Salam semua. Terkesan baca luahan miss N yang dah jadi penganggur berjaya selepas menjadi lady engineer yang mesti berjaya sebelum harga minyak dunia menjunam jatuh tapi dalam Malaysia harga minyak selalu naik. Lumrah hidup, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Allah tahu yang terbaik untuk kita. Siapa la kita yang tahu rezeki awal dan akhir kita, perjalanan hidup kita sama ada miskin atau kaya, derita atau bahagia dan syurga atau neraka. Allah Maha Tahu Segala-galanya. Percayalah, rezeki tidak akan salah alamat, takkan salah orang, dan takkan salah waktu dan ketika.
Aku cuma nak share 3 benda yang bagi aku sangat penting dalam hidup terutama kalau nak cari kerja. Yang pertama, solat dhuha. Kat kampung, aku selalu tengok orang cina sembahyang pagi2 before dia kerja kuat. Tu yang aku rasa aku pun kena dhuha. Cuba korang buat sehari dan insyaAllah akan rasa perbezaannya. Ingat, kita semua percaya pada Tuhan. Kunfayakun! Dia boleh beri apa yang kita mahu dari arah yang tak disangka-sangka. Dulu time aku sekolah, aku buat dhuha nak straight A dan sekarang doa aku yang minta seiring dengan umur dan keperluan. Hampir setiap hari aku buat sampai dah kerja sekarang.
Bila aku malas, aku paksa diri untuk dhuha juga. Punya aku malas nak dhuha dan berdoa tu sampai aku doa “Ya Allah, macam biasa, doa macam semalam. Kau makbulkanlah ye!” Pergh dah macam order kat kedai mamak! Tapi lama-lama aku sedar aku kena serius dan bersungguh-sungguh doa. Aku yakin kalau Allah tak makbulkan, mesti Allah tahu kalau Dia bagi, aku jadi tak sedar diri. Dan automatik lepas doa, diri akan rasa bersemangat untuk bekerja. Dhuha sebelum keluar rumah cari kerja satu benda yang bila kita buat, kita yakin Allah bersama kita dan Dia akan bantu kita. Dia macam teknik BAD(Bertanya Allah Dahulu) yang pernah member aku share dari seorang speaker kt internet. Jadi, jangan putus doa padaNya.
Kedua, doa seorang ibu. Serius, aku rasa doa mak ni memang takde hijab. Selalulah aku minta mak doakan dari sekecil-kecil aku mudah bangun subuh sampai sebesar-besar nak keje company international. Aku datang dari family yang bukan sweet2 kalau cakap sesama sendiri. Aku dengan abang pun pakai aku kau bahasa ganti diri. Kalau aku cakap ‘I love you ibu” atau ‘Happy Mothers Day!’, tujuh keturunan aku kena bahan dengan adik-beradik. Rasa hilang macho walaupun aku perempuan. Selalu aku bisik atau whatsapp kat mak aku kalau nak minta doakan. Huhuhu. Kemuncak power doa seorang ibu ni bila aku minta mak aku doakan aku dalam peperiksaan, alhamdulillah semua termakbul. Even soalan tu susah giler tahap gaban, aku rasa tenang walaupun aku tak jawab beb! Aku cepat betul move on dan fokus pada next paper. Aku dapat pointer pun cukup makan, aku seorang yang average dalam kelas tapi alhamdulillah rezeki dapat kerja awal dengan company besar.
Bila dah kerja sekarang, aku dah tak segan silu malu untuk minta mak aku doakan aku. Bila aku kena marah dengan bos, kena maki dengan manager, esok presentation hari ni baru dapat task, stress kejar deadline, semua benda ni aku telefon cakap kat mak ‘Mak, tolong doakan adik boleh buat semua ni. Doakan manager lembut hati, doakan presentation berjalan lancar etc..” Lepas cerita biasanya rasa ringan sikit. Betul la mak ni ada kuasa doa. Bila aku dapat offer letter kerja, mak aku cakap ‘alhamdulillah, tak sangka doa mak termakbul. syukur2.’ Aku nganga sebab sejujurnya aku tak nak kerja yang mak aku doakan tu.Tapi kawan aku cakap, bila kita buat atas redha ibu bapa, insyaAllah semua mudah sahaja. Sekarang memang best kerja kat company mak aku doakan ini.
Ketiga, cuba semua benda. Aku cuba banyak benda sebelum aku dapat kerja stabil sekarang. Aku pernah jadi driver, waitress, cikgu tuisyen, cikgu ganti sekolah depan rumah, promoter kedai, pengasuh, kerja cuci rumah orang, kerani dan lain-lain. Aku pujuk diri untuk tak memilih. Muda-muda kumpul pengalaman sebelum nak demand lebih. Belajar interaksi dengan orang. Datang dari family susah bukan penghalang untuk aku berjaya. Aku pernah time belajar dulu pergi cucuk bank yang tinggal RM6 dan nak keluarkan RM5 sebab nak beli nasi. Aku lapar sangat dan takde duit. Lepas tu aku tido sambil menangis sebab duit tak boleh keluar. So, aku janji dengan diri untuk tak putus asa. Aku kerja part time masa belajar dulu dan banyak pengalaman aku dapat sebelum melangkah dunia pekerjaan.
Aku sekarang kerja ketua project dalam bidang engineering. Rezeki Allah, dulu aku sedih duit RM5 pun takda nak beli lunch, sekarang gaji cecah 5 angka. No pain, no gain. Bukan senang bila project kat tengah laut sebab perempuan minoriti dan banyak benda nak kena jaga tapi kat sana semua pukul rata. Aku bawa spanar dalam poket naik turun tangga pun dah lelah, belum lagi nak pusing2 skru besar kat sana. Baru aku sedar yang lelaki memang seorang yang kuat! Bila dah habis job, dan buat report dan presentation, skill menggoreng yang aku banyak belajar time jadi promoter aku gunakan. Sabar melayan karenah manusia dan client, aku anggap macam jaga budak-budak pengasuh yang kena handle with care and wise. Jadi, jangan memilih kerja dan kerja sesungguhnya. Jangan malu dan jangan dengar cakap orang bila kita kerja yang tak setaraf dengan pendidikan kita. Diorang tak tahu kita sedang membina diri untuk jadi lebih berjaya.
Niat cuma nak kongsi. Mana yang tak baik dan tak betul, mohon dimaafi. Sama-sama kita saling berkongsi dan menasihati dalam ruangan ini. Akhir kalam, sama-samalah kita berdhuha dan doa minta padaNya, minta mak kat kampung doakan dan buat apa-apa kerja sungguh-sungguh. Percayalah,rezeki akan tiba pada waktu yang tepat, orang yg tepat, dan tak salah alamat.
Adios.
– Miss Jun
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit