buat stock 2, 3 bulan pun dah cukup. Tujuan beli kalau ada tetamu datang mengejut.

Fridge aku dah penuh dengan botol air masak anak-anak aku. So, kordial dan air kotak tak ada space nak letak. Kiranya belanja air manis aku dah berjaya cut. 

Untuk barang basah dan buah, aku prefer beli di pasar tani tak pun pasar malam hujung minggu. Beli kat sini boleh beli banyak. Boleh juga tawar-menawar harga.

Langkah kanan kalau pergi pasar tani ada agensi kerajaan macam FAMA buka booth buat lelong dan harga murah. 

Barang household yang lain aku beli di kedai eco, mr diy, ninso, kedai RM2. Beli jelah sabun kain tak ada jenama dan murah pun. Kain cuci bersih. Wangi juga baunya. Sabun mandi aku cari refill 1000ml. Syampu cari yang satu family boleh guna. 

Ikutkan lifestyle anak-anak matilanak. 5 orang anak, 5 jenis syampu, 5 body wash, 5 jenis ubat gigi nak kena beli. Segala macam bau diorang minta. Buat semak toilet je semua tu.

Takde semua tuh. Aku beli limau purut banyak-banyak kat pasar tani, weekend aku sental ketiak dan kepala anak-anak aku bagi hilang bau. 

Skincare aku dari 10 steps aku cut sampai tinggal 5 steps. Makeup remover, cleanser, toner, moisturiser, sunscreen. Itu je buat masa ni.

Makeup aku pakai basic je. Lip balm tak nak mulut kering, lipstick, celak dan bedak. Dah tua, nak makeup pun tak beria. Masa untuk prep makeup baik sedia breakfast untuk family. 

Dari kecil aku tak ajar anak-anak aku makan biskut. Tak kenyang baik ajar makan roti. Harga roti berapa je berbanding dengan biskut.

Mak-mak kan. Fikir kenyang perut anak-anak jelah. Makanan tak kenyang dan tak berkhasiat, aku cuba cut budget beli sepeket je setiap bulan. 

Tak bagi makan langsung makanan tak berkhasiat, karang bergaduh rampas bekal kawan kat sekolah. Alasannya cuba nak rasa makanan kawan-kawan selalu tayang depan muka.

Mak cuma nak kawal pemakanan korang je. Dah jadi gini, mak kena bagi korang rasa dan puas makan semua tu. Taknak korang jadi kebulur dengan bekal orang lain. 

Tak dibagi makan, makin membesar, diorang pandai cari sendiri junk foods & processed foods. Diorang masak sendiri guna airfryer.

Processed foods stock up sepeket setiap satu jenis setiap bulan. Dah habis, simpan craving for next month pula. Tak payah buat stock up beli banyak peket untuk setiap satu jenis dalam freezer. 

Kalau dibiarkan shopping guna duit mak, memang penuh troli dengan makanan viral entah apa-apa. Ikutkan harga makanan jepun korea tu mahal tau. Mak ni tak tergamak lagi nak haramkan korang makan makanan favourite korang. 

Pejam mata je belikan process foods but with limit sepeket je sebulan. Itu jelah cara yang mak mampu buat nak cut budget beli makanan tak kenyang dan tak berkhasiat. Trauma mak kena panggil dengan guru besar korang pun tak habis lagi fasal bekal kawan. 

Spaghetti, mi, mihun, keuytiaw pun aku cut lepas PKP. Serik aku masak semua tu masa PKP. Nak pelbagai menu katakan. Malam-malam mengadu lapar. Tak kenyang pun makan semua tu. Nasi juga dicari akhirnya.

Ada mak-mak mengadu, kalau ada bekalan ini dalam rumah, tak sentuh nasilah anak-anak jawabnya.

Nak diikutkan, masak Spageti, mi, mihun, keuytiaw boleh jimat banyak. Yelah tak perlu lauk asing macam nasi putih lauk campur. 

Masa PKP, aku try and error ikut resepi viral. Ada yang menjadi, anak-anak suka. Ada yang tak menjadi dan masuk tong sampah.

Dengan keadaan harga barang naik dan mahal, stop kejap nak try and error resepi-resepi baru. Masaklah apa yang biasa masak.

Sekarang bukan masa yang sesuai nak membazir makanan. Kuantiti sikit buat raso-raso pun dah tak perlu nak try and error ambil risiko. Selagi boleh kawal selera, kawallah. 

Rasa macam panjang aku tulis. Dah macam bebel kat anak-anak. Okaylah, aku nak stop tulis but sebelum tu nak pesan, pandai-pandailah bezakan keperluan dan kehendak.

Tanya diri, aku perlu ke atau aku hendak je? Kalau perlu memang patut beli. Kalau hendak maksudnya teringin. Teringin ni nafsu. 

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *