Tips Macam Mana Nak Jadi Su4mi Yang Terbaik

Assalammualaikum and hi semua.

Seperti tajuk di atas… Saya Azmi, bukan nama sebenar. Before I go talk about tajuk tu saya nak cerita tentang saya punya experience of life.

Actually saya duda yang tak sampai sebulan. Tu ler nasib saya. Tak sampai sebulan dah kena tinggal dengan isteri alasan dia tak bahagia. Tak sempat saya nak buat apa2 dah kena tinggal.

Okay done with the history…

Saya ni from bujang sehingga jadi duda muda ni. Saya sentiasa ada satu impian.

Saya nak jadi suami yang terbaik yang layan dan hargai isteri saya dengan sebaiknya. Sebab saya nak happykan isteri saya banyak2.

The reason why impian ni wujud sebab saya nampak how struggle my mom my sister selepas become a wife and how their husband treat them.

Mestilah ada goods and bads dia. So saya nak be the better version of husband untuk saya punya pasangan.

But before that just nak beritahu tak lama lagi saya nak kawin semula dah dengan sorang wanita yang pada pendapat saya. Saya beruntung sangat sebab dapat dia.

I don’t know why bagi saya dia cam terlalu sempurna. So saya berimpian nak buat dia rasa terlalu beruntung dan terlalu bahagia hidup bersama saya.

Saya dah tahu serba sedikit on how to be a best husband for my beloved future wife. Tapi saya rasa knowledge yang saya ada sekarang still tak cukup.

Saya nak minta tolong kongsikan pada saya layanan husband terbaik yang macam mana sorang isteri nak dapat dari suami diorang.

Setakat ni knowledge yang saya ada on how to be the best husband for my future beloved wife is:

1. Personal chef for her (preparing breakfast me, lunch we cook together dinner depend on the situation)

2. Personal driver (I nak sentiasa jadi suami “jom sayang” bila isteri ajak jenjalan ke mana2 tempat yang dia nak)

3. Duit pula saya nak dia handle or pegang semuanya termasuk duit gaji saya.

4. Morning hug and kiss, before go work hug and kiss, after work hug and kiss and before sleep hug and kiss.

5. Pillow talk and cuddling lot of time.

6. After solat nak berikan doa specific for her always with her seat in front of me. And muliakan dia selalu.

Setakat ni tu je knowledge yang saya ada. Tapi kelebihan saya. Saya soft spoken and susah giler nak marah.

Tolong doakan perkahwinan and hubungan saya kali ni bahagia dan Allah lindungi sampai syurga sebab saya nak sehidup semati sampai hari tua macam parents saya.

Dan saya nak bahagia banyak2 dengan pasangan saya sampai syurga.

And tolong sharekan dekat saya lagi banyak lagi tips yang as a husband saya perlu berikan supaya saya sentiasa dapat jadi husband yang limited untuk isteri saya.

Thank you sudi mendengar and baca confession saya. Saya harapkan pertolongan dari senior2 semua.

Sekian dan terima kasih..

– Azmi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *