Hello everyone!
Nah ramai sangat hari tu minta aku share tips untuk kurus dekat komen satu posting confessor yang badan berisi tu.. Honestly aku seumur hidup memang berisi.. Bila aku dah masuk alam pekerjaan aku jadi Obesity tahap 1. Dah lah obese kan lepas tu muka non hado pula masa tu, kulit gelap (faktor kerja), dull dan macam-macam lah.. Makeup pun tak pandai.. Lelaki memang tak pandang lah masa tu. Kesian aku.
Aku depressed dengan kerja sampai ada masalah tidur.. Jadi untuk keluar dari keadaan tu aku kena lakukan sesuatu yang positive. Perempuan suka kan kecantikan betul tak? Oleh sebab seumur hidup orang tak pernah cakap aku cantik, makanya haruslah kena bertukar jadi cantik.. Benda pertama aku buat ialah kuruskan badan! Antara langkah awal aku buat ialah:
1. Online coaching
Aku follow online coaching. Tak mahal pun RM50 je sebulan. Aku cuma nak tahu apa yang boleh dimakan dan tak boleh di makan dan juga support system.
2. Do’s and Don’ts
Korang tahu tak sebenarnya nasi tu tak salah? aku rasa geram tengok kawan aku pergi kenduri kahwin makan lauk je. Bila aku tanya kau dah kenapa makan lauk je? Dia cakap dia diet. Lepas tu esok pagi post gambar dekat moments ws breakfast/lunch makan kek HADOI pandai betul kau diet.
Pagi tu korang makan lah oats ke muesli ke roti dengan peanut butter unsweetened ke. Tapi portion tu silalah jaga. Makan lah dengan buah 1 biji so that kenyang lama sikit. Roti pilihlah wholemeal. Setiap kali nak beli makanan rujuk pada isi kandungan dulu. Tengok pada kandungan gula, bukan calories semata.
Tengah hari makan lah Nasi segenggam, protein dan juga vege. TAPI! jangan ambil kuah, sambal belacan dengan meriah, tempoyak, segala dipping sauce tu no! jangan ambil nasi berperisa contoh nasi lemak, nasi ayam, nasi minyak dan lain2.. ini semua mempunyai hidden calories. Makan nasi putih sahaja. MEE, Mee hoon, Kuew Teow tu bukan makanan diet ya, pasta and etc. eieieie lah geram aku tengok orang cakap nak diet tapi makan mee hoon sup dengan meriah ..
Dinner sebaiknya makan protein dan sayur.. sebab bila malam kita kan tak guna sangat tenaga. Aku tak ada restrictions dinner before 7pm ke apa. cuma aku akan makan 4-5hrs before sleep. so pandai2 lah korang adjust. Dulu masa aku gemuk aku makan maggi 1hr before sleep, ayam goreng mcd at 1am uhh dap2
No fast food, No sweet drinks, No dessert. Sila lah buka peti ais tu kalau ada minuman manis ke, boleh dah cakap bye dekat dia. Jangan makan fast food sebab 1 main course dia dah berapa kalori baik kau makan nasi lauk ayam sedapnya! Aku dulu siap minum frappucino venti dekat starbucks paired dengan lemon curd muffin pergh sedap! dan gemuk dengan jayanya.
3. Exercise
Aku pantang betul tengok coach2 segera di ig tulis tak perlu exercise untuk kurus. Tipu sangat. Memang betul makanan menjadi penyumbang terbesar untuk gemuk atau kurus. TAPI exercise dapat menyempurnakan sebarang kekurangan sewaktu diet journey. Dulu waktu aku emokkk aku brisk walk 5-6 kali seminggu. Bermula dengan 500m dulu. Record paling jauh aku jalan dan lari ialah 12km. Okay lah kan ada improvement. Bila masuk bulan ke 4 aku diet aku selang seli dengan cardio workout. Now aku dah exercise 3-4 kali je seminggu dekat gym. Ramai orang cakap aku dah nipis haha tapi aku nak buang lg 4kg.
Tu je aku nak share dulu, kalau banyak permintaan baru aku share what’s next okay? Doakan aku jumpa jodoh la bila dah letops ni kesian aku.. Banyak lelakiiiii tak guuuuunaaaa je . Bye!
– Pernah Gemuk
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit