Tips Internship

Hai para readers sekalian,

Harini aku tergerak hati pulak nak share tips untuk mereka yang sedang intern. Sebenarnya waktu sebelum aku start intern ni, aku sangat laa gubra, cuak , takut dan macam2 perasaan yg seumpama dgnnya. Haaa semua benda laa aku rasa haha. Bila dah start intern, Alhamdulillah takde apaa “sangat” yang berlaku. Okay dipendekkan cerita (sebab sbnarnya aku bukan nak bercerita,just nak share tips ), aku sekarang masih intern di sebuah company di Pasir Gudang , Johor. Aku bagi tips ni pun atas apa yg aku alami spanjang aku intern dekat sini. Okay! Tipss nyaa adalahhhhh : (Jeng jeng jeng!)

1) Sentiasa Senyum, Humble and Jangan Sombong
Okay, ni paling basic sekali. Ini adalah benda yang pertama yang kau kena terapkan dalam diri kau dari first day smpai laa kau habis intern. Kenapa aku cakap mcm ni? Sebab first impression tu penting and bila dorang rasa senang tengok kau, confirm lepas ni dorang akan volunteer nak ajar kau apa2. Contohnya mcm aku, aku intern as engineer tapi aku rapat dengan technician. So, mereka yang technician selalu volunteer nak ajar aku itu and ini (and jgn underestimate dorang, walaupun dorang cuma spm/diploma; mereka ini banyak sangat pengalaman. Banyak benda boleh ditimba daripada mereka ni.

2) Cari Kawan Rapat
Haa yang ini ikut korang laa sbb sstgh org dia tak perlukan kawan rapat, semua dia hentam sama je. Jadinyaa semua suka dia. Bagus juga mcmtu. Tapi kalau mcm aku ni, aku memang perlukan kawan rapat sbb daripada situ aku, aku adaa kawan nak makan, nak borak, nak gosip hihi. and aku bernasib baik sebab ada juga student intern drpd u lain masuk company tu tapi lain department. Bukan sorang tapi 4 org. Jadi nyaa , kami berempat ni memang laa tersangat rapat mcm sama u pulaa.

3) Jangan Malu Bertanya
Memang tak dinafikan, apa yang kita belajar dulu sikit je yg kita apply dalam kilang/company yang kita join tu. So, bila sape2 explain kat kau, and kau tak faham pun apa yang dia ceritakan. Rajin2 laa bertanya yeee, jangan main angguk je pulak. Tunjukkan yang korang ni bersemangat and excited nak tahu apa yang diceritakan. SV sangat memainkan peranan penting waktu kita intern ni, kalau ada benda yang musykil; silalah refer sv korang tu.

4) Cari Kerja Jangan Duduk Diam
Tak tahulah company lain. Company aku intern ni, memang awal2 masuk takde kerja pun nak buat. So, pernah dua hari berturut2 aku termenung je dari pukul 8.30 smpai 5.30 pm. Mengira jam nak balik rumah haha. Then satu hari tu aku nekad, tanya je sape2 manalah tahu ada kerja nak buat. Mcm aku, aku kadang2 bahagian plant, kadang2 masuk office. So kalau kat office takde kerjaa, aku akan merajinkan diri pergi plant. Saja nak tengok2 tapi pastikan SV tahu laa. Kang dia kata kau mengular pulaa. haha

5) Jaga Batas Pergaulan
Zaman belajar tak sama dengan zaman bekerja. Ini kau kena paham. Dulu kita bercampur gaul dengan orang yang kebanyakkan single je tapi dekat sini, ada duda, janda, suami org, bini org. So, behave yourself. Waktu first masuk, aku tak terfikir pun aku akan jumpa suami org yang gatal ni semua. Tapi lepas aku sendiri mengalami, aku memang dah serik dah. And aku juga bataskan diri aku. Sape2 yang call/ws aku selepas waktu bekerja (maksudnya yg aku rasa ada niat menggatal), jgn harap aku akan reply. Nak2 yang menggatal tu, aku tak seen terus delete. Lepastu besok buat mcm biasa je ahahha. Lagipun, dorang semua tahu yang aku nak tunang, so paham sendiri laa mereka tu haha.

6) Kerja Pastikan Siap Ikut Schedule
Kadang2 ada org saja nak menduga kita, nak tengok kita ni serius ke tak buat kerja yang diberi. Kalau dapat kerja tu, siapkan laa ikut masa yang ditetapkan. Kalau dorang tak bagi schedule, siapkan laa secepat mungkin. Tunjuk your performance, mana laa tahu dapat peluang kerja terus kat situ. Kan rezeki namanyaa.

7) Libatkan Diri
Yang ni penting jugak! Kadang2 SV kau sengaja nak bawak kau masuk meeting, saja nak tengok kau ni menikus ke tak masa tengah meeting. Tak salah nak menikus masa meeting. Yelah, kita kan intern, nak2 yang baru masuk kan? Tapi kalau ada relevant suggestion or recommendation, apa salahnyaa kau ketengahkan, kan? Lepastu kalau ada yang mengajak pergi makan, tak salah pun kau involve. Tapi macam aku kata laa, pergaulan tetap kena jaga ye.

8) Cari Peluang
Sebelum habis intern, pastikan serahkan semua yang patut diserah (e.g: report, uniform, pass). Seminggu dua sebelum habis tu, risik and tanya2 lahh dekat korang punya SV tu. Cakap mcm ni. ” Saya berminat dengan apa yang belajar and dapat sepanjang saya dekat sini. Ada apa2 tak vacancy dekat sini? Kalau ada, saya ingat nak hantar resume saya sbb saya rasa bertuah kalau boleh take part in this company!” haaa buatlaa ayat mcm ni. Manalah tahu SV korang sendiri yang akan recommend korang kerja kat situ. Rezeki kita tak tahu kan? lagipun susah nak apply keje skrg ni. Why not kita guna peluang yang adaa kann??

Okay, ini sahajalahh apa yang saya nak share nih. Harap dapat laa membantu adik2 yang nak intern tu. Maaflah jika tips ini tak berapa nak bermanfaat. Thank you

– amilyaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit