Tips Cara Hidup Simple

Dalam kehidupan kita ni, tak perlu lah nak berlebih-lebih. Hidup lah secara sederhana dan simple, pasti korang akan merasa lebih bahagia. Mudah saja, korang boleh ikuti tips dibawah ye.

1. Jangan campur urusan orang lain.

Belajar hormat privasi dan jaga urusan kita sendiri sahaja. Sebolehnya korang elakkan lah sikap suka “jaga tepi kain orang” ni, biarkan mereka dengan urusan mereka. Bukan apa, takut nanti tak sedar “kain sendiri” yang koyak rabak sebenarnya.

2. Hidup sesuai dengan kemampuan, bukannya kemahuan.

Kalau diikutkan dengan kemahuan, habis semua benda korang nak beli kan. Jadi, ukurlah baju dibadan sendiri. Berbelanja lah ikut kemampuan agar korang tak tersilap membuat banyak hutang.

3. Syukur dan terima apa yang kita ada.

Terkadang korang mesti pernah terlihat seseorang yang lebih kaya dari diri sendiri bukan? Naik kereta buatan luar negara, gaji 5 angka sebulan, rumah besar, isteri besar… eh!

Saat tu mulalah korang bandingkan dengan diri sendiri.

Salah tu kawan, sepatutnya korang kena belajar bersyukur dengan apa saja nikmat yang korang ada sekarang. Ramai lagi yang susah dari kamu.

4. Jangan peduli kata-kata orang.

Tak semua orang akan suka diri kamu. Pasti ada yang membenci dan juga iri hati. Mereka inilah yang selalu mengeji, memerli, dan menyebarkan fitnah tentang diri korang.

Korang jangan mudah terasa hati dan cepat lemah semangat.Pekak kan telinga, cekalkan hati.Jadikan sindiran mereka sebagai pemangkin untuk kamu berjaya suatu hari nanti.

5. Jaga diri, jaga agama, jaga ibubapa, jaga keluarga.

Ini yang paling utama. Benda lain tak penting seperti mana pentingnya perkara-perkara ni. Sentiasa berbuat baik dan buat perkara yang betul. Korang dah selangkah menuju kejayaan.

Semoga bermanfaat kepada teman-teman sekalian.

– AbamJambang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *