Nama aku Najihah. Betul. Kadang dalam kehidupan seharian kita, kita sangat sibuk perihal dunia sampai kadang kita lupa untuk mempersiapkan bekal ke alam sana. (akhirat)
Dalam mendepani arus modenisasi kini, memang tak dinafikan, banyak pengaruh2 buruk sekeliling kita, munculnya dalam pelbagai cara.
Misalnya tiktok, aku lihat yang bermain tiktok bukan hanya anak muda, malah yang tua juga tak kurang hebatnya. Bergelek ke sana dan kesini, tayang kesana kemari pada umum.
Malu? Langsung tiada. Motif teguran ni aku fokuskan kepada Muslim. Sebab apa? Sebab Muslim la golongan yang juga paling ramai jadi ratu gelek di pentas tiktok, ig dan sebagainya.
Wahai kawan, beringatlah. Kita ini Muslim. Bukankah Muslim itu lebih mengetahui perkara yang baik dan buruk kerana Islam sebagai panduan yang benar?
Kita yang Muslim ini lah sepatutnya mempamerkan contoh yang baik kepada non Muslim dan juga kpd bakal generasi kita yang akan datang.
Cuba bayangkan, jika kita sendiri tak mampu mempamerkan yang baik kepada non Muslim, bagaimana mereka mahu tertarik dengan agama kita jika dia lihat diri kita sendiri pun tiada beza dengan mereka? Stop doing nonsense thing.
Marilah kita kurangkan dosa dan meraih pahala bersama-sama. Tingkatkan pahala, kurangkan dosa.
Di sini, aku kongsikan beberapa tips untuk menjadi Muslim yang berjaya dunia akhirat.
1. Solat Lima Waktu.
Sebolehnya, cuba penuhkan 5 waktu ni, jika tak mampu, slowly pun takpe, InshaAllah lama lama nanti mesti korang boleh punya.
2. Menutup/ menjaga aurat.
(Khususnya bagi para wanita, kerana dirimu begitu berharga) dan jaga batas pergaulan di media sos**l dan di luar. Jangan terkinja kinja sangat.
3. Kerap solat sunat.
Ini option. Seandainya korang tak mampu kerana hal2 tertentu, tak mengapa. Tapi kalau boleh buat, lagi bagus. Contohnya, solat Tahajjud, solat Taubat, Dhuha dan sebagainya.
4. Melazimi zikir dan baca Al-Quran.
Yang ni memang boleh buat kalau-kalau korang tengah free , sempat goyang kaki lgi. Apa salahnya kalau dimanfaatkan dgn cara di atas kan. Kalau tahu tafsiran nya, lagi bagus sebab korang akan menghayati isi Quran tu.
5. Sedekah / Amal Jariah.
Yang ini paling mudah nak buat. Contohnya, masuk kan duit korang dalam tabung2 masjid/ surau, pakai online pun boleh.
Bersedekah kepada yang memerlukan, misalnya skrg banyak je sahabat2 kita yang memerlukan bantuan pembedahan, kemalangan mahupun bantuan misi kemanusiaan, apa kata korang salurkan saja wang korang disitu.
Tak perlu banyak pun, asalkan ikhlas. Tapi yang paling baik sedekah itu, sedekah kepada ahli keluarga kita dulu. Kalau korang nak belanja makan pun, boleh dapat pahala asalkan niat nk bersedekah dan beri orang/ haiwan makan.
6. Waqaf.
Kalau ada rezeki lebih, tak salah jika korang nak waqaf harta. Contohnya, wakafkan kerusi roda untuk kegunaan hospital mahupun rumah orang tua2, sejadah, selipar wuduk, telekung, Al Quran dan sebagainya.
Nak waqaf coway pun boleh, InshaAllah pahala berterusan. Tanam pokok pun boleh raih pahala juga, ia kerana pokok boleh jadi tempat berteduh kepada seseorang yang sdg berteduh di bawahnya.
7. Jaga hubungan dengan ibu bapa/ keluarga.
Ini juga sangat penting, jika kita tak jaga hubungan ni, macam mana nak dapat rasai bahagia tu kan. Yang penting, adab dengan keluarga kita kena jaga. Bahagiakan ibubapa, juga keluarga kita, InshaAllah Allah akan buat hidup kita ni bahagia.
8. Jaga hubungan dengan orang sekeliling kita.
Jangan bermusuh sesama kita. Bantulah semampu kita jika mereka memerlukan bantuan. Bersihkan hati, jiwa dan sentiasalah berfikiran positif, bercakap perkara yang baik.
Jangan iri hati bila lihat kejayaan orang lain, tetapi bangkitlah untuk bersama-sama meraih kejayaan yang kita inginkan sendiri. Bagaimana pula jika korang berhadapan dengan rakan toksik? Jika ia memudaratkan diri dan prestasi harian hidup korang, jauhilah mereka.
9. Kongsikan ilmu yang bermanfaat.
Daripada duk sibuk menari tiktok tu, apa kata korang buat sharing session dengan rakan-rakan? Jangan kedekut ilmu sebab ilmu yang kita ada ni pun, Allah yang punya ya.
Apa kata gunakan aplikasi tiktok tu utk share perkara yang lebih manfaat kepada diri kita dan orang lain. Kalau di ig, ws, blogger mahupun apa jua media sos**l, boleh je share ilmu2 memasak, melukis, ilmu percutian bajet ke, tak pun share je positive quotes yang ada.
Tahu tak, sebenarnya apa juga perkara positif yang korang share di media sos**l ni sebenarnya boleh jadi satu semangat mahupun inspirasi terhadap orang lain sebab mungkin ada dalam kalangan kawan kawan korang yang tengah down dan sebagainya tau.
10. Konsisten dengan impian korang.
Manusia, semua ada impian dan matlamat. Tapi yang membezakan kita dengan orang lain adalah sikap kita. Sama ada malas atau rajin. Jadi, yakinlah dan sentiasalah fokus untuk mencapai cita-cita korang.
Dalam hidup ni, yang penting jaga hubungan dgn Allah, keluarga, jaga niat kita. Inshallah semuanya akan jadi mudah saja. Yang penting, jangan putus asa ya?
Dunia ni kalau Allah tak datangkan ujian, maka tiadalah yang namanya “dunia”, pasti namanya syurga kan. Sebab dalam syurga je tiada ujian.
Okay lah. Selamat beramal dengan tips yang aku kongsikan ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
Aku cuma nak korang tahu, yang korang adalah insan yang hebat sebab berjaya menghabiskan bacaan coretanku ini. Aku doakan semoga kita semua menjadi Muslim yang hebat ya.
– Najihah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit