Tips Elak Jadi ‘Ibu Bapa Helikopter?’

Ibu Bapa Helikopter atau juga dikenali sebagai ‘Ibu Bapa Cosetting’ secara amnya bermaksud sifat ibu bapa yang sentiasa menjaga dan memerhatikan anak-anak sehingga menimbulkan perkara kurang sihat dalam kehidupan anak.

Metafora ini muncul sejak tahun 1969. Ia dipanggil begitu kerana ibu bapa ini ibarat helikopter yang sentiasa MELAYANG-LAYANG DI ATAS KEPALA, mengawasi setiap kehidupan anak termasuk interaksi dan sosial.

Menurut Pakar Psikiatrik Dr. Lim Boon Leng, ibu bapa ini bersifat ‘OVERPROTECTIVE’. Segala kehidupan sosial, mahupun aktiviti seharian anak-anak akan ditentukan oleh mereka.

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memelihara, mendidik, dan memastikan anak berada dalam keadaan sihat, selamat dan dijauhi dari sebarang bentuk bahaya.

Namun tidaklah bermakna kita tidak memberi sedikit kelonggaran kepada anak-anak untuk membuat pilihan berdasarkan akal, citarasa, minat atau menerokai dunia baru untuk perkembangan mental, emosinya.

CIRI-CIRI IBU BAPA HELIKOPTER :

1) Sentiasa campur tangan dalam kehidupan sosial dan aktiviti anak-anak.

2) Tidak memberi anak-anak peluang untuk mempelajari perkara atau kemahiran baru.

3) Sentiasa risau anak-anak terdedah dengan penyakit, mudarat, yang boleh mengancam keselamatan yang berlebihan sedangkan pada dasarnya tidak.

4) Tidak memberi anak kebebasan untuk membuat pilihan sendiri sesuai dengan umurnya. Pilihan anak sentiasa tidak baik baginya.

5) Terlalu sibuk mengambil tahu akan semua perkara tentang anak (remaja) sehingga tiada privasi bagi dirinya.

KESAN BURUK TERHADAP ANAK :

a) Menganggu perkembangan emosi, spiritual dan jasmani anak-anak.

b) Aktiviti anak-anak akan terbatas keranan ibu bapa melarang atau mengizinkan anak-anak untuk terokai pengalaman, ilmu dan kemahiran baru.

c) Anak-anak tidak berdikari kerana terlalu bergantung atau sentiasa mengharapkan pertolongan atau bantuan ibu bapa meskipun dalam perkara yang remeh.

d) Anak tidak belajar melalui pengalaman. Tidak membuat kesilapan dan tidak belajar dari kesilapan atau kegagalan.

e) Anak akan tertekan, murung kerana rasa dirinya dikongkong.

f) Anak kurang terdedah dengan sensori seperti tidak tahu tekstur pasir, tanah liat, bulu kucing dan lain-lain.

g) Anak berasa takut apabil menemui perkara baru kerana kurang pendedahan dan tidak dibiasakan berhadapan dengan pelbagai situasi.

h) Anak tidak mampu membuat keputusan atau pilihan sendiri.

i) Kurang sifat ‘survivor’ dalam diri anak-anak. Jiwa anak tidak kental.

j) Anak hanya mengikut telunjuk atau pilihan ibu bapa biarkan sudah remaja atau dewasa.

CARA UNTUK TANGANI ?

i) Terapkan ilmu, moral, nilai-nilai murni dan pendidikan agama secukupnya.

ii) Banyakkan berdoa agar Allah melindungi anak anak kita dan bertawakal kepadanya.

ii) Banyak meluangkan masa bersama untuk berbual, bermonukasi, mendengar masalah anak dan ada ‘eye contact’.

iii) Berikan kepercayaan dan pendedahaan kepada anak untuk mencuba perkara dan kemahiran baru.

iv) Beri masa, peluang kepada anak untuk berfikir sendiri dan berusaha mencari jalan penyelesaiaan.

v) Jika anak menemui jalan buntu, bimbing anak menyelesaikan maasalah bersama sambil menasihati anak.

vii) Fikirkan tentang masa depan anak-anak jika tidak mampu berdikari? Ia akan menyulitkan kehidupan mereka kelak apabila ibu bapa sudah tiada.

Perkongsiaan ini adalah untuk rujukan kami sebagai ibu bapa kepada 2 hero kami yang sedang membesar.

Semoga memberi sedikit manfaat kepada ibu bapa yang lain juga.

– Shada Mazan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *