Confession ni adalah untuk suami2 atau bakal suami yang nak tolong isteri buat kerja rumah tapi korang memang bodoh bab kemas2 mengemas ni. Kami para isteri atau bakal isteri pun sebenarnya tak mengharap para suami basuh baju, masak, menyapu atau mengemop. Sebab semua kerja2 tersebut kalau para suami buat biasanya tak mencapai tahap spesifikasi kami para isteri. Sebab kami sangat teliti.
Ini adalah kerana kami perempuan sangat details kalau bab2 kerja rumah ni. Tapi kami akan rasa nak meroyan bila tengok suami goyang kaki. Dan pasti para suami akan tertanya apa yang para isteri inginkan.
Secara ringkas ini adalah perkara yang akan mengurangkan rasa mood swing kami untuk para suami yang sayang isteri:
1. Ambil baju jangan main tarik jer.
Yer! Ambik baju dalam almari yang isteri korang dah lipat dan susun kemas2 dengan tertib. Jangan pakai tarik jer. Pastu habis semua bersepah. Tahu tak effort dan masa yang kami peruntukan untuk kekemas itu. Jadi please kalau sayang isteri ambik baju anda dengan tertib. Sebab penat tahu tak lipat baju!
2. Di mana anda ambil barang itu disitu anda simpan semula.
Contoh paling senang ialah sebelum mandi ambik towel kat ampai. Lepas mandi, hidai semula di ampai. Bukan lempar atas tilam. Basah dan kepam bau cadar. Contoh ke2 lepas potong kuku. Nail clipper tu tolong lah simpan dalam bekas yang telah disediakan oleh isteri2 anda. Mudahkan? Jadi tak dak laa isteri2 anda perlu menyusun segala benda yang telah anda tinggalkan.
3. Letak bag kerja anda di tempat yang sepatutnya.
Kami faham anda penat balik kerja. Kami pun kerja bang oi. Para isteri yang di rumah buat kerja rumah dan yang pergi kerja apatah lagi. Untuk meringankan sikit beban isteri anda. Lepas kerja apa kata bag laptop/ dompet/ bag kerja / kunci kereta para suami letak di tempat sepatutnya. Bag2 tu jangan la disepahkan di atas sofa / meja makan / di depan pintu. Untuk para isteri boleh laa sediakan tempat gantung bag atau bekas. Jadi rumah kemas dan keluarga bahagia yer tanpa perbalahan benda bodoh dan kecil.
4. Belikan barang2 untuk memudahkan kerja2 isteri anda.
Kalau para suami ada duit lebih sikit. Belanjalah isteri anda vaccum, air fryer, atau barang2 yang memudahkan kerja mereka. Kenapa air fryer? Jadi dia memasak laju dan jimat masa. Hahaha! Belikan penapis air yang siap ada air panas dan sejuk jadi senang tak payah isteri masak air. Tinggal tadah jer. Washer machine automatic pun ok kalau di rumah masih guna yang manual. Semoga para suami pun murah rezeki.
5. Tolong jaga anak.
Benda ini boleh praktik masa para suami cuti atau lepas waktu kerja. Kalau para suami nampak isteri tengah mengemas / membasuh / memasak. Mudah jer tolong jaga anak. Bawa anak2 main di ruang tamu / bilik / luar rumah (bukan dalam kawasan isteri senang kemas). Awasi anak2 supaya isteri boleh buat kerja2 rumah dengan aman.
6. Tolong isteri buang sampah.
Lastly. Bila nampak tong sampah di dapur penuh tolonglah ikat dan buang di tong luar rumah. Jangan tunggu isteri minta tolong. Sebab perempuan nak keluar rumah tak mudah yer nak kena pakai tudung (untuk isteri yang bertudung) atau yang tak bertudung nak kena pakai proper sikitlah kan. Kang terbeliak mata jiran.
Dan pesanan untuk para isteri. Bila penat buat kerja rumah jangan merungut atau membebel. Sebab lelaki dia tak faham kalau para isteri ni membebel. Dia tak dengar dan tak sampai di hati mereka. Dia dengar macam bunyi lebah buzzzzzz jer (aku rasa lah). Sebab mak aku selalu membebel, tapi bapak aku tak faham dan dia buat bodoh jer. Bila aku tanya mak aku nanti dia kata dia marah sebab bapak aku buat sepah. Hahaha. Senang jer semua ni sebab communication failure.
Jadi kalau kau nak bantuan. Kau pergi depan muka suami kau cakap lah ” abg. Tolong kemas…”. Guna perkataan TOLONG yer. Yes sebab lelaki ego. Cakap sekali jer. Pastu kau tunggu dia buat jangan membebel sebab akan menghabiskan tenaga kita yang berharga. Lambat pun InShaaAllah dia buat. Sekian terima kasih.
– Valerie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit