Tips Elak Scammer

Hi/assalamualaikum. Just nak share sikit pasal tips-tips nak kenal scammer. Kebetulan haritu terbaca someone share pasal dia terkena scam saham, kesian beribu dia habis, huhu. Kalau ada yang lain nak tambah, boleh tambah kat komen ya..

1. Scam saham/pelaburan:

Lately banyak lalu dekat newsfeed, iklan main saham.. Salah satunya yang guna nama Hasbr*qu* tu. Antara offer yang saya baca haritu, bagi modal RM2000, boleh dapat untung RM15,000. hahaha gila la dia punya promo.

Janji bulan bintang. Dah macam main judi dah. Hahaha. Hopefully takkan ada dah yang termakan kata-kata orang yang promote pelaburan macam ni.

First, kena faham konsep pelaburan. Dalam melabur ni mesti ada untung dan rugi. Kalau semua yang dioffer adalah untung saja dan siap dengan fixed amount, tu adalah tipu. Takda sapa yang nak rugi sebab bagi duit dekat orang lain.

Second, kita kena tahu kita melabur untuk syarikat apa dan apa jenis perniagaan syarikat tu. Kalau muslim, lagi la wajib ambil tahu company tu patuh syariah ke tak.

Jangan ingat ada number SSM je terus legal untuk melabur guna company tu, macam contoh scam dekat atas tadi pun guna SSM untuk yakinkan mangsa dia.

Third, guna medium yang disahkan oleh kerajaan Malaysia ataupun antarabangsa. Contoh, di Malaysia, semua jenis pelaburan akan dipantau oleh Bank Negara dan Security Commission.

So, pastikan ejen yang kita nak daftar untuk melabur tu ada lesen yang sah. Nak mudah, cari ja remiser di bank2 di Malaysia. Selamat dari ditipu.

Kalau yang teringin nak main cryptocurrency, boleh guna medium Binance dan Luno.

Cuma kita perlu ingat, melabur ni ada yang jenis High risk, high profit. Low risk, low profit. So, bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Kalau tak berani ambil risiko, jangan melabur.

Fourth, nak melabur ni guna duit lebihan ja. Bukannya saving untuk emergency. Duit lebihan ni maksudnya, kalau kita rugi, kita boleh redha. Kalau untung, alhamdulillah.

Masalah yang selalu jadi sekarang ni sebab orang terdesak nak tambah pendapatan dengan main saham, dan guna duit keperluan. Kes macam ni yang akan tambah stress bila dah rugi. nak main saham ni kena ada ilmu, hati pun kena kental hadap loss.

2. Scam LHDN/polis/mahkamah/KKM:

Kalau ada yang call kita dan maklumkan kita ada tunggakan cukai ataupun saman sampai nak kena naik mahkamah, letak ja phone tu.

Hahaha.. LHDN kalau buat audit or minta tambah bayaran cukai, dia akan hantar surat rasmi, lepas dah dapat surat tu, baru staf call tanya ada dapat tak surat rasmi LHDN tu.

Tu saja, dia takda la nak sambung2 call ke balai polis lah, mahkamah lah.. hahaha.. kalau naik number phone personal contoh macam 013-, memang confirm2 scammer. boleh download apps truecaller jugak untuk trace number scammer sebelum angkat call.

3. Scam barang/emas/kucing/ubatan:

Ada yang pernah kena scam masa beli phone, kucing, dan barang elektrik. Untuk barang2 elektrik ni, belilah secara COD ataupun dekat kedai, boleh check barang tu ok ke tak especially kalau nak beli phone.

Kalau nak beli jugak secara online, boleh check dulu akaun penerima bayaran tu sama tak dengan akaun company tu.

Kalau akaun tu akaun personal dan lain dengan penjual tu, elakkanlah beli melalui dia. Takut tu just keldai akaun ja.

Lagi satu cara, boleh check number telefon dan number account bank tu pernah ada record report polis ke tak. boleh check guna apps semak mule ccid.

Jangan terpengaruh dengan offer harga yang murah.. Takut ada yang rasa macam menang jackpot sebab dapat harga murah. Kalau barang tu branded, mesti harga pun tak murah sangat sebab nak jaga nama brand.

Haritu ada iklan newsfeed nak jual scooter branded harga rm8 saja, kononnya sebab nak release model baru. Haha. Ada sorang mamat komen yang dia dah dapat scooter tu so nampak macam real kan promo ni? Mujur lah ada yang tolong check fb mamat tu, mmg tipu rupanya.

Kalau nak beli kucing pulak, kalau dah cari kucing pure BSH, jangan mudah percaya kalau orang letak harga online murah sangat. Ada yang termakan tipu daya scammer kucing ni.

Pure BSH tapi harga rm900 pastu kena bayar siap2, tak boleh COD. Taktik depa ni sama ja selalunya. tak boleh COD. nak tahu dia scam ke tak, minta alamat dia, bagitau yang kita nak pi beli kucing tu sekarang jugak. Kalau dia terkial-kial, confirm la scam.

Minta buat video call jugak nak tengok kucing tu. Dah kalau dia bagi alasan kucing tu ada dekat rumah abang dia lah, bla bla bla, confirm scam. Study dulu harga pasaran untuk breed kucing2 mahal ni, baru boleh agak berapa harga yang reasonable.

Bab scam ubatan ni dah sekian lama dah dari zaman dulu lagi. kalau ada penjual ubat yang claim boleh mengubati banyak penyakit, berhati-hatilah.

Kalau memang ada ubat camtu, confirm doktor akan beli banyak2 letak dekat hospital. Bila dapat patient yang dapat komplikasi dari so-called ubat ni, serious kesian tengok anak2 menangis bila tahu si ayah kena start dialisis sebab buah pinggang dah rosak.

Ada orang yang promote ubat pulihkan penglihatan dekat warga emas. Padahal warga emas tu ada cataract, kalau buang selaput tu, insyaAllah ok nanti. Tapi ada yang sanggup habiskan beratus-ratus tapi tiada hasil pun.

Ada jugak yang promote ‘supplemen’ untuk cerahkan kulit, tapi end up adik tu tetiba dapat sawan selepas minum few coffee sachet untuk putihkan kulit.

Sebelum ambil apa2 produk atau supplement, tanya pendapat doctor dulu sesuai atau tak. ada patient yang jumpa saya siap bawa botol supplement lagi untuk saya check ingredient. Kalau bahan tu ok, saya akan bagitau ok untuk dia makan.

4. Scam peluang pekerjaan

Wow, bukan senang orang nak offer job senang dekat kita kn? hahaha. ada haritu terbaca post someone ni rugi beratus ringgit sebab terpedaya dengan scam ni. Dalam scam ni, scammer akan suruh kita beli barang ikut harga tertentu melalui link yang dia share.

Lepas buat pembelian pertama, dia bagi bonus ikut yang dia janjikan. pastu nak bonus banyak lagi, kena buat pembelian yang kedua pulak. bila pembelian kedua dah dibuat, dia kononnya kata yang kita salah ikut arahan.

So kena buat belian baru, pastu baru akan dapat bonus. end up, mangsa akan buat payment 2 kali dan payment tu lesap ja lepas scammer dah block number dia.

Huhu nak cari kerja dalam dunia ni bukan semudah tu dik.. apa kata, modal tu guna untuk jadi ejen dekat shopee. at least berguna jugak duit tu. Jangan tamak kejar untung cepat dalam masa yang singkat.

Lagi 1, jenis scam yang buat untung dengan cara pinjamkan kad bank. Ada mangsa yang naive, dia ingatkan dia just pinjamkan kad bank dekat kawan dia yang ada masalah akaun kena freeze. Sambil2 tu dapat upah sebab tolong bagi pinjam kad bank.

Rupanya kawan ambil kesempatan jadikan dia sebagai keldai akaun. Tak pasal2 kena masuk mahkamah. Jaga-jaga ya, jangan sesekali bagi orang pinjam kad dan akaun bank kita walau apa alasan sekalipun.

5. Scam ejen travel/homestay

Lately, ternampak post pasal penipuan homestay. Book homestay tapi bila tiba harinya, takda pun homestay kat alamat yang diberi. Kesian sangat, especially yang dah travel jauh bawa family dan anak kecik. Huhuhu.

Ada ja yang nak ambil kesempatan dekat atas kesusahan orang lain, tambah-tambah masa cuti sekolah or peak season.

Bila nak book homestay online, baca dulu review orang lain. kalau banyak review yang ok, boleh proceed dengan booking. tapi kalau new property yang listed, berhati-hatilah. Chat dulu dengan owner tentang keadaan rumah, jalan kearah homestay tu.

Boleh guna medium facebook penduduk setempat di area homestay tu untuk tanya if homestay tu ok ataupun tak, memang area tu wujud atau tak, dan sama tak gambar homestay yang kita tengok dalam iklan dengan realiti homestay.

Ada jugak kes owner homestay guna gambar rumah orang lain. Kalau boleh, elak book homestay yang just ambil booking guna whatsapp.

Kalau nak book pn, make sure call owner untuk confirmkan booking kita 1-2 hari sebelum tarikh tu.

Bagi yang nak mencari ejen travel atau umrah, cuba cari yang berdaftar dengan MOTAC. Sebelum buat bayaran, cuba search nama syarikat tu di google. Kat situ akan ada review. Kalau bad review, carilah ejen lain walaupun ejen lain mahal sikit.

Bagi yang travel by flight, jangan mudah tolong orang pegangkan barang orang lain even tolong pegangkan botol air ja. Ada kes yang cuba seludup dadah dan guna mangsa sebagai perantara.

Kalau nak ke luar negara, belajar dulu tentang common scam yang berlaku di negara tersebut. Contohnya scam orang offer diri nak ambil gambar kita, tapi pastu dia minta bayaran.. hahaha ni scam yang common.

Ni just few tips yang saya boleh share. Moga jadi peringatan untuk saya dan semua pembaca. Apa-apa pun, banyakkan bertanya dan tanam rasa curiga dalam diri kita supaya lebih berhati-hati.

Kalau ada pasangan atau ibu bapa, tanya pendapat keluarga dulu sebelum ambil keputusan dan kemudiannya jadi mangsa scammer. Kepada yang dah pernah jadi mangsa scam, jangan lupa buat report polis. At least keldai akaun tu boleh diambil tindakan.

Nak dapat duit balik tu maybe susah dah lah, jangan berharap. Anggap ni nilai pengajaran untuk seumur hidup, jangan ulangi benda yang sama. Perbanyakkan solat taubat, jangan lupa bayar zakat dan perbanyakkan sedekah. Moga Allah sucikan harta kita dan kurniakan rezeki yang halal.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *