Tips Interview 2017

Salam. Saya bekerja di sebuah Syarikat. bahagian HR. Ada banyak sesi interview yang saya dah lalui dan di sini saya nak bagi tips untuk tatapan semua bakal employees sekalian. Kebanyakan semua tips ni common sense tapi percayalah, 90% interviewee tetap tak praktikkan benda ni.

1) Jangan tunjuk sikap malu anda
Walaupun anda memang pemalu habis, tapi tolong la. suara kena la jelas. Tone suara anda mestilah yakin. Practise selalu depan cermin. Maintain eye contact dengan interviewer anda. Kebanyakan candidate, suara tu kalau boleh memang nak simpan sendiri ke apa. dah la perlahan, apa yang disebut pun tak jelas, siap tersekat-sekat lagi.

2) Kuasai bahasa Inggeris
Dah tahun 2017 ni wei, takde alasan kalau korang gagal dalam benda ni. Pelbagai cara nak kuasai English. Dalam internet tu berlambak. Tolong la rajinkan diri anda. Grammar tak perfect, saya boleh lah nak kasi chance, tapi kebanyakan saya jumpa, cakap ayat in basic English pun berterabur.

3) Jawab soalan dengan details
Bila anda ditanya soalan tu, jangan jawab secara generalized je, Anda bayangkan, yang candidate ada beratus orang, selalunya employer akan tanya soalan yg sama je untuk setiap candidate. Tapi bila semua jawab jawapan serupa bikin, sangat general, mana employer tak tension wei! Setiap soalan yg ditanya tu, employer memang betul2 nak input dari jawapan anda. Kalau general je jawapannya, input pun takde, budak tadika pun boleh jawab macam tu.

4) Research mengenai industry/company
YES. Paling penting tapi 99% tak buat benda ni. Anda datang interview tapi anda zero knowledge pasal industry tu. Ni bukan tahun 80-90an. Sekarang info semua ada kat internet. Jika anda setakat google alamat company je, better takyah la apply. Tunjuk la korang punya passion, minat anda terhadap company tu. Macam mana company nak hire, jika basic info pun korang ZERO?

5) Personality
Believe it or not, 9 out of 10 candidates yang saya interview akan jawab hobi dorang ialah membaca. Kita sekarang tengah interview untuk jawatan pengawas kat sekolah ke apa? Jika betul pun hobi korang membaca, korang langsung la takde effort nak elaborate benda tu. Just jawab sepatah je. Membaca, Come on, guys. Make yourself interesting! Shine your personality! Show em what you got! What differs you from other candidates!

Saya tak hairan kenapa ramai yang unemployed jika kualiti graduates kita memang sebigini rupa.

– hasni

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit