Tips Meniaga Online (Beginner)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku tidak lah hebat dalam perniagaan. Aku pun masih lagi struggle untuk Berjaya dalam perniagaan. Tapi aku rasa, tak salah kiranya aku berkongsi sedikit ilmu yang mungkin berguna untuk mereka yang baru nak mulakan perniagaan.

Aku start berniaga dari tahun 2013 kalau tak silap aku. Masa tu aku degree. Disebabkan kesempitan kewangan, aku mendapat idea untuk menjual pakaian secara online. Waktu tu, aku tak de ilmu dan tak tahu pun yang aku buat tu adalah dropship.

Masa tu objektif aku hanya untuk dapat duit untuk tampung pembelanjaan aku. Untung tak banyak, tapi alhamdulillah bisnes aku dalam kategori okay. Waktu tu belum ramai yang buka bisnes, maka saingan aku tidak ramai.

Dan kini aku masih lagi struggle untuk berjaya. Tahun 2020 ni, baru la aku nak tambahkan lagi focus aku dalam bisnes aku. Walaupun aku masih lagi dropship, tapi aku harap, dengan pengalaman aku 7 tahun aku mampu untuk bawa aku ke langkah seterusnya.

Harini, aku bukan nak cerita pasal perjalanan bisnes aku. Tapi aku nak bagi beberapa tips apa yang aku belajar dalam pemerhatian dan pengalaman aku sepanjang aku berniaga.

1) Objektif kenapa kau nak berniaga. Bila kau ada objektif, kau akan focus dalam berniaga dan tak mudah putus asa sebab kau akan cuba dapatkan apa yang kau nak dapat. Contoh macam aku berniaga time belajar.

Objektif aku berniaga adalah nak tampung pembelajaan aku masa aku belajar. Bila aku rasa malas, aku ingat balik kenapa aku berniaga. Kalau bukan sebab aku perlukan duit, mungkin aku berniaga sekerat jalan je. Berniaga tanpa objektif, ibarat layang-layang terputus talinya.

2) RAJIN, DISIPLIN, ILMU. Kalau kau malas, tak berdisiplin macam mana nak berjaya. Ilmu juga penting. Supaya kau tahu mana benda betul dan mana yang salah. Kau tahu cara macam mana kau boleh guna untuk naik kan jualan dan lain-lain.

Kadang ada juga waktu aku malas. Aku upload gambar pun sekali sekala. Tak de engagement dengan follower. Padahal bisnes aku masa degree dah okay. Bila aku kerja, aku malas nak upload gambar sangat, akhirnya regular customer aku lari. Ni semua sebab aku dah tak ada objektif berniaga la tu. Dan kerana tiada ilmu lah, aku sia-siakan 7 tahun aku dan masih berada ditakuk yang sama.

3) Kena asingkan akaun bank bisnes dan persendirian. Awal-awal meniaga, mungkin tak ada akaun bank bisnes kan. Kau boleh je guna akaun bank yang sedia ada. Tapi pastikan akaun bank tu khas untuk duit keluar masuk bisnes sahaja. Jangan campur duit gaji ke, duit lain-lain. Ini boleh elakkan kau dari curi duit bisnes.

4) Accounting system. Bagi aku benda ni penting. Biasanya orang akan catat dekat buku. Dulu aku ada juga catat dekat buku tapi tak proper sangat. Tapi sejak tahun lepas, aku rasa nak buat proper sikit. Baru la bersemangat sikit berniaga.

Aku guna accounting system yang percuma sahaja. Tapi boleh la aku monitor berapa cash flow aku, untung rugi aku, boleh tahu berapa sale aku bulan lepas. Nak bandingkan sales tahun ni dengan tahun lepas pun boleh. Jadi aku boleh tahu bisnes aku ni ada peningkatan ke tidak

5) Duit gaji. Haruslah ada. Buat penat je meniaga kalau tak rasa hasil. Sebab aku baru je mula semula, jadi duit yang sedia ada buat masa ni aku guna untuk rolling je dulu. Biasalah awal-awal memang tak berapa nak merasa sangat. Tapi aku target dalam beberapa bulan kemudian, aku dah boleh ada duit gaji setiap bulan. Insyaallah.

6) Platform perniagaan. Kau kena tentukan dekat mana kau nak promote barang jualan. Aku kurang berminat nak spam group-group dekat FB untuk promote bisnes aku. Lain orang lain cara marketing dia. Terpulang pada masing-masing.

Buat masa ni, focus aku hanya pada Shopee dan FB Marketplace. Aku tak nak promote dekat terlalu banyak tempat. Sebab aku baru je bermula. Aku takut aku tak mampu nak jaga kualiti servis aku. Biar kuantiti order tu sederhana, yang penting kualiti servis aku tip top. Kualiti servis sangat penting untuk aku lama dalam perniagaan ni.

Jika ada mana-mana yang korang rasa aku silap, mohon sifu-sifu betulkan. Mana yang nak tambah dan bagi idea untuk aku dan pembaca-pembaca lain, mohon kongsikan diruangan komen.

Aku tak pergi mana-mana seminar. Sifu aku adalah pengalaman aku, hasil bacaan aku dan juga pemerhatian aku pada perniaga-perniaga yang berjaya. Aku harap perkongsian aku ni dapat memberi manfaat kepada siapa-siapa yang memerlukan.

Kalau ada yang nak request aku kongsi lagi tips atau cerita, boleh komen dibawah juga ye, hehe.

– Cik Mawar – Bukan nama diberi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *