Assalamualaikum semua. Dah lama tak hantar confession, my last one was ‘Menteri Kewangan Keluarga’ (https://iiumc.com/menteri-kewangan-keluarga/) in 2017.
Baru-baru ni terbaca pasal kisah mak-bapak gred 54 + adik-beradik doktor pun duk ratib ‘takde duit, takde duit’, tu yang trigger nak menulis balik. Macam biasa, siapa yang tak tahan bahasa rojak boleh skip confession ni. Oklah berbalik kepada tajuk asal, tips untuk jadi kaya. Sila baca dan jangan lari.
1. Ubah mentality tentang maksud ‘kaya’. Dari apa yang diajar oleh ibu-bapa aku, KAYA ialah CUKUP. Cukup makan, cukup pakai, cukup sihat, cukup duit. ‘Kaya’ ialah sangat subjektif. Even orang yang dah ada harta berjuta pun, bagi aku mereka adalah tetap miskin kalau mereka masih struggle nak tambah harta.. Menjadi kaya ialah merasa cukup, kalau ikut orang putih, CONTENT.
So tahap jadi ‘kaya’ ni berbeza-beza, ikut benchmark masing2. Dan cara untuk paling cepat menjadi kaya ialah merendahkan benchmark sendiri. Ada kereta yang boleh diharap, ada rumah untuk berteduh, tak payah risau kalau nak renew roadtax, ada simpanan untuk kecemasan, etc etc. Cukup. Bahagia. Tak perlu kereta mewah baru merasa cukup, atau ada banglo besar istana baru terasa kaya. Kalau mampu, silakan.
In fact, kalau kau dah rasa CONTENT, kau dah tak sibuk dah nak kelebet orang lain pakai duck ori ke tak. Kau even dah tak heran pun kalau orang lain duk tayang barang-barang branded. Sikit pun tak rasa nak tayang sekali walaupun kau mampu/ade jugak. Sebab kau dah mencapai di satu tahap yang kau dah rasa fulfilled. Satisfied. Cukup. Nothing to prove. Tak perlu tayang apa-apa. Boss-boss aku walaupun gaji dah puluh-puluh ribu sebulan rilek je maintain duk rumah teres dan kekal berbini satu. Kau ingat diorang ada masa nak sakit kepala pikir janda muda lain?
2. Ubah mentality tentang maksud ‘mampu’. Setakat boleh bayar ansuran bulanan, tak semestinya kau mampu. Bagi aku istilah mampu tu ialah kalau kau pakai BMW, and BMW kau tersagat di bahu jalan, kau masih boleh pergi baiki tanpa perlu mengikat perut atau minta dipayung (ni contoh je). Aku pernah dulu, time bawak kereta perodua baru 2 bulan dah ade motor yang langgar.
Masa tu memang terasa remuk hati, seremuk bumper kereta. Tapi ada sahabat pesan, jangan jadi hamba kereta. Semua barang, adalah tetap barang. Kita beli dia untuk berkhidmat untuk kita. Tapi kalau beli kereta mewah (contoh) sampai kita sanggup menyusahkan diri pergi ‘selimut’ malam2, caci maki orang lain bila tercalar/etc, semua dah terbalik. Macam kereta tu pulak tuan kita, dan kita berkhidmat untuk dia.
3. Fahami maksud sederhana. Sederhana bagi seorang raja mungkin naik commercial flight tp dibahagian 1st class (kalau tak sederhana naik private jet). Sederhana bagi seorang CEO mungkin naik commercial flight tapi duduk di economy class. Sederhana bagi seorang doktor mungkin bawak Proton instead of Honda.
Jam Tag Hauer mungkin biasher-biasher bagi anak raja, tapi priceless possession bagi general manager. Maksud sederhana bagi aku, live lower than your means. But everyone has a different means. Jadi jangan bandingkan benchmark kau dgn benchmark orang lain, it’s not as straight forward. Jadi marilah kita bersederhana dalam kadar masing-masing, dan tak usahlah perasan zuhud sorang-sorang.
4. Niat sedekah. Semua benda, niat macam ni. Baru kau rasa tenang. Sebab kalau kau terlebih bayar bila kau niat sedekah, hati kau akan lagi gembira. Jangan risau terlebih bayar bila kita mengupah orang untuk potong rumput atau kemas rumah, jangan risau rezeki kita akan berkurang kepada mereka.
Percayalah bahawa ‘keadilan’ Allah takkan tercapai oleh minda hamba macam kita. Lagipun apa yang kita miliki sekarang juga adalah pemberian Nya. Bila-bila masa boleh ditarik semula. Selalu doa supaya tidak dianiaya, dan tidak menganiaya. Sebab diantara dua perkara ni, gap dia sangat halus. Selalu ambil tahu jika sesiapa yang perlukan bantuan. Kelengkapan sekolah anak2 orang lain, duit belanja, etc. Ambik cakna dan bantu mereka. Itu tanggungjawab kita.
Oklah, dah kena stop sebab waktu rehat dah habis. Huhu. Bye korang. Jangan stress sangat tengok cerita Nur tu. Jadi macam aku ni haa, tengok My Kitchen Rules je. Haha.
– Biskut Oat
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit