Tips Menjemput Jodoh

Assalamualaikum semua. Aku Cik Bunga berusia 36 tahun alhamdulilah akhirnya Cik Bunga kahwin tahun lepas! Rasanya mesti ramai wanita diluar sana yang macam Cik Bunga kahwin lambat. Bukan sebab memilih, bukan tidak pernah bercinta tapi semua sekerat jalan. Akhirnya kecewa.

Bila semua kawan-kawan Cik Bunga dah kahwin Cik Bunga rasa sunyi sangat. Adik-adik Cik Bunga pun semua dah kahwin. Makcik-makcik bawang memang tak penah lah tak tanya “Bila lagi?” “Nak kata tak lawa rupa ada, kerja elok tak kan tak ada yang bekenan?” setiap kali balik kampung. Paling Cik Bunga terkesan bapak saudara Cik Bunga sendiri komplain ayah Cik Bunga tak ada keturunan nanti sebab Cik Bunga tak kahwin. Cik Bunga senyum je tp dalam hati Allah.. kecewa sangat.

Oklah korang mesti nak tau kan mcm mana Cik Bunga tamankan zaman bujang Cik Bunga?nak tips kan? Ok lah Cik Bunga cuba pendekkan supaya korang tak penat baca confession Cik Bunga ni.

Misi mencari Jodoh Cik Bunga.

PERTAMA sentiasa letak Allah dihadapan NIAT mintak dengan Allah nak kahwin bila?specific doa tu nak kahwin bila. Doa selalu setiap masa. Tengah drive, time hujan, time makan pun Cik Bunga doa tau. Pernah dengar Law of attraction? Bila kita ulang-ulang fikir dan ucap berkali-kali pasti jadi kenyataan. Cik Bunga mintak dengan Allah nak kahwin tahun ni (tahun lepas) masa tu awal tahun.

KEDUA ada tak korang sakit kan hati sesiapa? Secara langsung dan tidak? Masa Cik Bunga muda remaja Cik Bunga ada la terdetik dalam hati kenapa makcik ni dah tua anak anak sekolah rendah lagi. Macam tak boleh nak terima. Belagak betul Cik Bunga masa tu padahal nasib Cik Bunga pun tak tahu lagi.Cik Bunga terfikir mungkin sebab tu Cik Bunga tak kahwin-kahwin Allah bayar cash terus. Jadinye Cik Bunga beranikan diri pm personal makcik tu mintak maaf walau dah 10 tahun tak bertanya khabar. Dia pun terkejut tapi dia maafkan Cik Bunga Alhamdulilah.

KETIGA Cik Bunga mintak emak Cik Bunga doakan Cik Bunga. Doa ibukan mustajab. Cik Bunga mintak emak spesifik doakan Cik Bunga kahwin tahun ni.

KEEMPAT Cik Bunga kirimkan Doa pada rakan rakan yang pergi ke Mekah semoga Cik Bunga kahwin tahun ni dan dapat jodoh yang baik.

KELIMA Cik Bunga usaha naikkan seri dan aura Cik Bunga. Cik Bunga usaha turunkan berat. Seronok bila dah tukar saiz baju yahooo. Selain tu Cik Bunga mandi garam bukit dan mandi pelbagai jenis bunga. Ni Cik Bunga buat sendiri yer tak der jumpa tok moh ke sesiapa. Beli dekat kedai bunga je. Sebab kedua duanya nya ada energi yang dapat pulihkan aura cakra manusia. Kita rasa lebih confident dan bahagia. Orang tengok pun rasa sejuk dan tenang.

KEENAM Cik Bunga ada la crush dengan seseorang lama Cik Bunga tunggu dia tapi akhirnya mengecewakan Cik Bunga. Cik Bunga buat Solat Istiqarah 7 hari berturut turut dan juga tahajud setiap malam. Cik Bunga mintak Allah beri pengganti yang lebih baik mudahkan Cik Bunga lupakan dia. Beri Cik Bunga petunjuk.

Pada hari terakhir istiqarah. Waktu malam ntah macam mana tiba tiba datang ilham tangan Cik Bunga gatal nak sign up online dating muslim. Cik Bunga update profile tapi tak letak gambar pun.

Tak sangka ada seorang mamat ni tiba-tiba message Cik Bunga. Pelik pun ada tak letak gambar pun info pun tak lengkap. Itula satu satunya lelaki yang Cik Bunga respond. Alhamdulilah selepas 3 bulan kami nikah. Oh ya nak nikah pun Cik Bunga istiqarah mintak dengan Allah kami sama-sama buat.

Cik Bunga tak pernah terfikir lelaki yang dalam cerita dongeng tu wujud sebab asik jumpa yang menyakitkan hati. Ni dah terlebih charming. Sweet, tinggi macam model, good looking. Echeh puji suami sendiri. Alhamdulilah Allah makbulkan doa Cik Bunga. Berkat memohon dengan Allah sepenuh hati. Allah berikan yang terbaik sesuai dengan Cik Bunga.

Suami Cik Bunga bukan melayu bukan orang Malaysia. Tapi beragama Islam. Bila dah jodoh pasti bertemu walau jauh beribu ribu batu. Hari-hari call video call siang malam macam duduk dekat je. Bila dah jodoh semuanya mudahkan. Sekarang Cik Bunga dah ikut Encik Suami, tak pernah terfikir nak menetap negara barat sekarang dah jadi penduduk tetap tapi Malaysia tetap dihati Cik Bunga. Doakan Cik Bunga bahagia sehingga hujung nyawa yer.

Harap tips Cik Bunga ni dapat membantu kawan kawan yang senasib dengan Cik Bunga. Orang hanya tahu mencemuh dan menuduh hanya yang melalui sahaja tahu macam mana.

Cik Bunga pernah cuba mengenali seseorang disebabkan desakan orang sekeliling walaupun sebenarnya kami tak sesuai langsung. Bukan dia tak baik tapi Cik Bunga rasa tak ada chemistry. Semua yang Cik Bunga buat tak kena panas orang kata. Tapi dia dengan orang lain elok pulak. Nasiblah kami tak kahwin. Allah sayangkan kami dan tak nak tersilap langkah.

Cik Bunga yakin mesti ramai juga yang macam ni. Terlupa nak mintak dengan Allah sungguh sungguh. Tak yakin akan bertemu yang lebih baik sedangkan tidak ada yang mustahil bila kita berserah bulat bulat dan memohon pada Allah.

Salam sayang…

– Cik Bunga

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *