Tips Mencari Jodoh Online Untuk Lelaki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama-tama, saya bukan pakar cinta mahupun seorang playgirl. Cuma, baru-baru ini, saya berkesempatan menggunakan online dating apps di beberapa laman web cari jodoh muslim.

Maklumlah, sekarang ini ramai yang berusaha cari jodoh online, lebih senang dan convenient, mungkin sebab kita pun tak banyak masa nak keluar dan berkenalan dengan ramai orang. Ini dalam usaha mencari jodoh yang InsyaAllah telah ditetapkan Allah, cuma hukum alamnya, kita masih harus berusaha mencari.

Oh ya, lupa untuk memperkenalkan diri, saya seorang gadis bujang berusia lewat 20-an, dan dalam usaha mencari calon idaman hati.

Disebabkan saya hanya boleh melihat calon-calon lelaki sahaja, jadi tulisan ini hanya melibatkan tips untuk orang lelaki (maybe applied for both genders too), berdasarkan perspective seorang wanita yang mencari calon dan berdasarkan pengalaman dan apa yang saya nampak sahaja. Ini cuma pandangan peribadi, sama ada diambil secara positive / negative itu adalah atas penerimaan masing-masing.

Saya tidak mengatakan bahawa semua perempuan berpandangan seperti saya (humans are varied), just maybe you can get a glint into how women respond to men’s approaches. Dan saya sngt mengalu-alukan kalau ada pihak lelaki yang nak memberi maklum balas, apa yang mereka expect dari perempuan dalam konteks cari jodoh online.

1. GAMBAR PROFILE

Baik lah….. saya tidak kenal awak. Jadi saya bergantung pada informasi pada profile awak, sama ada awak pass ataupun saya akan swipe next. Dan sama ada saya nak respond pada kiriman salam atau tidak. Jadi diharapnya, awak letak lah gambar betul-betul.  Ada yang guna gambar nampak kabur, ada yang letak gambar dari tepi konon-konon jawbone dia seksi, ada yang ambil gambar dari bawah nampak lubang hidung, ada yang letak gambar gaya eksyen.

Ini satu tips, kalau boleh letak gambar dengan senyuman manis, pandang hadapan, gaya tubuh yang terbuka. Jadi kalau perempuan tengok, saya akan menggambarkan awak seorang yang warm, mudah didekati, baik, engaging etc. Nampak skema tak apa, jangan nampak jahat. Fikir sama macam kita jumpa orang dekat luar, what type of body languages yang kita akan bagi supaya orang suka kita? Takkan gaya muka bengis ala2 perogol bersiri akan capture hati perempuan. This is just a logic thinking. Awak bayar kan untuk website tu, jadi guna peluang itu untuk promote diri betul-betul.

2. HURAIAN TENTANG DIRI

Saya agak terkejut sebab banyak lelaki sebenarnya tak letak pun huraian tentang diri tu. Sama ada mereka pemalas, malas nak ambil port, tak tahu mereka ni sebenarnya mcm mana (which translate as lack self awareness), ataupun nak menambahkan misteri hidup mereka dan lain2. Saya tak tahu apa sebabnya, tapi saya lebih tertarik dngn lelaki yang tulis pasal huraian diri.

At least saya tahu yang mereka bkn satu daripada yang di atas, dan dalam masa yang sama saya boleh cari common ground sama ada orang ini akan ‘click’ dngn kita atau tak. Mana tahu ada perempuan cun yang nak approach anda gara-gara itu hahaha?

Bagi yang letak huraian diri, elakkan menulis ayat-ayat clichés dan aneh-aneh. Contohnya:

*saya seorang pendosa (dosa apa awak buat ni haiya?)

*telah banyak mengubah wanita jahat jadi baik (hahaha, bunyi macam penunggang agama je)

*saya pendek dan gemuk (translate = lack of confidence, negative about themselves)

*saya terkenal, tolong google saya! (hmmmm… the greater you are, the more humble you should be)

*saya bukan orang yang sempurna (yea2, I know nobody is perfect)

Etc… Biasa dengar? Ah, tak kisah lah. Suka hati anda lah nak tulis profile anda kan. Cuma ini mungkin boleh dijadikan guidelines. Kalau nak tulis huraian diri:

*kalau boleh, elakkan tulis perkara yang boleh di translate kan sebagai negative (saya tak suka mandi, suka tengok drama tv3 pukul 7, solat kadang2?). Tulis perkara-perkara baik tak apa. Everyone love positive feeling (tolak – ansur, penyayang, pendengar yang baik, rajin kemas rumah)

*tulis apa yang kita suka yang kita boleh anggap itu sebagai satu tarikan (suka aktiviti lasak, suka memasak, suka baca buka, suka melancong etc)

*lagi bagus, instead of making a list of what we are, try to describe it. Contoh, daripada tulis kita alim, lebih baik tulis ‘saya solat Subuh di masjid setiap hari’.

Daripada tulis kita kelakar, baik buat ayat kelakar, prove it. Daripada tulis kita penyayang, tulis aktiviti yang menunjukkan kita penyayang ‘menemani emak setiap hujung minggu’ contohnya. Of course, it not supposed to be exactly like that. This is just an idea.

3. HURAIAN TENTANG CALON PILIHAN

Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan lelaki memang isi part yang ini. Ahaa, it’s okay if you want to have standards, but please be realistic. Anda faham maksud saya. Yang ini saya malas nak ulas panjang, sebab jarang lelaki letak benda-benda negative di sini. Kalau ada pun yang saya nak comment, tolong kurangkan perkataan ‘tak nak’.

Contohnya: tak nak orang yang baru lepas putus cinta, tak nak yang suka menipu, tak nak yang mata duitan, tak nak orang tak berpelajaran tinggi, tak nak yang terlalu gemuk / kurus, tak nak yang terlalu pendek / tinggi, tak nak yang profile pic cantik kat luar hodoh. Yes, bunyi macam legitimate reason untuk anda lelaki2 sekalian.

Tapi, anda juga tak nak perempuan yang psychopath, pembunuh bersiri, mahupun penyokong flat earth dan anti-vaksin. Tapi anda takkan tulis benda tu dlm profile kan hahahha? The way I read this, tak nak perempuan yang menipu, mata duitan is the opposite way of saying = lelaki ni selalu keluar dngn perempuan mcm itu, he is bitter and angry guy and if you rejected him, he possibly gonna accused you of the above. Emmmmm. Done.

4. APPROACH CALON

Kalau dekat web tu ada bahagian sampaikan salam kan? Yes, it nice to use that button, tapi lagi nice kalau tambahkan sikit ayat tu bagi nampak gentleman. “Assalamualaikum, nama saya………., saya tengok profile awak, saya tertarik bla2. Kalau sudi berkenalan boleh kah? Pecah kata pecah gelas lepas baca harap balas”. Tak adalah tiba-tiba minta no telefon, lepas tu nak add dalam ig / fb. Just do it step by step, it will feel more natural. Ini lepas dapat no telephone, terus video call tak bagi salam tak apa. Lepas tu tanya kenapa tak angkat, tak peduli orang nak pakai tudung ke apa, tempat yang tak sesuai ke.

Most of the time saya akan respond pada how much effort a guy invest. Kalau dia cakap Assalamualaikum je, saya akan jawab Waalaikumussalam je. That’s all. Tapi kalau dia tulis panjang, saya akan jawab panjang. I would respond to effort. Dan satu lagi Assalamualaikum alone sound like a click bait, just to see which girl would respond. Mcm lelaki yang tiba2 hi kita lah dan memunculkan diri setiap sebulan, perempuan yang cerdik tahu lelaki tu bosan dan hanya mencari ‘spare part’.

Oh ya, satu lagi kalau dlm profile anda tulis wanita idaman peramah dan periang, dan saya describe diri saya reserved and quiet dan anda masih message saya, ataupun tiba-tiba tanya soalan yang memang dh ada dekat profile contohnya asal dari mana, I will take that you don’t even bother to read my profile which translate = not really interested in me and you not attentive.

Dan again saya tak tahu orang lain, tapi kalau saya show interest in someone, I would like to learn about him in many ways and take notes what make him clicked because I care, and I expect the same from the guy. The above is applicable to both genders.

Of course this is a tricky opinion, because I don’t know how other women respond to approaches, or how they value themselves. Heck, some women even layan suami orang. Sigh…….

5. BERKENALAN / TAARUF

Alrite, berjumpa muka, bertemu mata. Kalau yang Islamic bawa lah mahram, kalau yang jenis lebih open, nak jumpa berdua juga (bahasa modernnya dating), lakukan di tempat terbuka. Rasanya ini semua orang tahu.

Yang ini mungkin tak ada tips la, lantak korang lah mcm mana hahahha. Saya jujur disini, hanya seorang daripada tujuh lelaki yang saya sempat bertemu muka selepas berkenalan di website cari jodoh muslim itu, yang make an effort untuk cadang tempat nak keluar and asked for my opinion. The rest, up to me hahahaha.

Saya ingat itu common sense, rupanya it’s not that common. (I ended up choosing him, like I said before I respond to efforts and I quick to reciprocate it). Kalau anda dah bagi efforts tapi perempuan tu masih pilih yang berharta bak kata kebanyakan lelaki huhuhu, think again do you want that type of woman? Mungkin anda juga hanya memandang kepada kecantikan dia. Ah, perhubungan atas dasar harta dan kecantikan tu tak bertahan lama.

6. INTROVERT & KOMUNIKASI

Saya tak pasti sama ada saya patut menghuraikan tentang ini atau tidak, tapi saya realise kebanyakan lelaki yang mencari jodoh online, banyak yang jenis introvert. Nothing is wrong with introvert, I’m introvert too.

Tapi, satu masalah dngn orang introvert ni, mereka ingat semua orang aware tentang ke’introvert’kan mereka. Jadi mereka tak komen apa yang kita buat, tak cakap apa yang mereka suka atau tak suka, pulak dah jadi mcm dinding tolong tengok dan perhati je. Mereka tak contribute dalam komunikasi sedangkan komunikasi adalah perkara paling asas dalam perhubungan.

Kalau saya tidak tahu anda introvert, agak-agak apa dlm fikiran saya? You not interested in me, you look coldhearted, and you disengaging, possibly boring as well. Dan saya bukan cikgu tadika yang nak mengajar anak-anak berkomunikasi dan bertanya soalan satu2 mcm main bola pingpong. Of course I can talk about myself all the time, but I’m not self absorbed person. I need some input from you!

Itu bukan masalahnya lagi. Yang menjadi masalah adalah bila mereka stuck dengan self labelling dan mengunakan justifikasi itu untuk tak nak contribute dalam communications. Jujurnya, manusia memerlukan komunikasi dan tanpa komunikasi kita akan bosan.

Bukan saya tak nak buat aktiviti duduk depan tasik baca buku dngn awak, awak pandang saya, saya pandang awak tak bercakap, tapi saya juga memerlukan sweet moments untuk saya cherish, jadi kadang2 kita harus keluar dari tempurung introvert itu. When we bring out about this, here comes the blame games, especially for unhealthy introvert.

Mereka akan mula bragging bagaimana uniknya introvert ni??, that’s who they are, I wanna be myself (instead of my best self), you don’t get to change me bla2. Biasa dengar kan terutama dalam iium confessions ni? As a person, kita nak orang yang boleh improve sama2, bukan yang stuck dngn self labelling dan tak mahu berubah.

Manusia ni kompleks, you not just an introvert, you are more than that. Think again, this attitude is kind of narcissist. Sesetengah tu takut memberi pandangan dan bercakap sebab takut kena judge. Ada yang tak nak duduk tengah2 sebab takut orang tengok mereka.

Let make it simple okay for introvert like this, nobody cares what you think or you feel or you where you sit or what you wear. We have so many things to think and the last thing to think about is someone else opinion that we barely known. Take it with a grain of salt, but that is the truth. Kami tak banyak masa nak fikir pasal anda, anda je yang self absorbed ingat orang lain fikir pasal anda, okay?

Ouch, point utamanya saya nak cakap jgn biarkan self labelling sebagai introvert menjadikan justifikasi untuk anda tak contribute dlm perhubungan. Itu sahaja. Lepas tu rasa tak ada orang sayang dan menerima diri anda, hmmmmm.

7. MENGHADAPI REJECTION / CARA REJECT CALON

Uhhh, the most difficult subject. Dah jumpa, tak berkenan for whatever reasons. Banyak lelaki yang akan pura-pura meninggal, hilang tanpa berita. Dan yang perempuan biasa jadi over thinking, rasa tak cukup bagus etc. Jadi untuk para wanita dan lelaki, sama ada kena ignore atau kena reject directly, there are parts that you can’t control.

Rejection is bad, saya bersetuju dngn itu. Saya akui perasaan itu, tak kira untuk lelaki atau perempuan. Tapi kita harus menghadapi kenyataan bahawa tak semua orang akan sayang kita, dan bukan kewajipan mereka untuk sayang kita. Kalau anda rasa semua orang kena sayang anda, itu bermasalah. We are not for everybody and we not even everyone cups of tea.

Pesan saya pada yang kena reject, kalau boleh cuba hilangkan perasaan nak tahu kenapa dia reject kita, sebab takut kita akan focus pada benda negative yang mereka cakap instead of focus untuk jadi lebih baik. Jangan buang masa dan tenaga kita. Mungkin boleh tngk di cermin dan fikir apa yang boleh diperbaiki dari situasi ditinggalkan itu? Mungkin kita invest too early? Mungkin kita nampak mcm emotionally unavailable? Too desperate?

Hey, it might not be your fault either. Just focus on what we could have done differently so that we can grow, improve and bring to it the next calon, maybe the one that actually deserve your love?

But, if you eventually decided that you gonna be a decent guy and be upront about it, here is my advice. Berhati2 kalau nak reject orang juga, ia mungkin boleh jadi satu nightmare untuk mereka, terutama perempuan sebab perempuan lebih sensitive.

Perkara pertama, jangan bagi sebab kenapa tak suka dekat dia. Worse lagi, siap list 10 sebab huhuhu. Menangis kawan tu. Kalau nak bagi pun, bagi satu sebab utama, dan repeat je sebab tu bnyk kali. Be kind, tapi jangan jadi hero please. Dah tak suka tu tak payah lah bagi harapan lagi okay? Just thanks them for the time, cakap je lah apa2 yang baik. Mungkin takdir kita berlawanan arah ke?

Sampai sini sahaja lah saya menulis. Maaf kalau ada kesalahan dari segi perkataan atau ejaan, kalau ada yang terkecil hati atau terkasar bahasa atau berbunyi terlalu critical. Saya doakan yang nak cari jodoh moga Allah permudahkan pertemuan, pilih calon elok-elok.

Bak kata sesetengah orang, perkahwinan itu ibadah terpanjang. sebab kita diberi akal dan diberi pilihan, baiki diri dan pilih yang terbaik okay. Kita partly bertanggungjawab atas kebahagian kita. Moga diberi perhubungan yang wardah dan sakinah. Ameen……

Yang benar,

– Hannah Delisha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *