Tips Buat Rumah Terbuka

Salaam ‘alaykum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada pembaca IIUM Confessions. Aku harap kalian dalam kesihatan yang baik dan sentiasa membuka minda kepada berbagai-bagai luahan di sini tanpa memberi kata hina, balasan komen yang sarkastik ataupun komen-komen bermakna dua yang menjengkelkan kepada penulis. Seperti apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad sAllaahu ‘alaihi wasallam, berkata-kata yang baik ataupun berdiam diri sahaja. Tujuan aku menghantar tulisan di sini adalah untuk berkongsi pengalaman dan cara-cara untuk mengendalikan rumah terbuka ataupun dalam kata kolokialnya, ‘open house’. Dalam bulan Syawal ini, banyak orang mengambil kesempatan untuk mengadakan jamuan untuk mengeratkan silaturahim, tetapi bagaimanakah kita memastikan rumah terbuka berjalan lancar dan efisien?

Maafkan aku sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa dan aku pun tidak berniat untuk menulis dalam Bahasa Melayu secara formal maka jangan terkejut sekiranya aku terpesong. Aku pun takda la proper sangat, cuma sebagai mukadimah.

Salah satu caranya ialah

1) Kawal kedatangan tetamu

Benda ni sangat penting, lagi-lagi kalau kau jemput ramai orang dan mereka bukan daripada kelompok yang sama. Contohnya, buat open house untuk panggil semua orang yang kau kenal, tak kira keluarga, kawan, rakan sekerja, cikgu-cikgu, tukang kebun dekat sekolah, makcik cleaner dekat masjid, time planning sangat penting supaya kau dapat layan semua orang. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya awkward moments between guests sebab tak kenal. Mungkin kau fikir ini cara yang baik untuk hubungkan orang tetapi nanti tak terlayan. Percayalah. Tak susah pun buat benda ni, misalnya kau buat open house dari 2.00 petang ke 10 malam. Bahagikan lah, setiap kelompok yang kau ajak, peruntukkan dua jam. Kalau clash pun, takda la tak menang tangan melayan tetamu. Mak ayah aku buat macam tu dan memang berkesan. Lagi-lagi kalau rumah bukan sebesar balai raya daerah rumah kau, takut-takut nanti kau yang pitam dan stress. Hati besar nak jemput orang dah bagus tu, cuma how we control the flow of guests je. At the end of the day you will feel more satisfied because In shaa Allaah you manage to entertain all guests equally.

2) Tetapkan ‘sempadan’ NO ENTRY di dalam rumah

Kadang-kadang tetamu pun ada yang menguji kesabaran, ada yang buat lantak je anak berlari-lari sampai masuk bilik tuan rumah, rasanya dah ramai orang hantar confession. Nasihat aku, sebelum sesiapa sampai, kunci pintu bilik. Kalau fridge, minta salah seorang ahli keluarga jaga area dapur jadi boleh tengok-tengokkan. Jujur hati memang tak keruan jika kau sibuk layan tetamu, tetamu lain pun sibuk geledah bilik kau macam dapat waran dari Bukit Aman. Tak pasal-pasal itu, ini hilang. Kalau kena jadi tegas, tegas kan sebab itu rumah kau. Cara mak aku, dia umpan budak-budak hyper dengan layan elok-elok dulu, bagi makan dan bagi mainan yang simple-simple je. Budak-budak dah kenyang, ngantuk, tidur. Jangan bagi chocolate, gula-gula kalau kau rasa itu boleh buat dia terbang satu rumah kau. Tapi boleh guna sebagai umpan, kalau dia duduk baik-baik sampai balik, dapat reward chocolate etc. Kalau yang dah tua bangka tu yang suka keliling rumah orang, elok apabila dia sampai kau ajak dia duduk minum terus. Lain la kalau mak mertua, sabar je la.

3) Catu makanan!!

Kita ni orang Asia, jadi kalau orang datang memang nak bagi balik kenyang-kenyang. Ataupun puas hati jadi tetamu. Tetapi, tengok juga berapa banyak makanan yang kita masak atau tempah. Manusia ni ada banyak jenis, suka makan tapi malu, suka makan dan tunjuk cara appreciate dengan menambah (lagi lagi kalau masak sendiri), dua-dua aku sayang. Satu je aku tak tahan, tak tahu la suka makan ke tidak tapi pelahap ambil banyak-banyak. Dik, open house ni tak lari ataupun vanish into thin air kalau kau ambil satu pinggan serving sikit. Rezeki kalau Tuhan dah tetapkan, sudah tentu kau punya. Kau sebagai tuan rumah tengok dia tak habis makan selamba campak dalam tong sampah pun menyirap limau jugak. Kalau kau pakai buffet, minta caterer sendukkan. Kalau masak sendiri, rasa-rasa tak cukup tu pandai-pandai set aside untuk tetamu yang belum datang. Seperti ayah aku, dia biarkan mak aku masak tapi dia beli sikit-sikit untuk fill the table. Jadi dia bahagi2 kan la. Kalau ada yang mintak bungkus awal-awal lagi, suruh dia stay sampai habis.

4) Don’t be a hardworking host, be a smart one!

Almaklumlah emak-emak kita ni kalau tetamu datang, set teko dan pinggan mangkuk yang dia borong dekat Langkawi, simpan dalam almari elok-elok, yang tu la dia nak guna. Kalau boleh taknak pakai pinggan cawan pakai buang. Itu la cara mereka memuliakan tetamu. Masalah yang timbul ialah, siapa nak basuh??? Kalau tetamu yang rajin, Alhamdulillaah, tak perlu cuci setakat buang sampah pun dah elok. Apa yang keluarga aku buat, kami akan upah seseorang daripada luar untuk basuh pinggan mangkuk kaca. Dan dia pun boleh refill lauk, tengok apa yang kurang, bersihkan apa yang patut. In my case, we use our part-time maid. Tetapi boleh je kau pergi makan ke mana2 warung, tanya la orang kerja situ kalau dorang nak buat part-time. Tak salah kalau kau nak basuh sendiri, tapi dengan nak salam tetamu, nak layan lagi. Kau kena tengok juga jumlah jemputan kau. Ada yang longokkan, tetamu balik baru basuh. Up to you. Jangan stresskan diri depan tetamu. Dan jangan gaduh adik-beradik siapa nak buat kerja. Kau laki ke perempuan, nampak apa yang boleh ditolong, buat la. Kalau kau laki tetapi kau tahu mengarah je, kau yang lembik. Malu dekat kaum perempuan yang dah masak, dah kemas rumah dan macam-macam lagi. Kalau kau perempuan tapi kau pun tahu mengarah je because you are against ‘gender appropriation to house chores’ and busy advocating your feministic values, kau la memalukan kaum perempuan sebab mak kau, nenek kau pun masak, prepare the house for the open house dan kau tak habis habis jadi feminist. House chores know no gender, the Prophet sAllaahu ‘alaihi wasallam (may peace and blessings be upon him) cooked his meals, sewed his clothes etc,

Di sini aku ingin selitkan juga kepada people of my age, we are still young so it is not too late to learn manners. Kalau dah makan tu, angkatla. Walaupun ada catering crew to clean the place. Kalau makan ada tumpah ke berterabur, tolong clear. Bukan nak tunjuk dekat orang you are a prospective son/daughter in law. Mak kawan kau tak kisah pun kalau kau tak basuh, tapi jangan la biar terbongkang atas meja lepas tu kau keluar berselfie sambil tergedik-gedik. Jaga suara dalam rumah orang, jangan mengilai-ngilai macam pontianak, walaupun tu rumah bestfriend kau, ada tetamu lain juga. Malu host nanti. Ada orang lain nak berbual, ada yang nak solat dan macam-macam lagi. Manners make you beautiful, not flamboyant garments or thick make-ups. I beg to differ, and I know people wil dispute over this. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, kita kan orang Islam, berkunjunglah ke rumah orang dengan adab dan pakaian yang elok. We know revealing clothes are not proper for an open house event, seluar ketat-ketat sampai nampak bentuk punggung and many that I can list but you peeps know it too.

Be a pleasant guest so the host will not regret inviting you over. Aku harap confession aku pada kali ada sedikit sebanyak mendatangkan manfaat kepada kita semua In shaa Allaah.

– Abu Hud

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit