Assalamualaikum buat para pembaca IIUM Confessions. Alhamdulillah kali ini saya masih berkesempatan untuk menulis. Terima kasih saya ucapkan buat admin yang meluluskan post saya ni.
Utamanya, niat saya menulis ni adalah untuk berikan tips hindari segala maksiat dan takutlah kepada Allah kerana saya sayang semua umat Islam. In shaa Allah saya cuba menyampaikan apa yang baik, semoga korang semua boleh faham dan amalkannya.
Saya pasti ramai ada masalah berkenaan dengan ‘DAH BERTAUBAT, TAPI BERULANG KALI BUAT BENDA SAMA.’ Ya, korang dah bertaubat, tapi masih lagi buat perkara tu kerana salah cara. Allah murka, tapi ia tak mudah bagi kita.
Okey macam ni, saya menulis berdasarkan pengalaman saya. In shaa Allah tips ni korang boleh amal untuk selesaikan apa jua masalah maksiat dan dosa yang korang konsisten buat.
Saya juga seorang pendosa. Sebelum ni, saya adalah seorang yang kuat 0nan1. Bertahun-tahun saya alami masalah ini, sejak saya sekolah menengah lagi. Ya, saya seorang yang bertudung dan saya akui saya dilahirkan dalam keluarga yang kurang didikan agama.
Saya tahu benda tu salah, tapi saya tak kenal diri saya, jadi saya tak rasa takut buat benda tu. Sehinggalah pada awal tahun 2020, saya ditemukan dengan seseorang. Sejak itu, saya sedar apa yang saya buat, Allah sangat murka.
Sebenarnya saya tak suka 0nan1 dan saya cuba berhenti, tapi pada masa yang sama saya masih buat, jadi saya rasa saya takkan dapat berhenti.
Saya masih bujang dan kerja saya online seller, yang mana memang kerja yang nature duduk dan promote saja. Hidup saya tak sesibuk orang yang bekerja pejabat. Okey, bila saya kenal dengan orang tu, dia ajar saya A to Z untuk berubah.
Sebenarnya apa yang membuatkan kita buat maksiat kerana kita tak kenal diri kita. Kita hanya nampak jasad lahir kita, tak kenal dalam diri kita.
Bila tak kenal diri, kita tak kenal Allah. Bila tak kenal Allah, kita tiada rasa takut pada Allah. Sedangkan, sebelum dimasukkan ke dalam jasad, kita dah akui kita kenal Allah.
Kenapa bila kita dah masuk dalam jasad, kita jadi lupa? Kerana jasad itu gelap.
Kita ditakdirkan hidup untuk mengenal Allah. Sebab itu, orang-orang soleh bertahun-tahun perjalanan mengenal diri. Awaluddin makrifatullah. Jadi tak hairan bila manusia hanyut. Tapi Allah suka kita kembali padaNya. Allah suka kita usaha kenal Dia.
Sejak awal tahun 2020, aku telah dilatih untuk cuci hati aku. Ya, sangat sukar sebenarnya kerana rebung dah jadi buluh. Hati dah berkeladak teruk. Korang rasa korang tak mencarut, tapi dah rasa baik?
Tolong jangan rasa macam tu, kerana aib korang hanya Allah yang tau. Bila masih ada aib, jadi sebenarnya masih tak baik.
Cara cuci hati sangatlah banyak caranya dan sangat ranjau. Tapi sebagai orang orang Islam, itu cara paling berkesan.
Aku mulakan cuci hati aku dengan kenal diri. Kenal diri aku dilatih dengan membaca dan hayati segala sifat Allah dan Rasulullah SAW. Hal ni sehingga sekarang aku masih lagi berlatih. Bila nak kenal diri, belum tentu akhirnya kita akan jumpa, tapi usahalah.
Kedua, bila saya dah hayati, saya kenal pula 99 nama Allah. Segala apa yang Allah berikan pada kita untuk mengenalNya. Setelah itu, saya diajar untuk menghayati dua kalimah syahadah.
Sebenarnya sangat unik kerana apa yang kita lafazkan selama ni, tidak semestinya kita lafazkan dengan hati. Bila hati tidak bersama, itu yang mendorong kita masih lakukan maksiat.
Sambil mencuci hati, saya tetap baiki setiap amalan wajib saya. Saya baiki dari cara ambil wudhu sehinggalah ke setiap gerak-geri solat. Saya fahamkan setiap bacaan dan kenapa perlu rukuk serta sujud.
Saya belajar cara menutup aurat yang Allah suka. Saya praktis walaupun belum sepenuhnya. Tapi 0nan1 masih juga ada. Tak mengapa, korang buat sampai betul, lama-lama akan tinggal. Semuanya dari hati.
Buatlah segala sunnah Nabi SAW, lama-lama setiap perkara itu akan terbuat dengan sepenuh hati. Bangunlah tahajjud, banyakkan berzikir dan solat-solat sunat yang lain.
Tapi mesti ingat, setiap amalan ni perlu disertai dengan hati dan mesti rasa Allah dekat dengan kita. Kalau belum sepenuh hati, praktis sehingga jadi sepenuh hati.
Banyakkan membaca bismillahirrahmanirrahim dan berselawat setiap kali buat sesuatu rutin dan hal-hal yang baik. Pengalaman saya bertahun-tahun 0nan1 dan bertahun-tahun tersungkur, alhamdulillah tahun ini saya dah berjaya berhenti 0nan1.
Dulu saya layan p0rn, sekarang history video p0rn saya dah clear. Dulu saya pegang saja alat sulit saya, mesti akan bernafsu, sekarang saya dah tak rasa nak 0nan1 lagi.
Setiap amalan yang saya praktis ni, saya tekad untuk berubah. Apa yang penting, langkah pertama perlu cuci hati dulu, in shaa Allah Allah tau dan akan bantu korang berhenti buat maksiat.
Dalam proses untuk berubah tu, setiap kali saya nak 0nan1, saya akan ingatkan diri Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar. In shaa Allah bila korang praktik macam ni, lama-lama akan takut pada Allah.
Alhamdulillah sekarang saya dah berjaya berhenti buat benda tu. Jika ada yang kata perlu jumpa pakar untuk masalah ni, saya tak nafikan, cuma pertolongan manusia pun asbab dari Allah. Apapun kembali pada diri dan hati sendiri. Korang yang tentukan jalan mana yang korang pilih.
Untuk yang mahu amalkan, semoga Allah permudahkan jalan korang untuk berubah. In shaa Allah menjadi untuk sehalus-halus maksiat sehingga ke sebesar-besar maksiat. Tapi nasihat saya, carilah guru mursyid untuk panduan berubah.
– R. A. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit