Tips Cari Jodoh

Masa dalam proses cari jodoh & masih single, apa yang Teeja amalkan adalah –

1. Tahajud

2. Istikharah

3. Solat hajat

4. Puasa

5. Khatam Quran

Dah lama Teeja nak share publicly tips ni dekat socmed sendiri tapi macam malu nak share sebab malu kalau mak tahu hahaha sebab Teeja ni bukan alim pun, dalam adik beradik Teeja lah yang paling nampak kurang ilmu hahaha.

Dan, dalam tempoh sebulan tu Teeja macam ni tau –

Ya Allah, aku tahu kau telah tetapkan jodoh ku dari luh mahfuz lagi. Maka temukan lah jodoh aku yang telah kau tetapkan yang nama nya dan nama ku dari luh mahfuz itu ya Allah.

Permudahkan urusan kami utk bertemu dan andai kerana dosa dosa lama kami membuat kami sukar bertemu,

Maka buka kan hati aku dan hati jodohku, ringankan tubuh badan ku & tubuh badan jodohku utk bertaubat kepadaMu. Semoga dengan jalan ini, kami boleh bertemu & berkahwin

Ada satu hari tu, bulan puasa selepas solat asar 10 Ramadhan terakhir. Teeja doa doa sungguh sungguh, tarik nafas paling dalam & niat mcm ni –

“Ya Allah, sesungguhnya aku pun banyak kekurangan, bukakan hati aku untuk terima kekurangan bakal pasangan yang kau akan berikan. Aku redha & terima dengan segala aku bagi “

Sebulan selepas tu, Allah memang hadirkan seseorang yang banyak sangat kekurangan. Bekas pengedar dadah, main perempuan, ambik barang terlarang, mencuri kereta.

Banyak sangat nak senaraikan even pernah dibuang keluarga sbb ambil barang. Tapi masa Teeja kenal dia dah free dari segala ya.

Walaupun sejarah hidup dia tak berapa baik entah kenapa hati Teeja rasa okey je kenal orang mcm tu & Teeja ajak dia kahwin.

Sebab time ni Teeja desperately nak kahwin sebab nak keluar dari rumah keluarga, mak Teeja too strict sampai Teeja rasa terkongkong.

Cukup 2 minggu berkawan,

1 minggu decide nak kahwin,

1 minggu family dia datang merisik,

1 bulan lepas tu, Bertunang,

Cukup 3 bulan bertunang, kami berkahwin..

Kitaorang masa proses nak kahwin ni, kitaorang tak cinta mencintai tau, dua dua takde hati mana cuma kami dua dua nak kahwin. So layan je jalan Allah bagi & jalan ni pulak mcmm smooth je, takde masalah mana.

Alhamdulillah, inilah 4 tahun terbahagia dalam hidup Teeja.

Dari awal kahwin sampai saat ini, ucap syukur Teeja bukan dipamerkan dengan caption di Instagram or FB Teeja, tapi dalam doa sebab Allah hadiahkan Teeja lelaki yang sempurna & cukup untuk Teeja.

Kadang nak tidur pun Teeja macam pandang muka suami & bisik dekat telinga dia “Terima kasih Allah sebab bagi Hadiah paling best ni”

Dalam segala kekurangan yang dia ada, sebenarnya dia sempurna.

Lepas kahwin, semua kekurangan dia Allah hilangkan.

Suami Teeja sangat baik, sepanjang perkahwinan kami tak pernah bergaduh walaupun sekali, kalau pun merajuk sejam je dah settle.

Suami pun bukan jenis melepak keluar rumah, kalau nak lepak rumah kawan, dia akan angkut isteri dia sekali

Eh btw, kalau korang dengar conversation kitaorg lah kan, kitaorg bukan jenis manja manja tau depan orang ramai, bahasa kami “aku-kau” tau.

Pernah lah orang tegur macam kasar sangat bunyinya tapi Alhamdulillah, walaupun kasar thats never be an issues for us sbb kami bahagia sangat sangat walaupun belum direzekikan anak.

Berbalik kepada tips tadi, tolonglah yang bujang bujang ni amalkan. Teeja dah jumpa hikmah & hadiah dari doa dan amalan tadi.

Amal & percaya okayy,

Love you,

– Teeja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *