Tips Masuk Universiti

Assalamualaikum. Saya harap idea saya diterima dan cuba dipraktikkan.

Status pelajar sekolah akan bertukar status kepada mahasiswa/i dalam masa terdekat. Jadi persediaan harus dibuat dari segi mental dan fizikal. Universiti memang lain sangat sangat dari sekolah. Dari segi environment, kawan kawan dan sikap kita sendiri.

So, kat sini ada lah sedikit tips untuk sesiapa nak masuk u. Boleh je apply untuk senior pon.

1) Family. Hakikatnya apabila kita dah duduk dekat uni nie, confirm kita akan sibuk dengan assignment, kerja grouping lagi. Memang nak spend masa dengan family tu akan terjejas sikit. So, kita yang kena susun masa kita untuk contact family kita. At least ada group whatsapp family yang ada diri kita, mak dan ayah. So aktiviti kita, diorang berdua dapat tau serentak. Takdelah ayah terasa hati sebab biasa akan share cerita dengan mak je.

Lepas tu, set satu masa/hari untuk call parents. Contohnya hari Rabu pukul 9 malam setiap minggu. Tak tahu nak cakap apa bila tiap minggu call? Buat buat Tanya khabar, ready lah satu citer menarik nak cerita, pasal kawan kawan.Pernah je rasa perasaan malu first first dulu. Tapi bila lama lama rasa rindu bila tak cakap seminggu.

2) Kawan kawan. Bila dah masuk uni nie confirm akan jumpa pelbagai orang dan perangai dari seluruh Malaysia. Menarik memang menarik, tapi kita kena pilih kawan sebaiknya;. Kawan yang sanggup berkorban untuk kita(ithar), Kawan yang ajak buat baik, Kawan yang ada untuk bagi semangat bila kita susah. Kita kena pentingkan kualiti kawan daripada kuantiti.

3) Study group. Belajar adalah sebab utama kenapa kita berada di menara gading. Letakkan keutamaan study dalam setiap perkara. Tidur,blur , tak faham dalam kelas itu biasa. Tak study itu luar biasa. So, jangan rasa terpinggir dan lonely. Join study group atau buat personal tutor dengan kawan yang pandai. Tapi lebih suka study group sebab boleh dengar kawan present. Jangan lebih 10 orang sebab nanti akan jadi geng gossip pulak.

4) Masjid. Tempat wajib pergi untuk mencari ketenangan. Tak percaya, tunggulah waktu nak dekat exam, confirm penuh. Tapi janganlah sampai macam tu sekali. Cuba spend masa kita untuk solat di masjid at least seminggu sekali. Bila nak masuk je, niat iktikaf(duduk dalam masjid) Mengaji, zikir, solat, tidur pon boleh. Dapat pahala free.

5) Berdikari dan berdisiplin. Kita dah tiada mak ayah yang akan pantau kita secara dekat. Semuanya kita dah boleh pilih. Jadual kelas kita yang susun sendiri. Bukan morning person, pilih kelas yang start lewat sikit. Kawan kawan pon kita boleh pilih. Dah kawan dua tahun, tiba tiba gaduh teruk. Jangan buang dia tapi ambik ia sebagai pengajaran. Jadual seharian kita yang susun nak buat apa lepas ni lepas tu. Beli planner akan bantu kita susun masa, jangan biarkan planner bersusun kat almari je. Hehe

Selamat menepuh masa belajar dan jadikan ia sebagai momen yang indah. Zaman belajar zaman paling seronok sebab masih berkepit dengan kawan. Jangan stress sangat belajar tu, nak kerja nanti bukan pointer yang ditengok tapi sikap yang penting. Selamat berakhlak mulia.

– nurul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit