Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan.
Sebenarnya ni first time aku tulis kat page ni sebab rasa terpanggil untuk kongsi supaya dapat bantu lebih ramai orang yang nak lulus sekurang-kurangnya peringkat pertama bagi peluang kerja kerajaan.
Tapi ni untuk Gred 41 ya, sebab yang tu saja pengalaman yang aku ada, untuk gred lain maaf sebab tak pasti macam mana soalan peperiksaannya.
Sebenarnya masa aku peperiksaan awal-awal dulu tu selalu GAGAL. Aku cuba kaji puncanya dan ini yang aku boleh kongsikan berdasarkan dua peperiksaaan gred S41 yang aku lulus, alhamdulillah:
1. Soalan seksyen A (Pengetahuan Am):
Soalan ni sebenarnya memang terlalu luas skopnya, cuba baca dasar dan pelan kerajaan, isu semasa, ambil tahu info agensi/kementerian yang dimohon,teknologi maklumat(Teknik ekspress:cuba ke laman web Bernama dan muat turun infografik berita, banyak soalan yang sama dengan isu-isu dari Bernama)
2. Soalan seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah):
Soalan ni memang perlukan fokus yang tinggi dan kebiasannya aku jarang nak sempat skor soalan ni sebab tak cukup masa dan aku jenis lemah matematik.
TAPI, lepas dah kaji, aku cuba sediakan kalkulator saintifik dan formula matematik PT3/SPM sebab banyak soalan yang minta kira pecahan, had laju, luas, jarak dsb yang perlukan kepantasan mengira.
3. Soalan seksyen C (Kefahaman Bahasa Inggeris):
Soalan ni wajib ada artikel yang kita kena baca dan ada lebih kurang 3 atay empat soalan yang berkaitan artikel. Tipsnya, cuba tengok soalan dulu baru cari perenggan yang tanya tentang soalan.
Selain tu, biasa yang wajib keluar mesti ada tentang antonim-sinonim, collective nouns, proverb (Teknik ekspress: cari nota grammar yang berkaitan, cetak terus atau bookmark kat komputer siap-siap supaya tak gelabah nak cari masa peperiksaan)
4. Kelajuan internet
Sebenarnya isu kelajuan internet ni salah satu faktor untuk lulus juga. Ada satu peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang aku jawab tahun ni ada isu sikit sebab kelajuan internet aku rendah pada masa tu. Jadi, tolong pastikan kelajuan wifi/hotspot pada hari menjawab tu laju.
5. Doa dan tawakkal
Doa dan tawakkal ni penting. Masa sebelun jawab peperiksaan tu sekurangnya buat solat dhuha (sebab sekarang jawab peperiksaan waktu pagi). Mohonlah agar dipermudahkan, diberikan ketenangan dan kefahaman yang baik. Niat yang baik pasti Allah mudahkan
Sebenarnya aku ulas ni sebab tengah menunggu keputusan temu duga jawatan yang aku mohon ni. Mohon doakan aku ada rezeki dapat dan kalau aku dapat jawatan tu, aku akan kongsi soalan am untuk hadapi temu duga pulak ya.
Maaf kalau ada tersalah kongsi, ni berdasarkan pengalaman saja tau, kalau yang lain nak kongsi pun aku alu-alukan dan tak pasti kalau format soalan ni akan berubah lagi kalau skim tetap ditukar ke kontrak macam ura-ura berita baru ni.
– Miss K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit