Tips Meniaga Online Khususnya Peniaga Muslim

Bismillah… Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.. Saya rasa terpanggil pulak untuk berkongsi tips berniaga online ni lepas baca confession Tips Berniaga Online(Beginner).. Nanti rajin rajin korang search la ye confession tu sebab saya takde link.. Confession tu bagus,cuma untuk kali ni saya nak tambah sedikit dan khususkan kepada peniaga Muslim InsyaAllah..

1.Tips Pertama: Tetapkan objektif bisnes
Haa ni yang selalu orang putih cakap big Why dalam bisnes tu.. Dalam bisnes,akan ada banyak keputusan yang melibatkan kita kena jawab soalan Why? Why why.. Cthnya, kenapa nak buat bisnes, kenapa nak jual produk ni, kenapa pilih niche ni?? Dan banyak lagi kenapa lain.. Tapi yang pasti, bila anda nak tetapkan objektif anda,cth nak berniaga sebab nak tambah pendapatan, nombor satu mesti niatkan UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH.. Kenapa wajib dapatkan keredhaan Allah.. Nanti saya akan terangkan dalam point2 seterusnya InsyaAllah

2. Tips Kedua: Pilih bisnes dan bidang yang diminati dan kaji produk tersebut
Haa ni juga sangat3lah penting.. Mesti pilih produk yang kita suka.. Lagi bagus kalau kita pun guna produk tersebut.. Cth macam deodoran, baju kurung, mekap dsb.. Dan yang paling pentinggg, mesti kaji produk tersebut.. Supaya bila ada potential buyer yg berminat dengan produk anda,anda boleh explain A-Z.. Tahukah anda, company intl spt The Body Shop dan Starbucks Coffee akan adakan test(taksilap bertulis) kepada pekerjanya.. Tujuan supaya mereka betul2 cakna dengan ingredients dan produk mereka.. Cuba g test Body Shop punya beauty advisor, tgk cmana dorang explain produk depa.. Jadi,bila anda jual produk, anda mesti bersedia untuk menerangkan produk anda kepada pelanggan.. Cthnya skincare.. Kepada siapa skincare ni sesuai digunakan,bahan2 skincare,SPF dan sebagainya..

3.Tips ketiga: Jangan Overclaim Produk
Hal ni sangat lah femes di kalangan produk timbang kilo dan beberapa produk dari usahawan Muslim kita.. Sangat menyedihkan juga.. Bila kita nak jual produk, kita mesti nyatakan kebaikan produk kita, tapi jangan overclaim.. Cth foundation ni sesuai utk semua warna kulit.. Ermm cam xbetul je sebab tak silap Loreal pun ambil masa 60 tahun untuk hasilkan foundation yang sesuai untuk warna kulit wanita Asia.. Berikan maklumat yang betul dan sekadarnya..

4. Tips Keempat: Pilih Produk yang berkualiti
Ni tips untuk yang berminat jadi agen dan dropship.. Pilih produk yang berkualiti.. Buat research background tentang produk anda.. Kaji kebolehpasaran produk.. Cthnya nak jual bantal hotel.. Kepada siapa anda patut jual bantal anda tu?Buat market research dan market segmentation.. Orang yang perlukan bantal ni selalunya hotel dan homestay selain rumah kediaman. Jadi approach depa ni.. Tawarkan produk anda dan ceritakan kenapa mereka perlu beli bntal anda dan bukan bantal lain.. Jika anda independent seller,mungkin boleh tawarkan diskaun atau free gift jika pembelian pukal.. Paling penting, muka kena manissss

Tips Kelima:Marketinggg
Ni perkara paling penting dan juga tunjang dalam bisnes anda tu.. Marketing iaitu pemasaran produk.. Marketing ni penting supaya masyarakat tahu anda ada jual produk tu atau sediakan sesuatu perkhidmatan.. Marketing boleh dibuat secara online dan offline.. Online,iklan melalui fb dan ig juga platform lain seperti Youtube dan google ads.. Saya sarankan buat soft selling dr hard selling.. Minggu ni, saya ada remove beberapa orang dari frenlist saya.. Sebab apa?sebab mereka ni terlalu try hard nk jual produk.. Story bubuh gambar dan testimoni produk,status bubuh gambar dan testimoni,setiap hari.. Takde interaction.. Rasa semak kan?kalau soft sell,sesekali dia selitkan cerita,cthnya ‘Ptg ni malas masak,keluar nak gi pasar malam,tup2 si Leha dm nak foundation PutihGebu 5 botol..Alhamdulillah’..See.. Nampak tak bezanya dgn yang try hard tdi menjual..Marketing offline boleh melalui bunting,banner,flyers,dsb

Tips Keenam:Berguru
Berguru adalah sangat penting supaya anda berada di landasan yang betul.. Kalau takde sangat guru,boleh belajar dari kawan kawan yang dah berjaya dalam bisnes.. Mintak tunjuk ajar.. Jangan sombong dan bongkak walaupun kita dah berjaya

Tips Ketujuh:Raihlah keredhaan Allah
Ni tips yang paling penting sebagai usahawan Muslim..Cari keredhaan Allah.. Masa nak buat iklan,doa dalam hati, Ya Allah semoga orang nampak iklan aku ni dan semoga orang berminat nak beli.. Masa nak jual produk, Ya Allah semoga orang yang menggunakan produk aku ini akan mendapat kebaikan Ya Allah.. Niatkan sebahagian keuntungan untuk diberikan semula kepada masyarakat miskin dan ditimpa musibah.. InsyaAllah berkat rezeki tu nanti insyaAllah…

– RHT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *