Tips Jaga Kulit

Assalammualaikum semua. Aku perasan macam akhir akhir ini IIUM Confession ini dah tak macam dulu huhu. Macam jadi trend cerita suami/ boyfriend/ tunang curang.

Tak dinafikan ada sesetengah luahan yang aku boleh rasa ianya ‘real’ dan ada juga luahan yang aku rasa macam ‘fake’.

Apa pun bukan itu yang aku nak ulas, hari ini aku nak kongsi beherapa tips yang aku sendiri cuba untuk jaga kulit aku yang dari dulu berjerawat aktif dan sampailah tinggal parut parut pudar sahaja.

Dah banyak kisah berat kan, ayuh kita santai santai pula dengan penulisan kali ini.

Kalau ada pembaca yang nak tambah tips di komen pun dipersilakan.

1. Rutin Penjagaan Kulit Muka

Dulu aku buat aku kumpulkan semua skincare yang aku ada, aku susun, mana cleanser, mana moisturiser, toner serum dan sebagainya, dan aku tukar rutin aku kepada 3 langkah asas sahaja iaitu Cuci/Hydrate/ Protect(Sunscreen).

Pada aku kan, tak kisahlah pun kau nak pakai skincare brand apa sekali pun, asalkan kau faham isi kandungan skincare tu. Mari aku ajar cara untuk kau baca isi kandungan dia.

Yang pertama, tengok dekat bahagian belakang produk, yang disebut awal awal tu, maknanya lagi banyak lah dia punya percentage dalam produk tu sambil diikuti dengan ingredients yang seterusnya.

Contoh: Glycerin, alcohol, aloe vera, ………… fragrance… maknanya alcohol dia agak kuat sikit dalam produk tu, jadi tak digalakkan untuk orang yang kulit kering sebab akan lagi mengeringkan. Something like that.

Cara kedua, ada certain produk dia tulis dalam bahasa Jepun atau bahasa yang kita tak faham, jadinya, pergi ke website insidecoder untuk baca ingredients produk yang nak dibeli tu.

Website ini bagus juga sebab memang dia ajar satu satu ingredients mana yang okay, mana yang tak okay.

Soalan : Macam mana nak tahu skincare tu sesuai tak dengan kulit?

– Kena buat patch test, better beli trial set dulu then cuba apply pada bahagian rahang ke, tengok ada tak reaction. Kalau okay,tak ada gatal gatal, merah ke ha okaylah tu. biasa aku buat macam tu.

Aku cuba dalam seminggu kalau tengok kulit tak gatal, kulit lagi lembap dan lembut ha maknanya aku sesuai lah tu. Ada sesetengah produk yang bila aku pakai terutamanya pelembap, ada yang buat kulit aku cepat berpeluh, berminyak, gatal.

Bila dah ada tiga benda ini (Pencuci, pelembap, sunscreen) + makeup remover/ cleansing oil, kena konsisten jaga rutin sampailah yakin yang benteng kulit (skin barrier) kita itu dah kukuh. -lembap/ tak merah merah/ tak gatal/ tak naik jerawat baru or rashes ke/ lembut bila pegang

Bangun pagi – cuci muka, pelembap, sunscreen

Malam nak tidur – cleansing oil, cleanser, pelembap

2. Kenal kulit kita

Yang bahagian ini memang sangat sangat tricky. Macam aku kulit aku jenis berminyak + kering + normal + berpeluh. Ha macam mana tu haha.

SubhanaAllah ciptaan Allah yang menjadikan setiap kita berbeza bukan. Macam mana nak tahu kulit jenis apa? Cuci muka lepas tu biar dia kering.

Kemudian, tunggu dalam dua jam macam tu, pergi ambil tisu putih yang boleh ceraikan dua helai lapisan tu, carik carikkan dia dan tampal dekat dahi, pipi, dagu.

Tengok yang mana jatuh dulu tak sempat nak melekat sekejap saja pun tu maknanya situ kering, kalau dia macam melekat kejap lepas tu jatuh maknanya situ normal, kalau dia stay dekat muka maknanya situ berminyak.

(Boleh cuba tengok youtube Puan Mary glowwe beauty tak silap- aku pun baru belajar situ hoho).

Bila dah tahu jenis kulit, baru mudah nanti nak pilih skincare apa yang sesuai. Ha begitu.

3. Persekitaran

Yang ini memang nak kena jaga betul betul. Kuku kena bagi pendek, cadar alas bantal selimut, anak tudung tuala, semuanya kena basuh berkala, aku biasa basuh dua minggu sekali hoho.

Okaylah tu kan, ke kena kerap lagi eah. Huhu duduk seorang banyak benda kena jimat zaman sekarang ini hoho.

Pastikan rajin rajin bersihkan rumah, jangan tunggu dah berhabuk bagai baru nak dibersihkan, walaupun tak nampak habuk berterbangan ke apa, sapu saja, kalau rajin mop sekali.

Yang paling penting, janganlah dikau memegang mukamu dengan jari jemari dan tapak tanganmu. Ha begitu. Itu mungkin faktor penyebab kepada masalah jerawat dekat muka kita.

4. Pemakanan

Jeng jeng jeng. Yang ini tricky juga. Bab manis, dairy products, makanan fast food, berminyak bergoreng semua kurangkan. Susahlah kalau nak bagi tak langsung kan, tapi kurangkan.

Yang 3 in 1 ke 10 in 1 ke kan, kau haramkan ceh. Sebab aku perasan bila aku banyak minum manis makan manis ke, ha mulalah naik jerawatnya toink toink toink.

Lepas tu banyakkan minum air masak, untuk pastikan kulit sentiasa terhidrat, banyakkan makan buah dan sayur. Aku pun tak adalah gemar sangat sayur kan, tapi aku suka carrot dengan timun, haa kalau makan ke memang aku akan potong timun tu buat lauk. Pilihlah buah dan sayur apa yang korang suka makan.

Tak suka semua tak apa, tapi jangan tinggal semua. Bukan suruh jadi lembu makan benda hijau saja huhu.

Kena pandai kawal diet, jaga makan, kena bersenam, sekurang kurangnya jalan jalan petang ke, biar toksin badan kita tu keluar dngan cara kita berpeluh. Kau akan perasan kulit kau akan nampak lagi ‘glow’ dan lebih muda.

5. Banyakkan membaca dan cari ilmu

Aku dulu suka pakai skincare tukar tukar. Kalau aku tengok orang tu pakai yang ini okay aku pun pakai yang itu tapi tak ada ilmu. Huhu.

Lepas tu aku banyakkan tengok youtube, baca baca article, dan Alhamdulillah sangat membantu dalam proses pencarian skincare yang bersesuaian dengan tujuan dan kulit.

Boleh cuba tengok youtube Dr Ingky, Glowwe Beauty, Liah Yoo, rasa ada lagi tapi tiga ini lah yang aku selalu refer. Liah Yoo ini pun dia memang ada masalah jerawat dulu, sampai lah dah sembuh sekarang.

Aku tak ada apa apa keuntungan tau promote mereka bertiga ini, cuma aku rasa channel mereka sangat bermanfaat untuk orang lain, jadi aku kongsi di sini.

Oh ya, kalau nak cari skincare, kena tahu juga ingredients apa yang kita nak ada dalam tu.

Contoh kalau macam aku sekarang aku nak pudarkan parut, aku cari yang ada Alpha Arbutin, Niacinamide, Glycolic Acid, Glycerin (Kuatkan barrier) dan macam macam. Yang ini kena banyak membaca.

Cuma sejak pandemik inilah, kena pakai mask kan, aku faham saja kalau orang yang kulit sensitif lagi lah struggle dengan jerawat, lagi lagi bahagian rahang, aku pun sama, aku cuma tengah kuatkan skin barrier saja sekarang, harap harap dia akan okay.

Kalau ada yang boleh kongsi dekat komen nanti tips untuk maskne (mask yang lembut dan sesuai untuk sensitive skin).

Apa pun, jangan putus asa. Lambat laun, semuanya akan berakhir. Ada jerawat ke parut ke, tak buatkan kita kurang cantik pun. Kita semua tetap cantik.

Cuma ujian kita semua berbeza, ada ujian orang kita boleh nampak dekat muka, ada yang kita tak nampak pun kan. Mesti ada hikmah punya.

Be positive always. Yang penting biar cantik luar dalam. Jangan cantik luar saja, tapi dalam tak cantik. Biar rupa dan akhlak kita seiring menyenangkan hati orang sekeliling. Apa guna berwajah bak bidadari tetapi dimurkai…

Semoga bermanfaat untuk semua. (Kalau ada tersilap info mohon yang lebih arif tolong perbaiki). Terima kasih semua.

– Safura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *