Assalamulalaikum semua. Hari ini Cikda nak share tips untuk jauhkan gadjet dari anak. Tips ni Cikda buat sendiri pada Iman (anak Cikda). Sebab dia memang ketagih gadjet sebelum ni. Moga tips ni memberi manfaat pada semua.
1) Doa
– Setiap kali lepas solat Cikda akan minta pada Allah agar melembutkan hati Iman. Doa la paling penting, minta bersungguh-sungguh.
2) Delete games & video
– Senyap-senyap delete semua games dan video. Hide apps youtube dan letak password kat google play store. Biar dia tak boleh download. Dan letak balik hp tu. Cikda tinggalkan 1 je game. Nanti dia ambik hp tu dan main game. Kejap je dia akan bosan dan dia mintak Cikda download games lain.. hahaha no way man! Cikda akan bagi alasan tengah buat kerja atau Cikda tak layan permintaan dia.
3) Buku & Pensel warna
– Cikda bagi dia buku dan pensel warna biar dia lukis or conteng. Iman ni memang suka melukis, so sekeping buku latihan tu akan penuh dalam masa 1-2 hari saja. Lepas tu dia mintak buku baru. Buku tu Cikda beli je kt eco. RM2.10 dapat 5 keping buku.
– Pensel warna pulak Cikda beli crayon kat eco. Then Cikda hadiahkan dia set 150 warna. Murah je ade jual kat shoppe dan memang dia happy sangat dapat set ni. Kemana-mana dia akan bawa. Terus tak heran dah gadjet. Gi kedai makan pun bawak. Gi mane-mane pun bawak.
4) Ghaibkan gadjet
– Hahaha ape lagi, sorokkan terus laa gadjet tu. Jangan tunjuk depan dia. Even hp korang sendiri pun jangan la duk tayang depan dia. Korang sendiri kena kental la bab ni. Sebab bila dia nampak kite pegang hp, dia pun nak jugak.
– Kadang-kadang Iman minta jugak gadjet tapi Cikda bagi macam-macam alasan. Jangan cakap TAK BOLEH, Sebab ayat tu akan jadi punca untuk dia mengamuk dan tantrum. Selalunya alasan Cikda bagi camni. “Haa nak hp? Kat mane ye? Nanti la mama cari. Mama nak buat keje dulu”. So dia tenang dengan jawapan tu dan lama-lama dia sendiri lupa.
5) Bermain
– Bagi dia main. Biarlah dia sepahkan rumah pun. Biarlah dia buat bising pun. Semua tu merangsang otak dia. Tu therapist yg cakap so Cikda menurut saja. Memang betul-betul berantakan rumah tu nanti tapi takpe, janji anak cergas dan cerdas kan.
– Percayalah dengan bermain, otak anak semakin berkembang, dia jadi semakin kreatif, cuba mereka-reka sesuatu dan berlakon. Biarkan anak menikmati waktu kecil mereka.
******************************
Tips ni nampak senang tapi agak rumit jugak kalau ibubapa jenis tak sampai hati dengan anak. Nak anak kita elok, kita sendiri kena kental. Cikda kongsikan tips ni berpandukan pengalaman Cikda sendiri. Semua pun tahu penggunaan gadjet pada anak lagi-lagi kalau tanpa kawalan akan mengundang masalah di kemudian hari.
Pengalaman Cikda sendiri dulu, Iman sentiasa dengan gadjet. Cikda bagi je janji dia tak kacau Cikda buat kerja. Tanpa Cikda sedari, tindakan Cikda tu bakal merosakkan Iman.
Masalah motor halus yg paling ketara pada Iman ialah, dia takde eye contact, tak fokus, bila Cikda panggil bercakap dengan dia mata dia meliar tak tengok pun pada Cikda, jari jemari dia lemah, takde komunikasi dua hala, dan banyak lagi. Dia hanya fokus pada gadjet sahaja.
So, Cikda terpaksa ambik tindakan drastik. Kali ni biar dia menangis, jangan Cikda yg menangis menyesal kemudian nanti. Awalnya dia merengek dan mengamuk bila cari gadjet tak jumpa. Tapi Cikda tak layan. Biarkan..
Lama-lama nanti dia tak heran dah dengan gadjet. Percayalah, tapi kena la ada benda lain yang dia boleh buat main. Playdoh dan blocks pun sangat bagus. Try laa. Sekarang pun kalau gi kedai makan Cikda bukak kejap youtube kat hp Cikda, dengan syarat dia tak boleh pegang hp tu.
Pokoknya kita sendiri sebagai ibubapa yang kena kawal, kita sendiri kena ada kesedaran. Jangan kerana taknak anak ganggu kita, makan kita suakan gadjet sampai dia mua. Ambiklah cerita dan pengalaman Cikda ni sebagai pengajaran. Gadjet ade kebaikan dan keburukan, yg penting kita sebagai ibubapa kena kawal penggunaan gadjet pada anak.
Sekian, semoga bermanfaat…
– Cikda
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit