Assalamualaikum. Alia perasan minggu lepas ada yang confess kat page ni pasal jimat cara Alia. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/misi-berjimat-cermat-alia/).
Adakah laki Alia yang tulis conffession itu? Sebab Alia budak Culinary juga. Hehehe, entahlah. Tapi harini Alia nak kongsi tips di dapur cara Alia pulak. Check it out.
Beli banyak bila murah. Make sure benda tu berguna dan pikir siap2 la nak buat apa ya. Contohnya dalam minggu ni tomato murah, so Alia beli banyak. Dalam 3-5 kg macam tu. Alia buat apa? Okay Alia potong-potong, then tumis dengan minyak sampai la tomato tu layu.
Lepas tu dalam blender, Alia blendkan bawang besar sebijik, cili api merah dua genggam (terpulang la korang nak sepedas mana) dan ikan bilis yang dah digoreng dulu dalam 2 jemput. Bila tomato tu dah layu, masukkan je benda blend tadi, perasakan secukupnya gula garam asam. Masak sampai betul2 kering. Tu dah jadilah sambal tomato cara Alia.
Bahagi dua bekas, satu bekas letak chiller, satu lagi letak freezer. Yang chiller boleh tahan dalam 2 bulan and yang dalam freezer boleh tahan sampai setahun! Lepas ni mudah dah boleh makan dengan nasi panas2 goreng telur, boleh makan dengan ayam penyet, boleh buat terung goreng berlado, ubi berlado, ayam berlado, masak nasik goreng. Senang kan?
Banyak lagi yang boleh diconsiderkan sebenarnya. Alia suka pergi AEON malam2 sebab ayam selalu murah time tu. Separuh harga. Beli, terus balik rumah masak serunding ayam. Tadaaaa. Tahan lama kan. Boleh jadi lauk masa sesak2. Sama la ikan pun. Boleh jadi serunding jugak. Kalau dah masak banyak tu, boleh jugak sambil tu kita sedekah kat jiran tetangga. Berkongsi rezeki kan.
Minggu lepas nenek Alia ada bagi satu plastik besar cili padi kampung, nak lebih tahan lama, Alia rendam semalaman cili tu skali tangkai dengan cuka, Alia tumis sedikit kicap bawang putih bawang merah dengna minyak yang banyak.
Lepas tu lepaskan je semua cili yang dah rendam cuka td dalam minyak yang banyak tu. Tos la dulu cukanya tu. Perasakan, biar semua cili tu tenggelam dalam minyak yang banyak. Tahan setahun ni. Alia dah pernah buat sebelum ni. Yang ni pun Alia sedekah kat jiran2.
Cili kering pun, beli banyak2 dan blend siap2. Jimat masa dan tenaga. Cara Alia, bila dah gunting dan rebus cili tu, Alia blend je sekali dengan bawang besar and bawang putih. Dalam blender tu, masukkan minyak masak dan air masak. Cili blend Alia ni tahan lebih sebulan dalam chiller. Tak pernah pun cili blend Alia ni berkulat ke masam ke. Macamni la cara yang mak Alia ajar.
Mak berniaga nasik lemak pagi2 sampai sekarang. Dia tumis gitu je bahan blend ni. Nanti perasakan dengan asam garam gula je dan tambah belacan kalau kita suka. Tips mak, masak sambal kena sabar, masak lama sampai pecah minyak.
Jangan takut minyak tu banyak, nanti ceduk je minyak lebih tu, minyak lebih tu, gorengkan cili kering yang dah disangai dan dikisar telebih dahulu. dah jadi chilli oil. Sedap ni makan dengan koey teow thng, bubur nasi. Kalau rasa macam terlebih banyak masa blend tu, Alia simpan je dalam freezer. Nak tumis apa-apa, masuk je cili blend ni. Ni cara Alia lah.
Freeze apa yang boleh. Kalau korang jenis yang pandai buat kuih, freeze kan kuih tu buat jual. Lagi bagus kalau ada chest freezer. Alia adalah sebijik, tu pun beli 2nd hand orang jual 300 je. Alia memang buat cucur badak, popia, karipap, donat untuk di freezekan. Mudah bila tetamu datang, dan dalam masa yang sama boleh cuba nasib menjual jugak.
Bila ada chest freezer lagi seronok, sebab boleh buat aiskrim malaysia sambil sambilan. Perisa pulak buat la yang gempak2 sikit, blue dynamite, choki choki, tripolitan, magnum, solero, padlepop, dan banyak lagi la. Tak perlu join pjj pun kalau korang rajin, search je group aiskrim malaysia dalam fb ni. Ada je group yang aktif dan suportive share resepi dan bahan semua. Rajin dengan tak je.
Prepack. Pack siap2 portion banyak mana nak masak sebelum simpan dalam freezer. Alia akan simpan dalam plastik ziplock je.
Kalau sotong pastikan sotong tu terendam air sikit bagi memastikan kesegaran dia. Kalau daging pulak, pastikan keluarkan segala angin yang ada dalam ziplock bag tu untuk mengelakkan daging kena freezer burn. Nak masak, keluarkan portion yang nak sahaja. Tak ada la membazir nanti.
Kalau boleh dalam peti sejuk biarlah ada sayuran yang jenis tahan agak lama. Macam terung, kobis, kobis bunga, carrot. Tahan lebih lama. Jadi tak perlulah kerap ke market dan pasaraya.
Alia ke pasar 2 minggu sekali je. Kalau sayuran hijau dan sayuran yang agak tak berapa tahan tu, makan diminggu pertama je. Minggu kedua Alia sekeluarga makan sayuran yang jenis tahan lama ni selalunya. Tapi ikut juga, kadang suami singgah juga beli kangkung, bayam, sawi. Alia dan keluarga penggemar sayur.
Alia pun buat sendiri mozarella cheese. Jimat sangat. Boleh beli rennet kat shoppee or lazada, susu pulak lagi elok sebenarnya guna susu yang hampir masam. Jadi silalah ke bahagian reduced to clear di pasaraya terdekat anda ya. Tapi pastikan susu segar tau, setakat ni dah bergelen2 susu hampir masam Alia jadikan cheese mozarella, siap buat corndog lagi. Bila ada banyak, boleh kongsi makan dengan jiran2.
Bubur nasi. Kadang-kadang kita yang tua ni teringin jugak kan nak masak bubur nasi. Makan dengan cili oil sikit, serunding sikit. Sedapnya. Tapi kadang2 masak bubur nasi ni ambil masa yang lama. Lepas ni, kalau korang plan nak masak bubur nasi, malamnya basuh siap2 beras, dan rendamkan dengan air sampai tutup beras tadi, masuk je dalam freezer.
Esoknya nak masak bubur, lebur je beras + air yang dah beku tu. Cepat je hancur butir nasi tu. Alia guna cara ni masa masak bubur nasi anak Alia dulu2. Sekarang kalau nak masak bubur nasik pun, Alia masih guna kaedah yang sama. Cepat dan jimat gas.
Makanan kucing Alia masak sendiri je. Resepi senang je, rebus je hati ayam, ikan, ayam terpulang korang. Siap rebus then angkat. Rebus dalam air yang sama carrot potong2 dalam 3 batang, dan bayam sikit kalau korang suka dan ada stock.
Last sekali dah angkat semua, ambik air rebus tu dalam sesenduk, blendkan semua yang dah rebus tadi. masukkan je serbuk jelly 2 pack dalam air yang lebih dalam periuk tu, dan masuk semua yang dah diblend tu. Masak2 sikit dah siap! Boleh dapat 5-6 bekas kalau buat ni. Kalau nak beli pun mahal jugak.
Okay kali ni pasal kaedah pembersihan pulak. Alia syorkan korang belilah baby wipes jenama kedai eco. Jangan lap baby guna baby wipes tu, tapi guna untuk sental dapur korang. Berguna sangat daripada tissue dapur. Puas lap sebab wangi, dan boleh bilas2 baby wipes tu, so tak ada la guna sebanyak guna tissue dapur kan? Yang minyak grease yang percik2 kotor semua lap dulu guna baby wipes, then guna kain lap untuk lap bagi shining2 gitu.
Setakat ini, itu saja kot tips dari Alia. Maaf andai ada yang kurang senang di mata readers. Alia ni surirumah je. Alia faham ada yang bekerjaya dan busy tak sempat buat semua ni. Takpe Alia share untuk yang belum tahu je. Mana tahu dengan perkongsian Alia ni dapat menambah pendapatan suri suri rumah di Malaysia ni ke. Hehehe.
Yang baik dari Allah dan yang buruk datang dari diri Alia sendiri. Jom sama-sama kita cuba amalkan ya!
– Alia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit