Tips Kekal Tenang Dan Cari Bahagia Diri Walaupun Dalam Kesulitan Rumah Tangga

Aku seorang yang berkerjaya. Seorang perempuan muka macam orang kata sekali pandang macam Hanis Zalikha. Orang la kata aku iyekan aje..

Alhamdulillah Allah kurniakan tiga orang anak yang comel-comel. Mempunyai seorang suami yang bertanggungjawab, penyayang dan sangat baik.

Sebenarnya malas nak cerita pasal rumah tangga tapi mungkin ada yang mempunyai pengalaman yang sama atau baru nak berumah tangga dapat sesuatu daripada luahan hati aku ni.

Aku dan suami PJJ tapi setiap minggu dia pasti akan balik rumah dan uruskan segala hal, daripada baiki rumah, basuh bilik air mop iron baju sekolah anak semua dia akan buat bila dia balik. Dia kata takpelah aku dah urus anak lima hari biar 2 hari ni dia urus semua.

Dan aku ok dan bersyukur sangat punya suami yang sangat memahami. Aku tak pernah putus doa semoga kami dimurahkan rezeki duduk sebumbung.

Tapi macam biaselah langit tak kan sentiasa cerah, rumah tangga kami diuji dengan orang ketiga yang dekat dengan dia. Hmm dah banyak sangat kes ni kan. Tapi laki aku ni baik, dia minta maaf dan mohon aku terima kekasih hati dia sebagai madu aku.

Aku macam biasalah seperti perempuan-perempuan yang disakiti, tapi kekal tenang. lakukan sesi soal siasat dan tahu perempuan tu bukanla dikalangan yang sesuai dibuat madu. Dan kenapa aku cakap begitu, hanya aku, lakiku dan Allah je yang tahu.

Jadi lepas jadi detektif conan aku minta laki aku tinggalkan perempuan tu dan laki aku setuju.

Tiga minggu aku trauma dan rasa insecure habis semua aku ubah diri aku untuk laki ku kembali suka kat aku. Tapi bab hati ni Allah je yang boleh kawal kita ni hanya boleh berusaha.

Lepas kejadian tu laki aku baik usaha minta maaf dan nampak usaha dia untuk tebus kesalahan dia,

Tapi aku nampak laki aku struggle sangat nak lupakan kekasih hati dia sampai suka menyendiri dan aku silap juga sebab ikutkan perasaan aku yang sedih putus cinta lupa laki aku pun sedang putus cinta.

Ada satu masa tu dia memang cakap dia nak lari dari masalah dan terdetik kat hati dia nak tinggalkan aku tapi dia cepat-cepat lawan.

Aku macam biasa kecewa sedih berbelas tahun kenal, yang beberapa bulan kenal yang menang. Tapi aku redha ini jalan hidup aku, aku harus pandang depan dan fikirkan anak-anak.

Jadi untuk yang bersedih dan rasa kosong, kecewa, anxiety aku kongsikan sedikit la 10 aktiviti aku selama aku jauh dengan laki aku sebb kitorg pjj kan aku buat beberapa perkara macam kat bawah ni utk lupakan rasa sakit hati rasa marah rasa kecewa:

1. Solat jemaah dengan anak-anak aku yang comel.

2. Ngaji sama-sama dengan anak-anak.

3. Cari ilmu agama, dengar podcast ustaz Wadi Annuar, Hannan Attaki, Dr Maza dll.

4. Bangun malam doa Allah bagi aku kelembutan dalam harungi ujian. Allah takkan tinggal kita itu yang aku zikirkan dalam kepala.

5. Berlari/ buat exercise- orang kata alang-alang takde selera makan bolehla turun sikit berat.

6. Sibukkan diri dengan kerja kat ofis, kalau orang bagi kerja aku amik semua kerja aku sapu.

7. Beli barang- barang reward diri macam tudung ke, baju ke.

8. Cuba tidur secukupnya, kesian anak-anak2 mak mata panda + bengkak kan tak cantik nanti.

9. Cari circle yang baik-baik.

10. Cuba sedapa upaya menutup aurat.

Ok itu ajela sedikit luahan dan pengalaman hidup. Korang doakan lah aku kuat dan laki aku dapat lupakan kekasih hati dia. Sebab aku tak sanggup anak-anak aku hidup dalam keluarga berpecah disaat mereka masih kecil lagi.

Aku sanggup tunggu laki aku sampai dia suka kat aku balik, walaupun kalau aku dah takde lagi nanti.

– Cintaku bertepuk sebelah tangan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Betina yg laki ko gilakan tu tentu jenis menutup aurat jugak kan?
    Aku rasa ko ni buat2 kuat aje padahal kat dlm nak meletop
    Laki ko tu nafsu jahat tapi ko terima juga dia

  2. Kadang2 benar juga, perempuan ini nmpak je ‘kuat’ & tabah, sebenarnya kta lemah & rapuh di dlm diri.. walau mcmne pon, yg pasti, Allah xkan ‘uji’ kira jika kita x ckup kuat ytk mnghadapi ujian itu.. bagi lelaki pulak, kekuatan sbenar ialah : melawan hawa nafsu (& syahwat), ketika tiada isteri yang ‘halal’ di sisi.. dan di situ lah mrk sering ‘tewas’.. konon nya sunyi, atau terlebih peramah atau tah apa lg ‘reason’ yg logik pd mrk, yg penting, nafsu mrk dpt dilayan n bla keadaan memaksa atau dah x ‘terkawal’, mrk akn cari jln kluar, dgn cara “poligami”, sbb nk tinggalkn dh sayang, or worse, dah ‘terlanjur’.., n pihak sana pon akn tuntut dan ugut, semua utk ‘maruah’ dan ‘gantirugi’ nya selama ini.., tanpa mereka sedari bhw jalan yg ke depan nt tambah ‘berliku’ dan ‘bercelaru’.. bg isteri (& juga suami), walau pon perasaan msg2 sudah tidak spt mula2 kawen dlu, hidup perlu diteruskn dlm keadaan kputusan yg dipilih.. ank2 akn terkesan ats apa jua situasi nya.. kalian lah yg bnyak ‘mnyumbang’ kpd mse depan & hubungan dgn mrk.. bak kta org, hidup berumahtangga ni ibarat belayar di lautan, adakala nya ‘tenang’ shj, ada mse yg lain, cuaca buruk, laut bergelora, dan ribut melanda.. so pandai2 la kalian nk mngemudi bahtera, terutama nya nakhoda kapal, (suami), ank2 kapal slalunya ikut ‘arahan’ je, kecuali lah mrk nk ‘terjun’ ke laut, mngkin krn ada ‘lanun’ yg dtg utk menceroboh kapal yg telah dikemudi sekian lama.. bgi yg terjun, ‘untung sabut, timbul.., untung batu, tenggelam..” begitu la hukum alam.., dan kehendak yg maha berkuasa, kita sbg insan, hanya mampu brusaha n berdoa yg terbaik.. wallahu a’lam

  3. 2 hari je dia berlakon insaf dan putus cinta. 5 hari lagi sambung galak bercinta. Aneh sungguh, yang dicurangi pulak yg kena dekatkan diri kt Allah. Yg curang, rileks2 je kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *