Tips Ideal Pemakanan Kucing

Assalammualaikum semua pembaca sekalian. Harini saya nak berkongsi kepada anda semua rahsia pemakanan kucing agar kucing anda tidak terlampau kurang nutrisi ataupun terlebih sangat, nanti obes pula. Comel memang comel, tapi kesian pula dekat kucing tu nanti habis tak larat nak berjalan.. Hehehehehehe… Ok jom…

1. Jenis Makanan

Yang pertama kita perlu lihat dan teliti adalah jenis makanan kucing anda. Adakah ianya ada nutrisi yang diperlukan oleh metabolisma kucing anda? Bagi saya sebagai pemilik kucing selama hampir 10 tahun, saya sering gunakan makanan kucing jenama Whiskers dan Royal Canine kerana ianya sesuai dengan kucing saya.

Seperti yang saya tekankan di dalam blog saya pada sebelum ini, jangan terburu-buru untuk membeli makanan kucing yang berjenama kerana ianya mungkin “Bring more harm than good”. Terutamanya harm kepada wallet anda dan juga akaun ATM anda.. hahahahhaha.. Sebaliknya, anda cuba beli jenama yang biasa-biasa sahaja dahulu dan lihat reaksi si manja anda.

2. Waktu makan

Baiklah, ini adalah penting kerana ia dapat melatih mendisiplinkan kucing anda agar tidak mengiau pada waktu yang kurang sesuai. Jumlah pemakanan sehari adalah berbeza bagi setiap kucing tetapi cubalah set kan agar kita dapat minimakan pemakanan kucing kita. Contohnya, 4-5 kali sehari adalah cukup untuk si manja anda kenyang sepanjang hari.

Kuantiti yang saya peruntukkan untuk kucing saya sekali makan adalah sebanyak dua cawan styrofoam untuk seekor kucing dewasa. Jadi kena buat simple math lah sikit disini. Kalau ada 5 ekor kucing di rumah, 2 cawan darabkan dengan 5 ekor kucing. Kalau dua cawan yang diberi masih ada lebihan, then anda boleh kurangkan kepada 1 cawan setengah sahaja untuk seekor kucing. Ingat, setiap kucing pemakanannya adalah berbeza.

3. Ikan segar/rebus/goreng

Buat pecinta kucing, kalau boleh elakkan daripada memberi si manja anda dengan makanan basah seperti ikan dan sebagainya. Ini kerana takut kucing anda tercekik pula. Kalau hendak diberi juga, pastikan buang segala tulang yang ada di dalam ikan tersebut dan cubit isinya kecil-kecil dan gaulkan dengan nasi putih. Kalau makanan basah yang dibuat khas oleh Whiskers tu tak menjadi masalah kerana biasanya tiada tulang. Nyum nyum!!

Baiklah setakat ini sahaja perkongsian saya di dalam blog pada kali ini. Semoga ilmu yang saya berikan bermanfaat kepada semua pembaca.

Sekian Assalammualaikum. Sayangi Haiwan Anda.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *