Assalamualaikum readers. Terima kasih admin siarkan post ni. Harap memberi manfaat kepada pembaca. Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dah barakahNya.
Saya akn tulis post ini sebolehnya dalam bahasa ibunda memandangkan ini confession BM. saya akan share seringkas yang boleh supaya pembaca dapat point2 yg penting
Kembali pada topik,interview biasiswa lepasan SPM. jadi, saya akan kongsikan kpd adik2 yg bakal mendapat keputusan spm tidak lama lagi.. Harap memberi manfaat serba sedikit.
Intro sedikit, sy seorang mahasiswa universiti di luar negara, minta doakan sy dan rakan2 disini menjadi pelajar dan muslimah berjaya dunia akhirat.
Sy cuba ringkaskan. sy telah menghadiri interview pada 2017. Antarannya MARA dan YAYASAN PENERAJU
(alhmdulillah saya berjaya mendapat kedua2nya tapi perlu memilih satu shja)
MARA:
-interview akan dibahagi mengikut sesi dan hari
-akan dibahagi kumpulan, satu kumpulan dalam 6/7 org. Berlainan jantina
-dikuarantin dahulu sebelum interview.ambil peluang waktu ni utk kenal rakan2 baru.. Bg yg berasal dari sklh harian, jgn cuak jika teammate anda dari mrsm, sbp, kluster,dan sebagainya.. Anda juga hebat kerana brjaya mndapat tiket utk interview. Berbanggalah!
-ada dua bilik interview.
Bilik pertama, diberi task bertajuk ‘role play’. Bagi kumpulan saya, kami diberi situasi flight terhempas dan trdpt watak seperti engineer , atlet, pregnant lady, dan sebagainya. Anda perlu melakonkan watak yg diberi dgn jayanyaa. Buang sifat malu!bagi kerjasama sepenuhnya. Sepanjang lakonan, panel ambik video so be active okay.
-setelah lakonan, panel akn tnya pendapat kenapa kita bertindak sedemikian. Beri hujah yg bernas dan matang!
-panel juga akn tnya tentang isu semasa. Be prepared!
Bilik kedua:
-calon perlu membina jet drpd bahan yg disediakan.
-then, explain kenapa kita buat sebegitu rupa(guna segala ilmu sains dan fizik yg ada dlm kepala otak)
If tak ingat, hentam sajalah labu….
-ada juga group yg perlu bina bridge yg kukuh berdasarkan bahan yg diberi.
-panel akan tnya soalan isu semasa lagi
-bilik kedua ni, ada 3 panel yg akn tnya soalan.
-jawab soalan yg dikemukakan dengan tenang dan yakin
-be active participant
Bagi yg memohon IB dan Alevel, akan ada ujian after interview
Yayasan peneraju:
-ujian komputer(objective questions)
Subject maths dan english..jawab dalam masa yg ditetapkan.
-interview (individual)
Basically, panel ada dua org.. Antara soalan yg ditanya
*kenapa pilih course ni
*apa aim anda 10 tahun akn datang
*kenapa kami patut memilih anda
*apa kelebihan dan kekuatan anda
*kalau tak dapat biasiswa ini, apa pilihan anda seterusnya
*isu semasa tentang course tersebut
*isu semasa negara(tentang zouk tak kot)
Dan bnyk lagi kemungkinan soalan
Serta interview dalam English yer, mohon get ready utk cakap as fluent as you can. Chaiyokk!
Highlighted tipss
-minta doa ibu ayah
-muslim:pakai pakaian sopan dan tutup aurat(beza ye tutup aurat dan balut aurat)
non Muslim : pakai pakaian yg bersesuaian
-senyum sepanjang interview. Jgn ketatkan muka(jgn pulak ketawa sepanjang interview, boleh direject sbb nampak mcm tak betul jee)
-buat research tentang course anda, tentang isu semasa, critical thinking, dan tentang company scholar tersebut. Misi, visi, siapa ketua pengarahnya dan sebagainya
-document yg diminta lengkap
Semak dokumen beribu kali pun takpee sebelum pergi interview. Penting!
-susun sijil2 mengikut tertib(boleh Google)
Main pointt:
Minta pada Tuhan, mohon diberi keyakinan dan ilham serta ilmu yg bernas untuk menjawab setiap soalan. Juga berdoa, jika biasiswa ini terbaik untukku, takdirkan ia untukku, jika sebaliknya, beri aku keyakinan bahawa takdirmu lebih indah drpd segala yg aku inginkan. Zikir bnyk2 sepanjang dalam kereta ke tempat interview supaya hati lebih tenang dan kurang nervous.
Tuhan melihat hambanya yg berusaha dan bertawakal.
Take note, ini ialah pengalaman saya interview tahun 2017.mungkin terdapat perubahan pada thun ini.
Harap post ini dpt membantu serba sedikit pd adik2 luar sana.dan kpd readers yg ada pendapat dan sharing, bolehlah comment utk bantu adik2 kita
*Dan kpd yg ingin bertanya soalan yg berkaitan entry ini , boleh komen ‘saya ada soalan’ serta letakkan account instagram anda(nyatakan profile pic sekali yee supaya tak salah org) , insyallah saya akn dm di instagram sekiranya terlihat comment ada dan ada waktu free. *
#komenyangbaikbaik
#cakapyangbaikbaik
Maaf jika terdapat salah silap dalam penulisan ini
Wassalam..
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit