Assalamualaikum semua. Untuk ruangan entri kali ni saya nak share tips bagaimana saya mendapat kerja kerajaan. Alhamdulillah saya baru menjawat jawatan dalam unit uniform walaupun dari gred yang rendah. Rezeki dan penantian saya selama bertahun. Dan sekarang sekali lagi saya melepasi tahap tapisan kelayakan dari pihak SPA untuk jawatan yang lain dan gred yang tinggi sedikit.
Sungguh tak sangka, sedangkan dulu betapa struggle nya saya dalam mengisi borang SPA tanpa ilmu. Hanya mengisi semua jawatan semata-mata ikut suka dan update hanya setahun sekali. Kemudian saya hairan dan frust kenapa saya tidak layak tapisan sedangkan saya mengisi mengikut piawaian dan kehendak pihak SPA, rupanya saya silap mengisi.
Okay, ini tipsnya di bawah :
1) Follow dan set see first untuk page Fb Suruhanjaya Perkhidmatan Awam , ini penting untuk anda tahu jawatan mana yang sedang kosong sekarang dan sesuai dengan kelayakan akademik anda, dan pastikan tarikh jawatan kosong tersebut masih lagi tidak ditutup.
2) Kemudian buka website SPA dari talian internet anda dan update jawatan yang sedang kosong dari page SPA ke dalam borang SPA anda. Dan jika jawatan lain yang baru di update dari page SPA itu sesuai dengan kelayakan akedemik anda, anda buang satu jawatan yang anda rasa lambat di untuk dibuka kekosongannya di borang SPA dan tambah jawatan baru tersebut di ruangan jawatan anda kembali. Oh ya, anda boleh mengisi sehingga 15 jawatan.
3) Jika anda mempunyai tahap kelayakan sehingga SPM sahaja anda layak untuk memohon jawatan taraf PMR dan SPM. Jangan pandang sebelah mata untuk jawatan PMR ya, kadang-kadang jawatan tersebut paling popular dan sentiasa terbuka kekosongannya. Walaupun gaji sedikit tendah tapi tak mengapa asalkan anda kerja kerajaan. Nanti bila sudah menjawat jawatan dalam kerajaan anda boleh memohon untuk jawatan yang gred tinggi sedikit.
4) Dan jika anda mempunyai tahap pendidikan selain dari SPM, anda tidak layak untuk memohon jawatan dari PMR dan SPM, ini kerana sistem SPA tersebut sudah mengunci untuk jawatan taraf PMR dan SPM kerana anda tidak layak memohon jawatan taraf yang rendah.
5) Dan ini tips penting buat yang pertama kali mengisi borang SPA, jika anda mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dari SPM, saya sarankan anda isi untuk tahap pendidikan anda sehingga SPM sahaja. Ini kerana, jika bidang yang anda ambil itu sukar mempunyai kekosongan, peratus untuk anda menjawat jawatan awam dan mendapat penggilan SPA sangatlah sukar.
Pejamkan mata seketika jika anda memandang enteng untuk jawatan taraf rendah seperti PMR. Itu lebih baik dari anda tidak mendapat jawatan langsung walaupon sekecil2 jawatan. Asalkan jawatan kerajaan dan tetap itu sudah memadai.
6) Pilih jawatan yang anda rasa sentiasa kosong dan tidak popular. Dan jangan pilih jawatan yang anda suka. Ini kerana jawatan yang anda suka kemungkinan jarang dibuka kekosongan.
7) Kemaskini sekurangnya borang SPA anda sebulan sekali walaupon tarikh luput borang ada setahun. Ini tips saya setelah bertahun tahun tidak mendapat walau satu panggilan langsung.
8) Akhir sekali, doa dan tawakal.
Sekian untuk tips saya, dan untuk kali yang lain saya share tips untuk menduduki ujian penilaian dan temuduga dari SPA pula. Wasalam…
– Y (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit