Tips Jadi Penganggur Berjaya

Haa rare sikit tajuk ni. Selalu orang bagi tips cari kerja lah, tips interview lah, tips naik pangkat semua… Hari ni aku nak cerita pasal tips menganggur. Aik? Menganggur pun ada tips? Nak tahu tips nya? Meh baca. Tapi panjang sikit lah eh. Kat bawah sekali ada part annoying.

Kalau dah nama menganggur tu dah tentu-tentunya kita tak ada buat apa-apa kat rumah kan… Bagi yang suka melepak, mungkin dia akan selalu keluar rumah. Bagi yang suka duduk rumah, dia jadikan rumah tu macam gua. Masuk tak keluar-keluar dah. Lepas tu dengar mak membebel, lepas tu stress (lps tu buat confession kat iiumc. Kah!)

Jadi kalau tak nak stress dan tak nak dok saje buang masa, apa kata pagi-pagi tu lepas subuh rajin-rajin lah masuk dapur tolong-tolong mak apa yang patut. Buat sarapan, buat air, beli sarapan dekat kedai..

Kalau tak nak masuk dapur dengan alasan orang lain boleh tolong mak, haa cari la apa-apa kerja yang boleh dibuat. Menyapu ke, buang sampah ke, basuh baju ke, siram pokok bunga ke, banyak benda sebenarnya boleh buat.

Eh malu lah kalau orang muda lebih-lebih lagi anak dara malas nak buat kerja rumah. Tido pukul 2 pagi sebab melayan instagram, bangun pukul 11 pagi dengan air liur basi, rambut dah macam Mak Lampir.

Masuk dapur tidak, tau-tau makanan dah sedia. Tinggal nak ngap je. Habis makan tak nak basuh pinggan. Pastu nak hantaran 20k. Nak lelaki yang boleh membimbing ke arah kebaikan. Bila mak bapak sendiri bimbing, tau pulak nak marah. Ehh membebel pulak aku.

Dah tengahari, kalau kata tak pandai masak, tolong lah cuci-cuci pinggan mangkuk besen periuk kuali entah segala apa yang mak kita guna dekat dapur tu. Kalau pandai masak lebih baik. Suruh mak rehat, kita masak lah. Lelaki pun boleh tolong masak.. Jangan malu. Ramai je lelaki yang lebih hebat memasak dari perempuan. Kalau tak, tak ada lah bila sebut je chef kita terus terbayang lelaki, kan?

Okay dah petang pulak nak buat apa? Kadang petang ni kita relax sikit. Rehat je la. Kalau rajin buat minum petang tiap-tiap hari, buat lah. Mengemas ke, jahit baju ke, buat diy apa-apa ke, sapu daun kering dekat luar rumah ke… Terpulang korang lah nak buat apa petang-petang ni.

Malam mandi. Ada yang cakap jangan mandi sebelum pukul 12 tengah malam, ni aku tak tau lah. Malam biasa santai-santai je. Tengok tv, lepak-lepak. Tidur awal, esok boleh bangun Subuh awal-awal. Dan repeat benda tu tiap-tiap hari.

So ni tips umum je. Sebagai penambahan untuk yang Muslim, kalau nak buang masa dengan lebih lama boleh ambil tips ni.

Bangun Subuh, buat solat sunat fajar dulu sebelum solat Subuh. Habis solat, mengaji, lepas tu baca Yasin. Untuk Zohor, lepas solat, mengaji, baca Al-Waqiah. Lepas Asar pulak, mengaji, baca Ar-Rahman. Maghrib, ngaji, al-Waqiah, ad-Dukhan. Isyak, ngaji, As-Sajjadah dengan Al Mulk. Yang lepas solat tu, korang pilih lah nak buat dua-dua atau salah satu. Buat dua-dua, lebih baik..

Sebelum berdoa tu, lepas bagi salam korang wirid lah lama-lama. Selawat 11 kali, tasbih tahmid takbir 33 kali, baca ayatul Qursi, baca selawat Ibrahim, wirid lah apa-apa. Buang masa macam ni kan best. Dapat pahala banyak.

Di samping tu selalu-selalu lah berdoa mudah-mudahan dapat kerja yang elok. Rajin-rajin lah isi mana-mana kerja kosong. Sementara nak mencari kerja tetap tu try lah cari sekolah-sekolah yang ada amek guru ganti ke apa ke. Jadi rider FoodPanda ke, Grab driver ke..

Kalau kata tak suka nak kerja sementara dekat luar, tak suka berpanazz, korang buat dropship. Senang kan untuk yang tak ada lesen, tak payah bergerak ke mana-mana, tiba-tiba je dapat duit. Kalau ada lesen ada duit sikit, boleh jadi ejen. Buat photobook, pixajoy..

Takpun berniaga dekat shopee ke… Jual la apa-apa…Shopee senang sikit sekarang nak berniaga. Jual e-book ke pun okay. Ada juga kan duit masuk walaupun sikit. Jual diri jangan lah. Tampo kang.

Banyak benda sebenarnya boleh buat waktu menganggur ni. Antara nak dengan tak nak je. Manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Kita tak tahu sampai bila Allah nak bagi waktu kelapangan macam ni kan. Ingat, setiap benda yang jadi ada hikmahnya tau. So jangan mengeluh.

Untuk anak dara sekalian, jangan lah tahu nak bermakeup je sentiasa. Buat tutorial dekat Instagram semua. Pastu main twitter.

“Hi guys, so i ada cerita sikit la nak cerita. There was a time yang i feel so insecured tau dengan sorang lelaki ni. Bila tengok muka dia i was like, oh my Gosh, baiknya. Tapi u know what, ugh i nak cerita pun i ******* lemas. Sekejap nanti i sambung, tengah drive.”

Yang star tu censored sebab menyumpah. Hahah.

Setakat tau nak cantik tau nak famous tapi tak tahu apa-apa kerja rumah pun tara guna juga. Bilik tu kemas lah. Rumah kemas kan elok-elok jangan bersepah. Tak kan nak tunggu mak juga nak buat semua. Nanti kahwin, tiba-tiba bercerai, buat thread dekat twitter lagi pasal bekas suami

“You guys ingat tak lelaki yg i cerita buat i feel insecured tu? Actually ogos tahun lepas we are married. Tapi there is something happened between us. I be like shocked giler babe dengan apa yang jadi. Kalau nak i sambung, cukup 20rt i sambung”

Well aku takde twitter. Tapi aku dah khatam ilmu ketwitteran tu. Hahaha. Dah tu je lah tips yang aku nak bagi. Sori membebel sikit. Belajar buat kerja rumah dulu okay baru nak hantaran 20k. Jangan malas-malas. Jadi lah penganggur terhormat. Wakanda forever!

– Rumahku Hijau (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *