Assalamualaikum semua, bersiaran kembali, hehehe. Terpaksa saya buat volume II sebab nak bagi pencerahan sedikit. Terima kasih kepada pengomen pengomen confession saya dahulu, pahit ke manis ke komen komen anda saya telan dan hadam bersama sirap. No big deal, haha..
Alah korang jangan lah stress stress, siap ada yang macam tak puas hati je bila saya buat confession haritu.hehe. pasal umpama saya tak layak je bagi tips,orang boros tapi nak bagi tip kewangan.saya confess tu sebab nak suruh korang amek pengajaran.bukan suruh amek hati sentap.hehe.terpulang pada korang, kalau korang rasa confession tu tak sesuai untuk korang, korang abaikan je. No heart feeling ok.hehe
Ramai macam tak percaya bila saya beritahu saya dah dapat gaji 8000 ke 10000 semasa umur 22 tahun. Saya tak tipulah korang semua.rezeki Allah bagi dekat saya masa tu, Alhamdulillah. Tapi masa tu saya bekerja sektor swasta,kalau kerja goverment memang takkan dapat dengan umur macam tu sebab kerja kerajaan dia bersistem,ikut pengredan tahap gaji. Kalau sektor swasta, diorang ikut skill yang korang ada, lagi profesional skill korang,lagi mahal laa gaji korang tu. Saya pernah jumpa orang bergaji 1000 sehari. Tapi yang bagusnya, brader tu humble je, takde nak kepoh sane sini,berlagak ke ape.tuan nya rilex je,ilmu tak lokek,senyum memanjang,bagus orangnya.nasib dia dah kahwin, kalau tak memang aku recommend dekat kawan kawan perempuan yang tak kahwin lagi, payah nak jumpa orang baik sekarang, hahaha.
Ni tips nak bagi gaji korang mahal, korang pergilah bekerja dengan company international, contoh korang kerja dekat singapura,gaji diorang bayar dalam matawang dollar singapura. 1 Sgd dah RM 3. Kalau gaji 1000 SGD kan dah RM 3000 tu. Tak silap saya, gaji penyapu sampah dekat singapura 850 SGD untuk permulaan. Dekat RM 2600 dah tu. Tu tak kira yang skill worker lagi. Ha pandai pandai laa korang kira.sebab tu lah orang Malaysia sanggup mengadap jem dekat pintu masuk Singapura tu, bayangkan naik motor pom boleh jem, pukul 4 pagi pom dah jem.hehe . Kalau nak gaji besar lagi, kerja direct hire dengan company oversea, diorang bayar rate Usd atau pom Pound sterling, tu lagilah masyuk. Atau kalau rasa peluang untuk anda bekerja macam tu takde, korang meniaga je dalam ebay yang guna rate Dollar Usd. Kalau kat lazada korang jual satu barang RM10, dekat ebay korang jual 10 usd. Banyak beza tu bila convert ringgit Malaysia. Dekat ebay tu macam macam korang boleh jual asalkan follow the rule, jangan korang pergi jual negara dahla, yang tu, memang kena ban terus hehe.
Pasal kahwin pulak, memang saya mintak diskaun dengan girlfriend.hahaha. sape tah yang komen dulu,cakap saya nak kahwin pom mintak diskaun,hahaha. Apa nak malu, bukan saya buat salah pun. girlfriend saya pom rilex je, korang ni macam tak pernah bercinta je, kalau sayang, semua ok. Lepas tu mestilah nak bawak sampai ke kahwin kan, nak ada keluarga. So kebetulan masa tu, tiba tiba datang akalan nak kahwin gap pulak tak sampai 2 bulan je dari tarikh nak buat majlis. Proses dokumen sebulan, pergi buat medical check up, cari orang nak jadi saksi, dan kebetulan saya dan pasangan memang dah pernah pergi kursus kahwin. Jadi smooth je prosesnya. Yang tak smooth bahagian hantaran, hahaha. Duit cash bagi orang pinjam belas belas K untuk buat modal perniagaan, duit lain simpan dalam bentuk sijil premium bsn. Proses nak jual ambil mase 45 hari baru release. So, tak sempat, bincang punya bincang, girlfriend bagi diskaun hahaha. Korang janganlah bash bukan bukan. Benda baik tak salah kita permudahkan, hehe. So far kami bahagia je ni, harap harap sampai ke syurga. Aamiiin, hehe.
Dulu kini dan selamanya, saya ni macam korang jugak, ada mase tengah selesa,ada masa tengah dalam masalah. itu normal lumrah kehidupan. Pernah je saya dulu, kerja buruh, kerja potong rumput, kerja parttime gaji hari , kerja gaji tak sampai RM 1000 sebulan. Gaji harian kadang RM40 – RM 50 sehari. Bukannya saya terus bermula dengan gaji besar. Cuma nak bagitahu, kita kena ada sistem simpanan. Walaupun ada hari tu, mampu letak RM 1 je dalam tabung, dia punya nikmat tu lain macam. Kita kena ajar berdisiplin dalam simpanan. Dari segi portion berapa korang nak letak tu, atas masing masing laa ikut budget korang sendiri.
Rasa tu mungkin dah menjawab persoalan persoalan pengomen haritu. Tapi ramai jugak ye yang jenis negatif vibes, korang buanglah sifat pikir negatif tu. Tak elok untuk kehidupan bermasyarakat. Contoh, korang nampak seseorang masuk Pub, dan ada sorang lagi masuk masjid, secara zahirnya memang nampak macam yang masuk pub tak elok, yang masuk masjid tu elok, tapi sebetulnya korang kena tengok pakai mata hati sekali, boleh jadi yang masuk Pub sebab nak pergi dakwah kawan yang duk dalam tu, dan boleh jadi yang masuk masjid tu nak mencuri duit tabung masjid. Ha, korang pikirlah sendiri. Masing masing dah besar, akal sahaja tak cukup,sifat ihsan pom perlu ada.
Okey Adios semua, Assalamualaikum…
– Mr Sirap
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit