Tips Dari Alia: Sempena Musim Kenduri

Hai assalamualaikum. Saya Alia. Ingat Alia lagi tak? Harini Alia nak share sikit perihal kenduri kendara. Maklumlah, kan dah nak cuti sekolah ni, maka ramailah yang akan buat kenduri kan?

Untuk baca confession Alia yang lain,

(https://iiumc.com/misi-berjimat-cermat-alia/)

(https://iiumc.com/tips-dapur-cara-alia/)

Alia punya content kalini tak banyak sangat. Cuma Alia terpanggil untuk menulis disini lepas selesai kenduri kahwin sepupu Alia 2 3 hari lepas.

Untuk yang dah plan buat kenduri di rumah, simpan segala barang berharga setempat dan di tempat yang berkunci. Sebab nanti bila kenduri, akan ada ramai orang keluar masuk rumah kita.

Macam di rumah sepupu Alia haritu, selesai je kenduri, baru tersedar jam hilang, duit hilang. Kan dah jadi satu haru biru. Kita semua dah la letih-letih badan selesai kenduri tu.

Kalau nak sewa pelamin untuk di rumah, lebih comel kalau korang sewa pelamin mini je. Selain boleh cut cost yang banyak, pelamin mini ni juga sesuai bagi rumah yang comel-comel.

Bila pelamin besar sangat, dah macam terlampau sarat nak focus bergambar. So kalau ruang rumah korang terhad, tempahlah pelamin mini sahaja. Still nampak cantik jugak nak bergambar kan.

Lagi satu, goodies jangan kedekut. Hehe. Bagi je kat orang yang datang, yang salam kaut ade isi ke, tak ada ke, bagi je.

Nanti lepas kenduri akan ada banyakkkk lambakan lebihan goodies. Tambah-tambah kalau goodies yang jenis makanan, kalau lama2 kan dah tak berapa elok, so bagi Alia, bagi je. Bertawakal pada Allah untuk sempurnakan majlis kita.

Baik, bila dah selesai kenduri, mesti ada banyak lebihan lauk pauk yang tak habis kan? Cepat-cepat salin semua lauk pauk tu dalam periuk besar, panaskan! Yang mana nak bagi sedekah pada orang, cepat-cepat bungkuskan dan edarkan.

Kalau terlampau banyak lebihan lauk pauk, pilih-pilih dan simpan isi lauk tu saja dulu dalam frezzer, abaikan dulu kuahnya pun tak apa. Nanti isi ayam masak merah tu bolehla carik-carik masak lama2 dan dibuat serunding, daging masak hitam tu boleh dimasak lama-lama dah jadi ala-ala dendeng.

Serius Alia sedih sangat tengok lauk pauk dibuang banyak gila. Sebab tuan rumah kata peti ais tak cukup nak simpan. Ingat guys! Kuah tak penting, isi tu yang penting.

Semasa kenduri sepupu Alia, Alia bawak balik ke rumah hampir 20kg isi lauk ayam masak merah yang tak habis, dan Alia terus buat serunding kering-kering malam tu jugak.

Esoknya tanya pada jiran-jiran, nak tak serunding ayam, tapi bagitau la ayam dari kenduri semalam. Bukan apa, takut ada yang tak nak pulak ke. Alhamdulillah semua jiran Alia dapat merasa sikit sorang. Semoga pahala tuan rumah nak bagi orang makan tu sampai.

Daging masak hitam pun masih ada sikit lagi, Alia bekukan dalam frezzer dalam 10-15kg. Nanti bolehlah masak kering-kering makan dengan roti. Sedapnya.

Setakat ini, itu sajalah perkongsian Alia untuk kawan-kawan yang bakal buat kenduri musim nak cuti ni. Tak kiralah kenduri apa pun, tahlil ke, akikah ke, cukur jambul ke, birthday ke, kahwin ke, semoga majlis yang korang rancang berjalan dengan lancar ya.

Salam sayang dari Alia. Bye!

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *