Tips Elak Forever Alone

Salam, aku perasan bnyk yang post kt iium confession ni meluahkan perasaan takde jodoh, single or forever alone, jadi kat sini aku nk share sikit tips la, berdasarkan pengalaman sendiri, mana tahu dgn tips aku ni korang ( lelaki ) dpt mengakhiri zaman bujang korang, dan tq utk admin kalau sudi siarkan post ni,

Okay mukadimahnya,

Kau sbnrnya tak perlu pun bermodal poket tebal or muka jambu mcm Korea atau muka macho mcm Jensen Ackles untuk tackle perempuan, sebab perempuan zaman skrg ( yang matang ) biasa tak pandang sangat rupa dan duit, jgn ingat kau ada rupa and bnyk duit kau boleh dpt sesiapa je kau nak, hahhaa, mungkin, tapi kalau dpt perempuan yg hnya pandang kau sbb duit or rupa kau, sbnrnya kau rugi, cinta yang tak ikhlas ni tak kemana, percayalah, so jangan risau kalau korang muka mcm terung ke or fakir miskin ke, sbb still ada peluang,

Okay firstly dari segi dalaman,

Ni yang paling penting, iaitu niat, ya, niat tu sgt crucial kalau kau nak memetik hati seseorang wanita, andai kata niat kau baik untuk memperisterikan seorang wanita, InsyaAllah , Dia akan permudahkan segala urusan kau, Then, jaga hubungan dgn Allah, keluarga dan kawan2, kalau kau jaga benda2 ni, aku jamin jalan kau nk kuar dari dilema friendzone lgi forever alone ni mudah,

Pertama, Kau kena tgk diri kau dulu,

Perbaiki mana flaw kau, sbgai contoh sikap, sikap tak matang mcm panas baran, kedekut, mulut takde insurans mmg benda yg turn off kan perempuan, so buang sifat2 negatif ni dlu kalau kau nk orang perempuan tertarik dgn kau,

Kedua, Yakin dengan diri,

Tak semestinya muka kau mcm ubi kayu bermakna kau tak leh dpt perempuan cantik, perempuan pandang lelaki yang ada karisma dan hala tuju dalam hidup dia, biarlah kau dikategori bukan lelaki brd, tapi usaha dn determination utk kau nak maju dan ubah hidup kau tu ada, berhenti tanam mindset yang kau level bawahan, dia level2 bangsawan tak pandang kt kau, bro, cuba dulu , dapat tak dapat tu lain cerita, yang penting ada usaha utk kau cuba, selagi mana kau tak buang mindset mcm ni, selagi tu payah la kau nk dpt,

Ketiga, Penampilan diri,

Yang ni paling penting sebab first impression org kat atas kita adalah melalui penampilan kita, sentiasa kemas dan bersih, jangan selekeh, gigi gosok, personal hygiene tu penting, kalau kau nmpk mcm org gelandangan yg tak reti jaga kebersihan diri mcm mana kau nak etakpect perempuan tertarik dgn kau? Kau sendiri pun tak terurus, ada hati nk urus anak dara orang nanti, andai kata kau gemuk, cuba utk kurus, kalau kau batang lidi, pergi gym, tak perlu badan besar2 mcm the rock, sitak pack dll, biar sekadar nmpk bdn kau fit dh okay, baru boleh tmbh keyakinan diri, soal ni nk taknak je, kalau kau rajin kau dpt, selagi kau malas, kau like jela gmbr2 perempuan cantik tu yg tak pnh sedar kewujudan diri kau smpai bila2, pakai baju yang sesuai, ikut tips2 fashion lelaki kt utube ad bnyk, tak perlu over dress, cukup sekadar nampak diri kau neat and tidy

Keempat,

Bila kau dh tick semua tips2 yang aku sebut tadi, skrg masa kau nk pikat hati dia, kalau perempuan yang kau minat tu kau skdr crush dlm laman sosial, agak payah, tapi mulakan dgn kata2 ringan, seperti memberi salam, or ucap terima kasih, cukup sekadar tu,lepastu, pastikan dia acknowledge kau dulu, jgn kau add dia, terus kau tegur in the spot, boleh mmg boleh tapi chances utk dia tegur balik tu tipis, silap haribulan belum pape kau dh kena block, sebab tu kau biar dia kenal diri kau dulu, lgi bagus kalau kau add dia fb dn insta, kalau dia berminat, dia akan usyar profile kau sendiri, dan yang pasti kalau dia tertarik dgn perwatakan kau, pasti dia akan kasi hint, dn waktu ni la kau mulakan langkah kau, benda ni amik masa, so kena sabar, jangan gelojoh, perempuan tak suka lelaki gelojoh, dn dgn masa yang sama kau siasat apa minat dia, hobi dia apa, dll, benda ni kita boleh siasat ikut insta or fb je, perempuan zaman skrg sng nak baca hnya melalui laman sosial dia je,

Lepas kau dpt reaksi positif dari dia, dari situ kau kena berjaga2, setiap susunan2 kata, silap sikit boleh buat dia hilang interest dgn kau, be more a listener than a talker, yg penting jgn buat diri kau nmpk creepy dna desperate, relatak and follow the flow, and bila kau dh start chatting dgn dia, jgn guna ayat budak sekolah rendah tak baligh tahun 90an tnya ayat cliche ” sy mesej awak ni pakwe tak marah keww? ” , Be mature dan tunjuk yg kau tu org dewasa bukan kanak2, phase ni peluang untuk kau buktikan diri kau yang kau ni worthy utk dia, perempuan kalau ada pakwe dia takkn layan kau in the first place, kalau still dia layan kau lebih dri batas seorang kawan hatta dia ada pakwe, then she is not the one for you, mungkin lain post aku akan kongsi type2 perempuan yang dijamin tak sesuai dijadikan teman hidup andai kata post ni dpt sambutan,

Tak perlu tergesa2 minta number dia, kalau dia selesa berbual dgn kau, kau akan tahu sendiri bila nk minta number Whatsapp dia, sebelum waktu tu smpai, cuba utk jadikan diri kau lebih likeable, selain tu, kata2 kau dlm laman sosial pun kena jaga, sbb org boleh dpt tahu everything zmn skrg ni, tak perlu jadi hipokrit post2 agama hnya utk menarik perhatian perempuan, ni silap haribulan kau kena laknat sbb menunggang agama, sia sia je hidup, cuma jadilah orang yang decent , dn dalam insta or fb, tak perlu kau post selfie muka kau spnjg masa, jgn tunjuk yg diri kau tu tak laku sgt, be random bout things that kau nak post kt fb , twitter or laman sosial yang lain, share kata2, gmbar kucing and pemandangan pun takpa, tapi janganlah kau buat caption yg membodohkan diri sendiri,

Perkara lebih mudah kalau kau seorang yang kelakar, perempuan suka lelaki kelakar, cubalah buat dia ketawa sbnyk yg mungkin, smpai dalam diam dia akan jatuh hati dgn kau, jangan mendesak, memaksa seseorang menerima kau, kalau dia bersedia dia, kau akan tahu sendiri masa utk bawak hubungan ni ketahap yg lebih tinggi,

Ohh ya, andai kata kau dh cuba tegur dia , and still dia tak layan or balas sepatah2 , nasihat aku, dari kau memalukan diri sendiri, baik kau back off, perempuan amik masa utk jatuh hati dgn lelaki, and biasa akan amik masa dlm 3-5 bulan, sbb tu kata kunci kau kt sini adalah sabar, kalau kau nak Tackle perempuan dlm laman sosial ni mmg payah , berbanding kau berada di lingkungan,

Kalau berada dilingkungan, benda yang kau perlu buat utk tarik perhatian tak bnyk, kalau kau ikut tips2 aku. Number 1,2 dn 3 tu dh boleh dah, cuba jadi supportive and sering ambil berat dkt perempuan yg kau suka tu, tapi jangan nmpk mcm desperate dn creepy, bila kau take care pasal dia, slow2 dia akan jatuh hati dgn kau, yang penting kau kena maintain buat perkara tips 1,2 dan 3 tu,

Okay mungkin tu je aku nk share, kalau still tak dapat, jangan risau, jodoh tu tak kemana, yang penting usaha, doa dan tawakkal, lagipun perempuan melambak2 zaman sekarang, yang penting kau jadi diri sendiri in a good ways.

Sekian, selamat mencuba.

– As-Ri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit