Salam dan hai semua. Aku pernah menulis di ruangan iiumc ni tahun lepas tentang tips elak forever alone, (https://iiumc.com/tips-elak-forever-alone/). Dan nampaknya dapat sambutan oleh para pengikut iiumc.
Dalam bercinta bukannya semua akan kekal ke jinjang pelamin. Dan kat sini aku nak share sikitlah cara nk move on mengikut pengalaman aku yg dh 4 kali patah hati. InsyaaAllah berkesan. Aku tahu ramai dah bagi tips sebegini. Tapi aku rasa mungkin cara aku berbeza sikit dengan org lain. Bukan ayat typical dan common mcm yang lain. Semoga bermanfaat kepada yang sekarang sedang luluh hati.
Mukadimah nya.
Broken tu bukan sesuatu yg boleh kita pandang enteng. Aku pernah terbaca satu artikel di iiumc dimana ada sampai masuk ke mental hospital sebab kes putus cinta. Mungkin mudah bagi sesetengah orang utk move on. Tapi dalam sesuatu hubungan pasti ada yang akan sakit lebih dari yang lain. Nak nak yang dikecewakan dan ditinggalkan. Kat sini kita boleh tahu siapa yang benar2 sayang dan cintakan kita atau tak.
Broken sometimes lead to depression. Dan seperti mana yg kita ketahui betapa banyaknya orang yang bunuh diri sebab cinta. Jangan kawan. Betapa sakitnya putusnya pengharapan itu. Janganlah sesekali bertindak sejauh itu. Putus cinta bukan satu titik noktah. Malah ianya hanya satu titik koma sebenarnya untuk kita.
Okay kembali ke tajuk.
Sesiapa yang pernah patah hati. Tahu sendiri betapa peritnya bila dikecewakan. Malah bagi lelaki yang ego macam mana pun. Tetap akan mengalirkan air mata jantan dia bila dia kehilangan orang yg dia sayang. Cuma nampak tak nampak je. Aku tahu bukan semua ada kawan dan keluarga yang bagi moral support kat korang atau bukan semua orang jenis terbuka hati untuk berkongsi. Sebab tu aku fokuskan kepada golongan ini.
Pertama sekali. Kita akan rasa rindu dan sakit yang amat sangat.
Confirm. Sebab kita dh biasa dengan kehadiran dia setiap masa. Jadi si dia pun dah jadi part of our life and heart. Otak kita dah set bahawa dia lah kebahagiaan kita. Nak nak bila kita dah planning future kita dengan dia. Belum lagi yang kena dump bila beberapa bulan lagi nak bernikah. Jadi benda ni suatu sentapan dan kejutan untuk kita. Otak dan hati kita tak bersedia menerima.
Okay kat sini. Kebanyakan orang akan cakap delete semua gambar dia. Jauhkan diri. Berhenti merayu dll. Bagi aku kurang berkesan semua tu. Diri orang berbeza. Sedangkan nak letak ikan baru dlm aquarium pun tak boleh letak terus tapi kena adapt dulu ikan tu dgn suhu air kan? Mcm tu lah diri kita. Normal kalau kita ada rasa nak merayu semua tu. So. Carry on rayuan tu. Berjuanglah kalau kau masih rasa ada pengharapan untuk kembali bersama. Mungkin dengan cara tu dia boleh kembali? Jadi tak perlulah kau menghadapi satu fasa yang sangat menyakitkan.
Tak salah untuk kau pertahankan dan perjuang hubungan kau. Nak nak bila hubungan tu makan tahun. Pasti sia sia kalau lepaskan macam tu kan? Ya perjuanglah. Pedulikan apa orang cakap. Merayu dan melututlah kalau perlu. Tak perlu malu. Tak perlu ego. Tak perlu kita tunggu untuk dia sedar sendiri. Kadang2 hati bila dah tawar ni beza. Jadi perjuangkan kalau kau rasa masih ada harapan untuk bersama. Sebab itu hak kita. Hikmah dari semua ni adalah sekurangnya kita dah berusaha dan perjuangkan hubungan kita sehabis mungkin. Supaya tidak ada rasa menyesal di kemudian hari. Tetapi ada cara. Caranya bukan dengan memaksa. Memarahi dan memaki. Tarik nafas dan cuba untuk slowtalk. Jangan beremosi
Tetapi dengan cara ni mesti kita takkan tahan. Rasa sedih amarah tu akan timbul. Salah satu solusinya. Kau cuba. Paksa diri kau untuk berjumpa dengan yang maha berkuasa iaitu Allah. Paksa diri kau. Kalau kau jenis yang bukan sembahyang pun. Paksa. Amik sejadah. Dan bentang. Dan solat lah. Menangislah semahunya ditikar sejadah. Bukan menenangkan diri kau dengan berbuat maksiat2 yang lain. Ingatlah Allah boleh membolak balikkan hati seseorang tu. Minta pada dia. Kerana pada saat ini hanya dia yang boleh membantu kau.
Kedua. Muhasabah diri balik.
kenapa benda ni berlaku? Kita cenderung untuk salahkan pasangan kita. Sampai kadang kadang kita tak nampak silap kita. Apa punca dia jadi macam tu. Kenapa dia tawar hati atau kenapa dia curang ? Mungkin kita panas baran? Suka memaki? Terlalu mengongkong atau terlalu memaksa ?
dll. Amik masa dan fikir. Benda ni adalah salah satu proses untuk menyembuhkan diri kita. Ambilah pengalaman dan pengajaran supaya kita tak buat benda yang sama pada hubungan yang akan datang. Kadang2 Allah itu menyedarkan dan memberi pengajaran dekat kita dengan cara yang menyakitkan sebab dengan hanya cara itu buat kita sedar dan kembali dekat kepada nya.
Ketiga. Kalau kau tak ready untuk unfollow.
Delete gambar dia atau stalk dia. Takpe. Teruskan. Percayalah. Lama kelamaan akan timbul rasa penat untuk mengejar. Penat untuk berharap. Ikut flow. Benda mcm ni amik masa. Dan masa itu menyembuhkan lambat atau cepat. Perasaan putus asa tu lambat laun akan datang juga. Macam aku cakap. Adapt dengan situasi. Rindu itu normal. Menangislah semahunya. Lepas kau menangis semahunya. Ikut step pertama aku tadi dan seterusnya step dua. Ulanglah berapa lama kau perlu. Bukan semua orang hatinya kuat. Buatlah sampai hati kau lembik. Istiqomahlah sampai hati kau mula belajar untuk menerima dan mengikhlaskan.
Keempat. Berfikiran rasional dan ikhlaskan.
Macam aku dulu. Aku terfikir kenapa semua ni terjadi dekat aku. Aku dah buat terbaik untuk dia. Berkorban segala macam. Kenapa masih jadi cmni. Masa ni lah kau check and balance balik. Aku terfikir masa aku bercinta dulu. Berapa kali aku lalai? Berapa kali ketika aku hanyut dalam alam percintaan dalam masa yang sama aku jauh dengan Allah? Solat lambat. Kadang2 sampai tak solat pun ada. Late night texts menjerumus kepada bangun lambat sekaligus terlepas solat subuh. Mungkin dengan dia. Kau hanya makin jauh kedalam kemaksiatan.
Fikir dan hadam lah. Mungkin dengan cara Allah membolak balikkan hati dia meninggalkan kau buat kau sedar yang patut kau mengharapkan sebenarnya Allah bukan dia. Yang patut kau mintak pada Allah bukan dia. Kerana macam aku cakap tadi Allah ada kuasa mengubah hati seseorang. Jangan pentingkan diri. Belajar menerima hakikat yang sedar atau tak kau juga bersalah dalam hal ni. Mungkin ni satu ujian untuk kau. Sama ada kau akan terus hanyut atau kembali kepadanya.
Terakhir. Kesungguhan diri kau.
kalau kau ikut cara aku ni. Aku boleh jamin. InsyaAllah kau akan berjaya hadapi semua ni. Ambil lah masa selama mana yang kau mahu. Tak perlu tergesa gesa bila bersoal dengan hati. Suatu hari kau akan sedar sendiri. Yang penting sekali jagalah hubungan kau dengan Allah. Jangan sampai Allah timpakan ujian yang sama lagi.
Ada dua jenis orang selepas break up. Yang pertama macam zainuddin dalam tenggelamnya kapal vander wijck ( filem atau buku every heart broken people should see and read ). Atau kedua. Kau akan tenggelam dan hanyut sehanyutnya. Kau fikir dia akan kesian kat kau ? Kalau dia betul kesian dan kisah kat kau. Kau takkan baca tips aku ni in the first place. So cubalah dan paksalah diri untuk jadi yang orang yg pertama itu. Percayalah ini bukan pengakhiran untuk kita.
Sekian…
P/S. Ad byk komen dlm post aku yang lepas iaitu tips elak forever alone untuk perempuan. Bagi aku. Benda ni simple je. Lelaki ni kumbang. Dan perempuan ni bunga. Sifat lelaki untuk mengejar dan mencari. Lelaki kalau nak. Dia akan cari kau sendiri. Semuanya tergantung dengan diri kau. Jadilah bunga yang menyerlah dari bunga2 yang lain agar sikumbang berminat utk datang kat kau. Menyerlah tu maksud aku dari segi yang baik macam berusaha untuk jadi perempuan solehah.
Kalau gemuk berusaha untuk kurus. Kalau selekeh belajar jadi kemas. Dan lain2 lagi. Pandai2 la fikir. Hak alah semua benda nk kene suap. Susah ar cmni. Kadang2 bukan semua lelaki tgk rupa. Biar lah akhlak kau yang baik jadi penarik. Kau baik insyaaAllah Allah berikan kau pasangan yang baik juga. Dan yang penting jangan memilih kecuali kalau muka kau macam mira filzah, Ummi nazeera dan seangkatan dgnnya. Intinya kau ada sesuatu dlm diri kau yg boleh buat diorang tertarik dgn kau. Tu je.
– As-Ri
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit